Kenali Zakat Saham Dan Pengiraannya

Saham merupakan salah satu instrumen pelaburan untuk kita menggandakan wang. Seorang pemegang saham menjadi sebahagian daripada pemilik syarikat yang disenaraikan di pasaran saham.

Dalam pelaburan saham, banyak kriteria yang perlu dipatuhi bagi memastikan urusan jual beli saham tersebut adalah halal.

Bagi kita yang beragama Islam, wajib untuk kita pilih saham yang telah ditentukan sebagai saham patuh Syariah.

Hukum Zakat Saham Bagi Pelabur

Para ulama telah menetapkan zakat saham itu wajib dikeluarkan. Ia adalah kerana nilai dan kekayaan seseorang boleh dibentuk dengan aktiviti jual beli saham ataupun memegang saham untuk memperolehi pemberian dividen syarikat.

Firman Allah S.W.T. di dalam Al-Quran bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu”

Surah Al-Baqarah Ayat 267

Hukum zakat saham bagi seseorang pelabur adalah wajib sebagaimana firman Allah SWT di atas. Jangan risau, jom kami kongsikan pula cara pengiraan zakat saham harus anda ketahui.

1. Saham Yang Dijual Beli Dalam Setahun

Pengiraan zakat saham ini adalah berdasarkan nilai saham yang dijual beli dalam masa setahun.

(Nilai saham semasa + baki semasa trust account – kos yang berkaitan) x 2.5%

Contoh:
(RM90,000 + RM6,000 – RM500) x 2.5%
= (RM95,500) x 2.5%
= RM2,387.50

Maka jumlah zakat saham yang harus dibayar adalah sebanyak RM2,387.50.

2. Saham Yang Disimpan Lebih Daripada Setahun Bertujuan Menjana Keuntungan Melalui Dividen

Pengiraan saham ini pula adalah bagi saham yang bertujuan untuk menjana keuntungan melalui dividen dan telah disimpan lebih daripada setahun.

(Nilai saham semasa + baki semasa trust account + dividen – kos yang berkaitan) x 2.5%

Contoh:
(RM140,000 + RM7,000 + RM2,000 – RM800) x 2.5%
= (RM148,200) x 2.5%
= RM3,705.00

Maka jumlah zakat saham yang harus dibayar adalah sebanyak RM3,705

Kesimpulannya, wajib untuk kita membayar zakat saham jika kita telah berjaya menjana keuntungan daripada pelaburan saham. Sekiranya syarikat tersebut telah mengeluarkan zakat atas saham kita, maka kita tidak perlu membayar zakat tersebut.

Namun, sekiranya syarikat tersebut belum mengeluarkan zakat saham atas kita, jadi wajib ke atas kita untuk mengeluarkan zakat tersebut.

Sumber Rujukan: Pusat Pungutan Zakat MAIWP

Ada banyak bahan bacaan percuma yang ajar teknik-teknik asas untuk melabur di pasaran saham. Nak cari semua memang memakan masa.

Pernah dengar tentang buku Malaysia Melabur Saham? Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat dalam pelaburan saham tetapi “ZERO” buku ini teramat sesuai.

This image has an empty alt attribute; its file name is 210115-MMS-Thumbnail-700x468.jpg

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

  • Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang.
  • Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
  • Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa -> Buku Malaysia Melabur Saham

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerjaya Prospek: Terus Memperoleh Pelanggan Baharu

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR3.19, potensi kenaikan harga saham 41% dan kadar hasil dividen kira-kira 6% untuk FY27F

Semalam, Kerjaya Prospek berjaya meraih kontrak bernilai MYR529j daripada BRDB Developments (BRDB). Kontrak ini berkait dengan sebuah pembangunan bernama Eden Taman Duta yang merangkumi lapan buah blok bangunan kediaman berkonsepkan villa yang menempatkan 146 unit di Jalan Gallagher, Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Kerja-kerja pembinaan dijadualkan bermula pada 15 Jun dan akan disiapkan dalam tempoh 33 bulan dari tarikh bermulanya pembinaan.

Kontrak ini merupakan tawaran kerja ketujuh KPG untuk FY26

Yang pertama daripada BRDB. Malahan, terdapat dua kontrak lebih awal pada FY26 yang diterima daripada pelanggan-pelanggan baharu; terutamanya Sena Letrik dan IJM Land. Oleh demikian itu, KPG berupaya mendapatkan tiga pelanggan baharu pada FY26 dan hal ini memberikan petanda bahawa rangkaian pelanggan kumpulan ini dapat diperluas.

Kami ramalkan paras margin bersih projek ini akan berlingkungan antara 8-10%. Berdasarkan anggaran kami, baki buku pesanan berjumlah MYR4.5bn (termasuk tawaran terbaharu) oleh KPG mempunyai 70-80% kerja yang datang daripada pihakpihak berkaitan seperti Kerjaya Prospek Property (KPPROP MK, TIADA SARANAN) dan Eastern & Oriental (EAST MK, BELI, TP: MYR1.05).

Mengambil kira tawaran kontrak terbaharu ini, KPG sudah memperoleh projekprojek baharu bernilai kira-kira MYR1.6bn

Sejak awal tahun ini hingga sekarang (YTD) berbanding dengan sasaran FY26F-nya berjumlah MYR2bn dan andaian penambahan kerja bernilai MYR2.3bn kami untuk tahun kewangan yang sama. Pada pandangan kami, projek-projek yang bakal diperoleh untuk tempoh FY26 yang berbaki termasuklah:

i) AVÉA yang dilancarkan baru-baru ini oleh EAST, yang mungkin mencatat nilai pembinaan sekitar MYR400j (GDV: MYR1bn)

ii) Mezon@Park Enclave oleh Aspen Group di Batu Kawan (yang mungkin bernilai MYR200-400j, berdasarkan kontrak-kontrak sebelum ini)

iii) projek dengan GDV berjumlah MYR720j oleh KPPROP (nilai pembinaan: kira-kira MYR288j) di Batu Kawan.

Pendorong tambahan ialah sekiranya KPG berjaya mendapatkan kerja-kerja baharu daripada segmen perindustrian

Kontrak kerja terakhir yang diperoleh dalam kategori ini adalahpada bulan Sep 2023, iaitu daripada Texas Instruments.

Jangkaan perolehan

Kami tidak membuat sebarang pindaan pada perolehan FY26F memandangkan kerja terbaharu menepati sasaran penambahan kerja berjumlah MYR2.3bn kami untuk FY26F. Sehubungan dengan itu, TP MYR3.19 kami yang diraih melalui kaedah SOP dikekalkan. Premium ESG 2% turut dimasukkan dalam pengiraan TP kami berikutan markah ESG sebanyak 3.1.

Faktor pemangkin besar untuk KPG

Seandainya kumpulan ini mengambil bahagian dalam mana-mana projek prasarana utama seperti Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT Pulau Pinang). Menurut majalah The Edge, KPG menerusi sebuah konsortium dengan SinoHydro Corp dan Power China Group berhasrat memperoleh pakej kedua LRT Pulau Pinang (dengan anggaran nilai MYR4bn).

Risiko negatif

Kemerosotan pasaran hartanah dan tekanan kos berlarutan.

Asas Penilaian

Kami menilai Kerjaya Prospek menerusi kaedah SOP, iaitu diperoleh daripada gabungan kaedah penilaian P/E, dan RNAV.

Faktor Pemacu Utama

Perolehan Kerjaya Prospek diperkukuh oleh pesanan kerja pembinaan, jualan hartanah dan pembuatan lekapan & kelengkapan dalaman.

Risiko Utama

i. Kemerosotan pasaran hartanah
ii. Tekanan kos berpanjangan.

Profil Syarikat

Kerjaya Prospek memperoleh penyenaraiannya melalui pengambilalihan terbalik ke atas Fututech. Syarikat ini terlibat dalam pembinaan, pembangunan hartanah, dan pembuatan

Carta Saranan

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.