Anchanto: Pakar Pengurusan Operasi eDagang anda, 7 Perkara Anda Perlu Tahu

Baru-baru ini, Anchanto telah menarik pehatian orang ramai terutamanya mereka yang terlibat dalam perniagaan online atau eDagang.

Jom kita kenali Anchanto dengan lebih mendalam lagi.

1. Siapa Anchanto Ni?

Anchanto merupakan syarikat B2B global yang berpengkalan di Singapura yang membolehkan para peniaga menguruskan operasi eDagang dari hujung ke hujung menerusi produk SaaS dan perkongsian. Sejak penubuhan Anchanto pada tahun 2011, ianya kini disokong oleh para pelabur di seluruh Asia Pasifik.

Hari ini, pelanggan dan operasi syarikat meliputi lebih daripada 14 buah negara dengan pejabat di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Australia, Korea Selatan dan Indian.

Di antara pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Anchanto adalah Nestle, MYDIN, Pos Malaysia, Skechers, Senheng, Momentum Commerce, Luxasia, DKSH, Bonia, Melissa Shoes, Wako, Focus Point, L’Oreal, HP, Fossil, SnT Logistics, DHL eCommerce, Asendia Asia dan banyak lagi.

2. Apakah Masalah Yang Dihadapi Pasaran?

Penduduk Asia mempunyai perangai yang sedikit berbeza, di mana pelanggan lebih kepada ‘layari-dan-beli’ berbanding ‘cari-dan-beli’. Maka, para peniaga perlu wujud di pelbagai tempat dan saluran jualan; maka mereka memerlukan platform yang mudah untuk mencapai lebih ramai pengguna.

Pada masa yang sama, peniaga dan syarikat logistic mempunyai masalah untuk mengurus gudang dan inventori mereka bagi memenuhi keperluan eDagang sekiranya masih menggunakan sistem tradisional. Hanya dengan menggunakan teknologi baulah mereka boleh menjalankan operasi merentas pelbagai saluran dan mengurus penghantaran.

3. Siapakah Golongan Sasaran?

Jenama global, peruncit, pengedar, penyedia perkhidmatan, industri kecil dan sederhana, penyeda logistik dan pengendali pos, serta perniagaan yang ingin mengurus operasi eDagang dengan lebih efisien.

4. Bagaimana Anchanto Menyelesaikan Masalah Ini?

Teras Anchanto adalah menghasilkan produk yang membuatkan logistik eDagang dan jualan pelbagai saluran lebih mudah bagi orang ramai di rantau Asia Pasifik ini.

Produk pertama Anchanto iaitu Wareo, adalah Sistem Pengurusan Gudang bagi membolehkan perniagaan mengurus Gudang bagi eDagang (B2C) dan perniagaan runcit (B2B). Masalah utama yang dihadapi orang ramai adalah, sistem pengurusan Gudang sedia ada tidak dibina untuk keperluan perniagaan eDagang. Dengan adanya Wareo, platform ini dapat mengurus operasi B2B dan B2C dengan lebih produktif.

Banyak perniagaan di Asia Pasifik juga mempunyai masalah untuk mengurrus operasi jualan di sebalik tabir seperti pengurusan integrasi IT, mengurus Sistem Pengurusan Maklumat Produk dan mengedarkan katalog mereka merentas pelbagai saluran. Di sinilah munculnya produk kedua iaitu SelluSeller, platform pengurusan jualan eDagang yang membolehkan para peniaga mengurus operasi mereka dengan lebihi cekap. Ianya diintegrasi dengan pasar online, kedai online, perisian perakaunan, logistic dan ERP seperti SAP bagi membolehkan peniaga mendapatkan keseimbangan di antara teknologi dan integrasi.

5. Apakah Keunikan Anchanto?

Berbanding syarikat lain di dalam pasaran, semua platform Anchanto dibangunkan dengan pengalaman peribadi mengurus gudang di Singapura selama 2 tahun. Samada Wareo atau SelluSeller, produk ini dibina bagi membolehkan perniagaan menggunakannya serta-merta. Sebelum mengeluarkannya di pasaran, ianya telah dibangunkan dan diuji Bersama-sama jenama terkenal seperti Garnier, L’Oreal, Maybelline dan banyak lagi.

Namun, keunikan terbesar Anchanto adalah cara mereka memahami keperluan pengguna dan merekabentuk penyelesaian yang tepat untuk mereka.

Apakah Sasaran Anchanto Bagi Malaysia? Dan Rantau Asia Pasifik?

Anchanto mensasarkan pertumbuhan sebanyak 3 kali ganda daripada pendapatan bagi tahun 2019. Memandangkan Malaysia merupakan pasaran yang penting, kebanyakan pendapatan akan datang dari sini.

Bagi memenuhi sasaran ini, lebih ramai pekerja akan dibawa masuk dan dijangkakan ada 2 produk baru yang bakal dilancarkan pada tahun ini.

6. Siapakah Pesaing Terbesar Anchanto?

Sejak penubuhan syarikat 9 tahun yang lalu, pesaing terbesar adalah sikap sambil lewa bakal pelanggan dengan kemunculan transformasi digital dalam dunia perniagaan. Sikap ini ditambah dengan kebergantungan kepada sistem legasi yang telah pun berusia dan sepatutnya ditukar.

7. Di Mana Anchanto Akan Berada Dalam Masa 5 Tahun Yang Akan Datang?

Fokus Anchanto masih di rantau Asia Pasifik yang merangkumi pelbagai pasaran seperti Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia dan Australia; dengan beberapa negara lebih maju daripada yang lain.

Seterusnya, Anchanto bercadang untuk merentas sempadan dan menemui bakal pelanggan di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Britain, Sepanyol, Jerman, Itali dan Kanada; dengan mensasarkan untuk menjadi syarikat yang berteraskan kepada para pelanggan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.