Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Jun 2020

FBM KLCI telah mencatatkan kenaikan bagi tiga bulan berturut-turut. Pada bulan April, indeks FBM KLCI telah meningkat sebanyak 4.68%, Mei pula melonjak sebanyak 6.08%, Jun pula naik 1.77%.

Nampak macam kenaikan mula perlahan, diharapkan momentum ini akan berterusan. Kerana walaupun indeks kelihatan hijau, masih ada beberapa kaunter saham yang mencatatkan kejatuhan yang agak besar.

Jom kita tengok Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Jun 2020:

Sumber: iSaham Screener

1. Permaju Industries

Sumber: Bursa Marketplace

2. Trive Property Group

Sumber: Bursa Marketplace

3. DWL Resources

Sumber: Bursa Marketplace

4. DGB Asia

Sumber: Bursa Marketplace

5. Ibraco Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

6. ENRA Group

Sumber: Bursa Marketplace

7. LYC Healthcare

Sumber: Bursa Marketplace

8. Lotte Chemical Titan

Sumber: Bursa Marketplace

9. PNE PCB

Sumber: Bursa Marketplace

10. Sapura Industrial

Sumber: Bursa Marketplace

Jauhi Penny Stock Dan Saham Sikat

Kalau kita perhatikan kebanyakan saham dalam senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Jun 2020, chart mereka berbentuk sikat. Dan kita pun sedia maklum, saham-saham penny stock kalau jatuh satu bid pun boleh mendatangkan kerugian yang besar. Kalau jatuh berbid-bid dan kita pun tak Cut Loss, memang amatlah besar kerugian yang kita akan tanggung.

Walaupun indeks FBM KLCI mencatatkan kenaikan untuk tiga bulan berturut-turut, namun saham-saham penny stock amat mudah untuk dimanipulasi kerana harganya yang murah. Sebab itu kita wajib ada Trading Plan sebelum nak beli apa-apa saham, dan Cut Loss apabila Support dah pecah.

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Jun 2020 ini adalah berdasarkan Screener Worst Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan MADANI Sasar Senaraikan 10 Syarikat Bumiputera Di Bursa Malaysia Pada 2026, 2027

PUTRAJAYA: Sebanyak 10 syarikat Bumiputera disasar untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2026 dan 2027, dengan empat daripadanya berada dalam perancangan bagi disenaraikan tahun ini.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, berkata penyenaraian itu susulan hasil Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, sasaran itu jauh melebihi pencapaian lima tahun sebelumnya.

“Bagi menyokong sasaran berkenaan, program ’10 Juara Bumiputera’ hasil kerjasama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah diperkenalkan untuk membimbing syarikat berpotensi tinggi serta melahirkan 10 syarikat Bumiputera bernilai RM500 juta setiap satu menjelang 2028,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Fahmi berkata ekosistem PETRONAS, GLIC dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merupakan salah satu penyumbang penting kepada agenda pembangunan bumiputera negara.

Beliau berkata, ekosistem berkenaan telah menyumbang RM50 bilion setahun, termasuk RM49.2 bilion pada tahun lalu, merangkumi pelaburan langsung, perolehan vendor, pembangunan bakat dan komuniti.

“Pada masa yang sama, garis panduan baharu pembangunan vendor Bumiputera turut diperkenalkan bagi memperkukuh saluran pembangunan vendor serta meningkatkan kapasiti mereka secara lebih tersusun dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata, Jemaah Menteri juga sedang meneliti cadangan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) agar tempoh bayaran GLC dan GLIC kepada vendor tempatan dipendekkan bagi memastikan aliran kewangan atau ‘cash flow’ syarikat dan vendor tempatan dapat diuruskan dengan lebih baik.

Sementara itu, Fahmi berkata Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai prestasi operasi pelabuhan persekutuan bagi suku pertama tahun ini yang mencatat 8.002 juta unit setara 20 kaki (TEU), menunjukkan peningkatan 8.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Ini dipacu oleh peranan negara sebagai penghubung utama bagi barangan dunia melalui aktiviti pemunggahan pindahan ke kapal atau transshipment yang mencatat pertumbuhan 9.96 peratus berbanding suku pertama 2025,” katanya.

Beliau berkata, kargo konvensional turut menunjukkan peningkatan sebanyak 2.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, terutama bagi kargo am yang meningkat 8.93 peratus dan kendalian pukal kering yang bertambah sebanyak 3.55 peratus.

“Prestasi ini amat membanggakan walaupun ketika negara berdepan dengan krisis geopolitik di Asia Barat yang bermula sekitar suku pertama tahun ini,” katanya.

— Berita Harian