Apa Itu Limit Up (Paras Tertinggi) Di Bursa Malaysia?

Sejak akhir-akhir ini, banyak betul saham-saham yang mencanak naik. Ada yang naik sehingga ke paras maksimum yang dibenarkan dalam masa sehari. Ianya juga dikenali sebagai Limit Up.

Apa Itu Limit Up?

Bagi saham yang berharga atas RM1, maksima kenaikan bagi satu hari adalah 30% daripada harga penutup saham pada hari sebelumnya. Maknanya, kalau harga saham sekarang adalah RM1, maka kenaikan maksimum dalam masa sehari adalah RM0.30. Daripada RM1, paling tinggi dalam hari tu boleh naik jadi RM1.30.

Bagi saham yang berharga di bawah RM1 pula, maksima kenaikan bagi satu hari adalah RM0.30 daripada harga penutup saham pada hari sebelumnya. Maknanya, kalau harga saham sekarang adalah RM0.50, maka kenaikan maksimum harga saham tersebut adalah sehingga RM0.80.

Contoh Saham Limit Up

Sumber: Trading View

Kita ambil contoh Notion pada 4 Ogos 2020, apabila harga saham naik sebanyak RM0.33 atau 29.71%.

Nak naik lagi tak boleh, sebab kenaikan tak boleh lebih daripada 30% dalam masa sehari.

Sumber: Trading View

Seterusnya kita tengok contoh Notion-WC pada 4 Ogos 2020, apabila harga saham naik sebanyak RM0.295 atau 35.76%.

Nak naik lagi tak boleh, sebab kenaikan tak boleh lebih daripada RM0.30 dalam masa sehari.

Kalau Limit Up Dua Hari Berturut-Turut, Bursa Akan Beku Had Atas

Ada juga saham yang Limit Up untuk dua hari berturut-turut, maka Bursa Malaysia terpaksa campur tangan. Pada hari ketiga, tiada sebarang kenaikan dibenarkan bagi harga saham yang dah Limit Up bagi dua hari berturut-turut.

Ianya merupakan ketetapan oleh Bursa Malaysia di bawah Chapter 8.13 (5) TRADING dan Trading Manual Chapter 4, Reference Price And Price Limits (4.3) Freezing of Price.

Ini bagi mengelakkan ‘panic buying’ untuk hari ketiga. Nak bagi market bertenang dulu.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.