Pelaburan Guna Wang Dalam KWSP, Siap Dapat Bonus Lagi

Berita baik buat para pelabur di seluruh Malaysia apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pengurangan caj jualan bagi menggalakkan orang ramai melabur secara digital. Bermula 1 Mei 2020, ahli KWSP yang layak melabur dalam Skim Pelaburan Ahli (SPA KWSP) akan menikmati pengurangan caj jualan dengan EPF i-Invest daripada 0.5% ke 0% yang dikenakan oleh Institusi Pengurusan Dana (IPD) bagi tempoh 12 bulan sehingga 30 April 2021.

Kita semua sedia maklum bagaimana pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai orang mengalami kepayahan hidup. Ada yang kehilangan pekerjaan, ada yang diberi cuti tanpa gaji, dan tidak kurang pula yang dipotong gaji mereka.

Pelbagai pakej rangsangan ekonomi telah diumumkan oleh pihak kerajaan bagi membantu individu dan perniagaan yang terjejas bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi. Maka, rangsangan untuk pelaburan juga sama penting.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan, kita dapat lihat bagaimana keadaan ekonomi semakin pulih. Apabila ekonomi kembali pulih, kedudukan kewangan orang ramai juga semakin kukuh dan keyakinan mereka untuk melabur akan kembali. Baru-baru ini, banyak dana pelaburan meningkat naik seiring dengan pemulihan ekonomi.

Apa Itu EPF i-Invest?

Ia merupakan sebuah aplikasi untuk memudahkan para pencarum KWSP melabur sebahagian daripada lebihan di dalam Akaun 1 mereka ke dalam unit saham amanah (unit trust) secara Do-It-Yourself (DIY).

Kita boleh memindahkan sehingga maksimum 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 kepada Institusi Pengurusan Dana (IPD) atau Institutional Unit Trust Adviser (IUTA) yang dilantik. Kita juga boleh melihat sendiri jumlah yang boleh dilaburkan mengikut kelayakan, tak perlu bersusah-payah untuk kira sendiri.

Bagaimana Nak Guna EPF i-Invest?

Dengan EPF i-Invest, kita boleh pilih sendiri dana yang bersesuaian dengan tahap toleransi risiko kita dan berpeluang untuk meningkatkan dana persaraan dengan mempelbagaikan portfolio pelaburan yang mungkin berpotensi untuk memperoleh pulangan lebih menarik.

Dengan hanya melakukan sedikit ‘kerja rumah’, kajian sendiri mengenai pulangan dana sebelum ini, di mana dana tersebut melabur, berapa tinggi risiko pelaburan tersebut dan sebagainya, kita boleh menjadi pelabur yang bijak dan berpotensi untuk menikmati pulangan bagi dana persaraan kita.

Inilah juga masanya untuk kita melabur ke luar negara. Apabila keadaan kembali reda, orang ramai dah boleh melancong ke luar negara, ekonomi pula semakin pulih, pastinya prestasi pelaburan akan mencatatkan peningkatan.

Bagi umat Islam, adalah wajib untuk mencari pelaburan yang patuh Syariah. Memang cukup mudah untuk dilakukan sendiri, kita boleh buat sendiri di mana saja kita berada dan pada bila-bila masa.

Bagaimana Untuk Bermula?

Mudah saja, pastikan anda menilai profail risiko terlebih dahulu. Lepas itu tetapkan pilihan dana pelaburan patuh Syariah dan objektif pelaburan, dan dah boleh mula melabur. Dengan modal permulaan serendah RM1,000, pilihlah Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dipercayai seperti Principal Asset Management Berhad.

Principal Asset Management Berhad

Pada awal tadi kita ada maklumkan tentang Institusi Pengurusan Dana (IPD), maka kita boleh gunakan perkhidmatan EPF i-Akaun untuk melabur ke dalam dana-dana yang diuruskan oleh Principal Asset Management Berhad (Principal). Ianya merupakan usaha sama di antara Principal Financial Group dan CIMB Group Holdings Berhad.

Ditubuhkan pada 13 Jun 1994, Principal beribu pejabat di Malaysia dan mempunyai cawangan di Indonesia, Thailand dan Singapura. Principal kini berkhidmat untuk lebih daripada sejuta pelabur dengan hampir RM88 bilion aset di bawah pengurusan setakat Januari 2020.

Dengan platform Principal EPF i-Invest, ia menawarkan lebih daripada 30 dana berkualiti, sesuai untuk semua tahap toleransi risiko dan 0% caj jualan untuk semua dana yang dibeli menerusi Principal EPF i-Invest.

Nak tahu lebih lanjut mengenainya, boleh rujuk: sini

Berikut merupakan dana-dana yang dicadangkan beserta dengan prestasi dana dan berdasarkan kepada risiko. Ianya merupakan data yang diambil daripada laman web Principal:

Berdasarkan pengalaman sendiri, memang cukup mudah untuk kita mula melabur menggunakan EPF i-Invest ini, hanya dalam masa beberapa minit saja. Dengan telefon pintar pun boleh, siap dapat bonus lagi.

Nikmati eWallet Touch ‘n Go Bernilai RM50

Untuk pelabur baru, nikmati ganjaran tambah nilai eWallet Touch ‘n Go bernilai RM50 apabila anda mula melabur dengan Principal. Guna kod HelloPrincipal untuk menikmatinya dan tempoh promosi akan tamat pada 31 Disember 2020.

Boleh rujuk SINI untuk keterangan lanjut.

Apa tunggu lagi, rebutlah peluang terbaik ini sekarang.

4 Langkah Yang Mudah Untuk Mula Melabur Dengan Principal Menggunakan EPF i-Invest

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Trend Menurun Semakin Menguat Semasa Fasa Mendatar

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan yang mendadak pada hari Jumaat lalu apabila jatuh MYR26 untuk
ditutup pada harga MYR4,480. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras harga MYR4,516. Ia kemudiannya mencatat paras tertinggi intrahari pada MYR4,520 sebelum kegiatan penjualan tinggi berlaku dan mengheretnya ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,460. Ia kemudian menutup dagangan pada paras MYR4,480 dengan membentuk corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan bahawa tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan harga ini menunjukkan komoditi sekarang bergerak ke paras sokongan MYR4,390 dan terus-menerus ditutup di bawah garisan SMA 50 hari. RSI juga masih berada jauh dalam zon menurun yang menandakan rentak menurun adalah kuat dan mungkin akan berlarutan. FCPO sekarang dijangka akan menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana mereka yang menantikan penurunan harga jelas mempunyai kawalan.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi tetap kukuh berada pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama ialah MYR4,390 dan diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sekarang berada pada MYR4,600 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,700.