8 Sebab Kenapa Perempuan Suka Lelaki Kaya

Menjadi seorang yang kaya adalah idaman semua, baik wanita mahupun lelaki. Bagi seorang wanita, pastinya kita akan mencari seorang lelaki yang berkerjaya demi masa depan.

Jika zaman dahulu, ibu bapa atau keluarga yang mencari jodoh untuk kita. Tetapi zaman sekarang, semua nak cari sendiri. Si wanita juga ada hak untuk memilih.

Kalau diikutkan, banyak kriteria yang harus dilihat sebelum memilih bakal suami. Tetapi zaman sekarang, realitinya ramai wanita lebih suka lelaki yang kaya.

Tahukah anda kenapa lelaki kaya (baca banyak duit atau ekonomi stabil) menjadi pilihan para wanita? Terdapat banyak sebab kenapa ramai wanita suka lelaki kaya atau bahasa kasarnya ‘tak hensem tak apa janji kaya’.

1. Masa Depan Terjamin

Apabila si lelaki punya duit yang banyak, pastinya hidupnya nanti juga terjamin. Lelaki kaya mampu memberi segala-galanya kepada si bakal isteri, mampu duduk dalam rumah besar, kereta, bibik, perlindungan dan lain-lain lagi.

Masa depan wanita juga pasti terjamin dimana mereka tak perlu hidup susah. Ia merupakan sebab utama.

2. Gaya Hidup Tinggi

Wanita suka lelaki kaya disebabkan oleh mereka mempunyai gaya hidup tinggi dan ada ‘kelas’. Dengan penampilan yang maskulin dan bergaya, lelaki kaya juga mempunyai penampilan yang sangat berbeza. 

Sebagai contoh, mereka akan sentiasa nampak kemas, bersih dan pandai menjaga penampilan diri.

3.  Hidup Lebih Mewah

Siapa yang tak nak hidup mewah? Ada orang impikan kereta mewah, rumah mewah yang lengkap dengan swimming pool, ada bibik, ada doktor peribadi dan banyak lagi impian. Juga mampu untuk bayar zakat harta ribu-ribu, puluh ribu atau ratus ribu.

Ini juga merupakan sebab kenapa ramai wanita suka lelaki kaya. Apabila sudah berkahwin, kemewahan suami itu juga kemewahan isteri.

4.  Bebas Hutang Piutang

Dari segi hutang, pastinya lebih mudah untuk diselesaikan. Sebab itulah ramai wanita suka lelaki kaya. 

Apabila berkahwin, pasti segala hutang akan dilunaskan dan setiap keluarga akan merancang dalam penggunaan kereta, rumah yang akan didiami mereka dan banyak lagi supaya tidak banyak hutang.

5.  Mempunyai Disiplin Tinggi

Orang wanita ni tahu, kebiasannya lelaki yang kaya mesti seorang yang rajin berusaha dan ada disiplin yang tinggi. Mereka pastinya juga mempunyai ilmu kewangan yang baik.

Mereka tahu bagaimana menggunakan RM100,000 yang ada menjadi RM1 juta, RM10 juta dan berkali-ganda (baca melabur). Mereka melabur untuk bebas kewangan.

Kalau tak ada disiplin yang tinggi, memang mustahil nak bebas kewangan.

6.  Memperoleh Nafkah Yang Memuaskan

Lelaki yang bergelar suami selalunya akan memberi nafkah wang berdasarkan keperluan para isteri atau kemampuan dirinya sendiri. Bonus bagi wanita yang dijodohkan dengan lelaki kaya, pastinya nafkah bulanan yang diberikan lebih daripada cukup untuk digunakan bagi diri sendiri.

7.  Lelaki Kaya Romantik

Lelaki kaya juga romantik orangnya. Kadang-kadang surprise atau hadiah yang diberikan seperti bunga tulip yang mahal, percutian di bilik hotel 5 bintang dan makan malam yang romantik pasti bisa mencairkan.

Patutlah wanita suka lelaki kaya untuk dijadikan suami.

8.  Lelaki Kaya Pentingkan Keluarga

Perasan tak, lelaki kaya pasti akan selalu pentingkan keluarga walau apa pun yang terjadi.  Mereka sanggup berhabis-habisan untuk keluarga sama ada dari segi masa ataupun kewangan.

Adakalanya disebabkan mereka merupakan orang penting dalam sesebuah syarikat, mereka mudah bersama dengan keluarga pada masa-masa yang diperlukan atau kecemasan.  Tambah-tambah lagi jika mereka mempunyai pekerja yang bekerja di bawah mereka.

Fikir yang positif.

Buatlah macam mana pun, jodoh dan ajal maut sudah ditetapkan.

Adakalanya wanita tidak terlalu memilih tetapi mereka mahukan yang terbaik untuk kehidupan mereka dan keluarga.

Ada juga yang mengatakan bahawa lelaki kaya juga lebih banyak bermotivasi dan penuh inspirasi berbanding dengan lelaki biasa.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rawatan Gigi Yang Mana Tidak Boleh Dituntut Sebagai Pelepasan Cukai?

Ramai yang tidak tahu bahawa kos rawatan pergigian sebenarnya boleh dituntut sebagai pelepasan cukai pendapatan.

Bukan setakat rawatan hospital, pemeriksaan kesihatan atau pembelian ubat-ubatan tertentu. Rawatan gigi seperti scaling, tampalan dan cabutan gigi juga termasuk dalam senarai perbelanjaan yang layak mendapat pelepasan cukai.

Pelepasan cukai bukan bermaksud kita boleh tuntut semula wang yang dibayar kepada klinik gigi. Sebaliknya, perbelanjaan yang layak akan ditolak daripada pendapatan agregat bagi mengira pendapatan bercukai.

Untuk Tahun Taksiran 2026, pembayar cukai boleh menuntut pelepasan sehingga RM1,000 bagi pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

Tetapi tidak semua rawatan gigi layak dituntut.

Ada yang pergi klinik gigi untuk scaling, tampalan, cabutan gigi dan pemeriksaan rutin. Ada juga yang memasang braces, membuat veneer atau menjalani rawatan pemutihan gigi.

Persoalannya, adakah semua perbelanjaan ini boleh dimasukkan dalam e-Filing?

Jawapannya, tidak.

Jom kita lihat rawatan pergigian yang perlu diberi perhatian sebelum membuat tuntutan pelepasan cukai.

1. Pemutihan gigi (Teeth Whitening)

Rawatan pemutihan gigi bertujuan menjadikan gigi kelihatan lebih putih dan menarik.

Ia lazimnya dikategorikan sebagai rawatan kosmetik dan bukannya rawatan pergigian untuk tujuan kesihatan.

Oleh itu, kos pemutihan gigi tidak boleh dituntut sebagai pelepasan cukai.

2. Pemasangan Veneer

Veneer ialah lapisan nipis yang dipasang pada permukaan hadapan gigi untuk memperbaiki warna, bentuk atau penampilan gigi.

Walaupun dilakukan oleh doktor gigi, rawatan ini lazimnya bersifat kosmetik.

Jadi, jangan anggap semua rawatan yang dilakukan di klinik pergigian secara automatik layak mendapat pelepasan cukai.

3. Rawatan Kosmetik Pergigian

Antara rawatan lain yang bertujuan semata-mata untuk memperbaiki penampilan gigi juga perlu diberi perhatian.

Contohnya:

  • Pembentukan semula gigi untuk tujuan kosmetik.
  • Rawatan estetik untuk memperbaiki senyuman.
  • Prosedur kosmetik yang tidak mempunyai indikasi perubatan.

Prinsipnya mudah: rawatan kosmetik semata-mata tidak termasuk dalam skop pelepasan rawatan pergigian.

4. Bagaimana pula dengan pemasangan pendakap gigi (braces)?

Ini antara perkara yang sering mengelirukan pembayar cukai.

Braces atau pendakap gigi digunakan untuk membetulkan kedudukan gigi dan masalah gigitan.

Walaupun rawatan ini dilakukan oleh pakar ortodontik, jangan terus menganggap kos pemasangan braces layak mendapat pelepasan cukai.

Ketetapan Umum LHDN tidak menyenaraikan braces secara khusus sebagai rawatan yang layak.

Jika rawatan mempunyai keperluan klinikal atau perubatan, dapatkan pengesahan LHDN berdasarkan keadaan sebenar rawatan sebelum membuat tuntutan.

Rawatan gigi apa yang boleh dituntut?

Antara rawatan pergigian yang termasuk dalam skop pelepasan cukai ialah:

  • Pemeriksaan pergigian.
  • Scaling dan pembersihan karang gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Cabutan gigi.

Rawatan tersebut mestilah dilakukan oleh pengamal pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC) dan disokong dengan resit rasmi.

Boleh tuntut untuk isteri dan anak-anak?

Ya sudah tentu!

Di bawah perenggan 46(1)(g)(iv), Akta Cukai Pendapatan 1967, pembayar cukai layak menuntut pelepasan bagi perbelanjaan pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk:

  • Diri sendiri.
  • Suami atau isteri.
  • Anak-anak.

Pelepasan yang dibenarkan adalah terhad kepada RM1,000 secara terkumpul, bukannya RM1,000 untuk setiap individu.

Contohnya:

Anda membelanjakan RM500 untuk scaling dan tampalan gigi sendiri, RM400 untuk rawatan gigi isteri dan RM300 untuk rawatan gigi anak.

Jumlah perbelanjaan ialah RM1,200.

Namun, jumlah maksimum yang boleh dituntut hanyalah RM1,000.

Bagaimana pula rawatan gigi untuk ibu bapa?

Ini lebih menarik.

Rawatan pergigian ibu bapa dan datuk nenek mempunyai kategori pelepasan cukai yang berbeza.

Di bawah perenggan 46(1)(c) Akta Cukai Pendapatan 1967, perbelanjaan rawatan perubatan dan pergigian ibu bapa serta datuk nenek boleh dituntut sehingga RM8,000 setahun. Ibu bapa atau datuk nenek hendaklah bermastautin di Malaysia.

Antara rawatan yang dinyatakan termasuk:

  • Cabutan gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Scaling.
  • Gigi palsu.
  • Rawatan akar (root canal).
  • Rawatan menggantikan gigi.
  • Pembaikan gigi.

Had RM8,000 ini dikongsi dengan perbelanjaan perubatan lain yang layak untuk ibu bapa dan datuk nenek.

Jangan lupa simpan resit!

Sebelum meninggalkan klinik pergigian, pastikan anda mendapatkan resit rasmi yang menyatakan jenis rawatan yang dilakukan.

Pastikan juga maklumat klinik atau doktor gigi dapat dikenal pasti.

Simpan semua resit dan dokumen sokongan selama tujuh tahun kerana LHDN boleh meminta dokumen tersebut sekiranya tuntutan dipilih untuk semakan atau audit.

Satu lagi perkara penting: jika kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh majikan atau syarikat (klinik panel), jangan tuntut semula perbelanjaan yang sama sebagai pelepasan cukai individu.

Bila tarikh akhir untuk mendapatkan pelepasan cukai?

Perbelanjaan yang dibuat dari 1 Januari hingga 31 Disember 2026 akan diambil kira untuk Tahun Taksiran 2026.

Maksudnya, jika anda memang bercadang untuk membuat pemeriksaan atau rawatan gigi, jangan tangguh sehingga tahun hadapan.

Pergi buat pemeriksaan. Kalau ada karang gigi, buat scaling. Kalau ada gigi berlubang, buat tampalan sebelum masalah menjadi lebih serius.

Ajak sekali pasangan dan anak-anak. Jangan lupa periksa keadaan gigi ibu bapa juga.

Kesimpulannya, pelepasan cukai bukan alasan untuk berbelanja secara berlebihan. Tetapi kalau memang ada keperluan rawatan, manfaatkan pelepasan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Jaga kesihatan gigi, jaga poket dan jangan biarkan pelepasan cukai yang layak dituntut begitu sahaja.

Sumber: Ketetapan Umum No. 7/2025, Pencukaian Individu Bermastautin Bahagian I – Hadiah atau Sumbangan dan Potongan yang Dibenarkan.