Lazada ‘Port Masyuk’ Pembeli Rumah Cari Diskaun & Rebat Tunai

Mark your calendar on 7 July 2020‘ sebab Lazada akan jadi port untuk kita cari rumah yang ada diskaun dan rebat tunai yang tak masuk akal daripada pihak pemaju.

Bersempena Kempen Mid-Year 07.07, Hi HOME dan Lazada akan melancarkan Hi HOME Property Expo. Eskpo ini merupakan ekspo hartanah online pertama di Asia Tenggara.

Jadi kalau tengah cari rumah baru untuk dibeli sekarang, Hi HOME Property Expo adalah ekspo untuk anda.

Apa yang anda boleh dapat di Hi HOME Property Expo:

  • Tawaran rumah serendah RM110,000
  • Lebih 2,000 unit rumah untuk dipilih
  • Tawaran diskaun sehingga 30%, hadiah dan rebat tunai dari pemaju yang anda takkan dapat di tempat lain
  • Kemudahan tengok, pilih dan beli rumah secara online di Lazada

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hi HOME, Radzi Tajuddin:

“Fokus kami sentiasa mempromosikan agenda pemilikan rumah dan kami bekerjasama dengan pemaju hartanah dalam memastikan tawaran terbaik kepada pembeli.

“Kami menyasarkan diskaun sehingga 30% dengan harga unit rumah paling rendah adalah RM110,000. Tawaran ini hanya boleh diperolehi di ‘Hi HOME Property Expo’ melalui Lazada.”

Untuk mendapatkan diskaun, hadiah dan rebat tunai dari pemaju di Hi HOME Property Expo, anda hanya perlu mendapatkan baucar serendah RM88.

Baucar ini kemudiannya boleh anda gunakan untuk menebus bagi mendapatkan diskaun, hadiah dan rebat tunai tak masuk akal untuk projek-projek rumah yang terlibat.

Sejak PKP dilaksanakan bermula 18 Mac lepas, semakin ramai yang membeli secara online. Kini dengan Hi HOME Property Expo, anda juga boleh beli rumah secara online hanya di Lazada.

Dalam Hi HOME Property Expo, anda boleh menempah rumah idaman anda secara eksklusif di LazMall dan juga sesi live streaming di LazLive.

Dalam sesi live streaming melalui LazLive ini juga, anda boleh berinteraksi terus dengan penjual dan pemaju hartanah – tanpa perlu risau tentang penjarakan sosial. Inilah norma baharu proses jual beli rumah sekarang di kala kita masih perlu berjaga-jaga dengan wabak COVID-19.

On top of’ diskaun, hadiah dan rebat tunai yang bakal anda dapat di Hi HOME Property Expo di Lazada, anda juga akan dapat banyak penjimatan hasil pengenalan semula Kempen Pemilikan Rumah 2020 (HOC 2020) oleh kerajaan.

HOC 2020 menawarkan insientif pengecualian duti setem perjanjian pinjaman dan suratcara pindah milik (MOT), bagi perjanjian jual beli yang ditandatangani mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2021, kepada anda sebagai pembeli rumah.

Menurut kerajaan, insentif pengecualian duti setem ini hanya boleh dinikmati JIKA pemaju memberikan diskaun sekurang-kurangnya 10% kepada pembeli rumah – sesuatu yang memang semua pemaju dalam Hi HOME Property Expo janjikan.

Jadi pastikan anda kunjungi Hi HOME Property Expo di Lazada SEKARANG dan dapatkan baucar untuk mendapatkan diskaun, hadiah dan rebat tunai rumah idaman dari pemaju.

Ingat, baucar ini terhad. Siapa cepat, dia dapat!

Jom kita dapatkan rumah pilihan hati, hari ini -> https://www.majalahlabur.com/HiHomeLazada

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Axis REIT: Pengambilalihan Kedua Tahun Ini

Saranan BELI dan harga sasar (TP) MYR2.42 dikekalkan, potensi kenaikan harga saham sekitar 20%, dengan kadar hasil dividen 5.2% untuk FY26F

Axis REIT telah mengumumkan pengambilalihan keduanya untuk tahun 2026, iaitu sebuah perjanjian jualan dan pajakan semula bernilai MYR128j dengan City-Link Express (M) untuk sebuah pusat pengedaran di Bandar Saujana Putra, Selangor. Kami memandang agak positif akan perkara ini kerana ia masih menepati strategi REIT ini untuk memperoleh aset-aset perindustrian yang memberikan kenaikan hasil sambil menyokong sasaran pengambilalihan pihak pengurusan sebanyak kira-kira MYR350j sepanjang FY26-27.

Butiran mengenai pengambilalihan

Axis REIT mengambil alih hartanah ini dengan bayaran tunai sebanyak MYR128j (kira-kira 2% daripada jumlah aset), yang dibiayai menerusi pembiayaan bank sedia ada. Hartanah ini sekarang dihuni 100% oleh pemilik dan akan dipajak semula kepada City-Link Express untuk tempoh tetap selama 15 tahun, dengan kenaikan sewaan yang dipersetujui semasa tempoh pajakan. Pengambilalihan ini menawarkan pendapatan berulang yang stabil, dengan sokongan daripada struktur pajakan semula yang panjang dan kadar hasil kasar awal yang baik sebanyak 6.2%.

Pengambilalihan ini dijangka selesai pada 4Q26. Selepas perjanjian selesai dimeterai, paras hutang Axis REIT dijangka meningkat kepada kira-kira 35.1%, dengan ruang untuk mengambil pinjaman sekitar MYR840j lagi (berdasarkan penyata kewangan 1Q26 yang terkini).

Butiran mengenai hartanah

Aset ini terdiri daripada dua tanah komersial bersambung dengan status pegangan pajakan selama 99 tahun (baki tempoh pajakan lebih kurang 68 tahun), di samping bangunan-bangunan pusat pengedaran, blok pejabat dan fasiliti sokongan. Hartanah ini mempunyai jumlah kawasan boleh disewakan sebanyak kira-kira 355 ribu kps (sekitar 2% daripada jumlah NLA) dan terletak di Bandar Saujana Putra dengan akses kepada Rangkaian Pusat Lebuh Raya Utara Selatan E6 atau ELITE, Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuh Raya Pesisir Barat (WCE), dan Lebuh Raya Shah Alam atau KESAS. Hal ini menyokong kegunaannya sebagai hab logistik dan pengedaran.

Pandangan kami

Kami memandang agak positif akan perjanjian ini, dan setelah ia selesai, kami menjangka ia akan memberikan sumbangan positif mulai FY27, dengan pendapatan sewaan tahunan sekitar MYR7.9j (kira-kira 2% daripada hasil FY27). Perkara ini diterjemahkan kepada kadar hasil kasar sebanyak 6.2% sebelum mengambil kira kos pembiayaan yang berkaitan dengan pinjaman baru. Kami menjangka pengambilalihan ini secara bersihnya akan menaikkan kadar hasil semasa Axis REIT untuk FY27F sebanyak 5.3%.

Sementara itu, tempoh pajakan semula selama 15 tahun kepada pengendali sedia ada, di samping kenaikan sewaan yang termasuk dalam perjanjian, menawarkan prospek jelas untuk pendapatan dalam jangka sederhana. Walaupun ia dibiayai sepenuhnya menggunakan hutang, paras hutang Axis REIT selepas memeterai perjanjian ini masih dalam keadaan terkawal, dengan adanya kapasiti kunci kira-kira yang mencukupi untuk langkah pengambilalihan lain.

Ramalan dan penilaian

Sementara menunggu selesainya pengambilalihan ini dan bayangan lanjut daripada pihak pengurusan, kami kekalkan ramalan perolehan dan TP MYR2.42 yang diperoleh melalui kaedah DDM (dengan kiraan premium ESG 2% kerana markah REIT ini ialah 3.1), iaitu kadar dividen kira-kira 5% untuk FY26F mengikut TP. Risiko negatif: Tiada pembaharuan bagi pajakan-pajakan REIT yang tamat tempoh, kadar turun naik harga sewa yang lebih rendah daripada jangkaan, dan cadangan pengambilalihan aset terbatal.

Asas Penilaian

Model diskaun dividen (DDM)

Faktor Pemacu Utama

Permintaan lebih tinggi untuk hartanah perindustrian yang disokong oleh penembusan pasaran e-dagang yang berterusan, penstrukturan semula rantai bekalan dan kemasukan pelaburan asing langsung yang kukuh dalam segmen pembuatan.

Risiko Utama

i. Pajakan yang tamat tempoh tidak diperbaharui
ii. Kadar turun naik harga sewa yang lebih rendah berbanding jangkaan
iii. Cadangan pengambilalihan aset dibatalkan

Profil Syarikat

Axis REIT sebuah REIT yang mempunyai portfolio perniagaan pelbagai, dan berpengkhususan dalam hartanah komersial dan perindustrian.

Carta Saranan

Penganalisis
Loong Kok Wen CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.