Lebtech Berhad: Gergasi Pembinaan Milik Bumiputera Yang Kurang Dikenali

Baru-baru ini, pihak kami berpeluang untuk melawat pejabat Lebtech Berhad di Wisma Lebar Daun yang terletak di Seksyen 9, Shah Alam. Ianya merupakan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, namun kurang dikenali ramai.

Apabila berpeluang untuk bersua muka dengan pemilik syarikat, izinkan kami untuk kongsikan bersama syarikat gergasi pembinaan milik bumiputera ini.

Siapa Lebtech Berhad?

Lebtech Berhad adalah merupakan syarikat pegangan pelaburan atau investment holding company. Menerusi anak syarikatnya iaitu Lebtech Construction Sdn Bhd, mereka terlibat dalam kerja-kerja sivil dan pembinaan.

Lagi sebuah anak syarikat adalah Lebtech Energy Sdn Bhd yang terlibat dalam perdagangan dan perkhidmatan.

Siapa Pula Lebtech Construction Sdn Bhd?

Lebtech Construction adalah sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera tempatan bagi menyahut seruan kerajaan untuk melibatkan diri dalam perniagaan. Mereka merupakan syarikat kontraktor yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan dalam kelas G7 dan kategori B, CE dan ME.

Di antara kepakaran Lebtech Construction adalah di dalam:

  • Kerja-kerja pembinaan pembangunan hartanah
  • Kerja-kerja struktur dan bangunan
  • Naiktaraf bangunan dan pengubahsuaian
  • Kerja-kerja lebuhraya dan jambatan

Dengan pengalaman lebih daripada 25 tahun, syarikat telah menyiapkan projek bernilai lebih daripada RM3 bilion dengan projek semasa bernilai RM1.2 bilion dan projek yang sedang dalam peringkat tender dan cadangan bernilai lebih daripada RM200 juta.

Apa Projek Terkenal Lebtech Construction?

Biasa tak anda jalan-jalan di sekitar Shah Alam? Mesti perasan D’Kayangan yang terletaknya Aeon Mall Shah Alam tu?

Bagaimana pula dengan kawasan perumahan Bukit Bandaraya?

Kalau nak tahu, ini merupakan projek terkenal yang telah dibina oleh Lebtech Construction. Dalam diam tak diam, rupa-rupanya syarikat bumiputera inilah yang telah membangunkan kawasan ini.

Selama ini pergi shopping di Aeon Mall Shah Alam, tak pernah tahu pun kan?

Apa Pula Projek Terbesar Lebtech Construction?

Di antara projek yang terbesar adalah projek pembinaan Kampus Induk Universiti Industri Selangor (UNISEL), (Fast 1) di Batang Berjuntai, Kuala Selangor. Projek ini bernilai RM313 juta.

Seterusnya, Lebtech Construction juga syarikat yang bertanggungjawab membina Kompleks Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor dan Mahkamah Rendah Syariah di 9 daerah di dalam negeri Selangor. Projek ini bernilai RM160 juta.

This image has an empty alt attribute; its file name is Lebtech-Berhad-Gergasi-Pembinaan-Milik-Bumiputera-Yang-Kurang-Dikenali4.jpg

Kemudian kita ada pula projek merekabentuk, membina dan menyiapkan bangunan pejabat untuk Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Seksyen 14, Shah Alam yang bernilai RM61 juta.

Memang semua juta-juta punya projek, hebatkan syarikat bumiputera ini?

Siapa Di Sebalik Tabir Lebtech?

Mesti tertanya-tanya siapa sebenarnya orang di sebalik tabir Lebtech ni, tadi kata milik bumiputera.

Sumber: Bursa Marketplace

Tan Sri Datuk Adzmi bin Abdul Wahab adalah merupakan Pengerusi syarikat manakala Dato’ Noor Azman bin Mohamed Noordin merupakan pemegang saham terbesar syarikat. Encik Norazmi bin Mohamed Noordin pula merupakan Pengarah Urusan dan Pengarah Eksekutif syarikat.

Daripada segi jawatan dalam syarikat dan pemilik saham terbesar syarikat, ianya didominasi oleh bumiputera.

Bagaimana Pula Dengan Chart Lebtech?

Bila tersenarai di pasaran saham, mesti kita nak tahu bagaimana pula dengan prestasi saham syarikat Lebtech ni kan?

Sumber: Trading View

Untuk pengetahuan, harga saham Lebtech telah meningkat sebanyak 27% sepanjang tahun ini. Walaupun volume tak berapa nak ada dan kecil daripada segi Market Cap, namun kenaikannya boleh dikatakan tinggi juga.

Nampak seolah-olah seperti harga saham telah sideways untuk agak lama, baru-baru ini dalam bulan Ogos kelihatan harga saham naik mendadak dan mencapai paras tertinggi yang baru.

Begitulah kisah Lebtech Berhad, sebuah syarikat gergasi pembinaan milik bumiputera yang kurang dikenali ramai.

Nak tunggu sehingga mereka dah famous baru nak mengintai saham mereka ke macam mana?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Eco World: Jualan Terus Kukuh Seperti Biasa

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR2.78 dikekalkan, potensi kenaikan harga 32% dengan kadar hasil dividen kira-kira 4% untuk FY26

Keputusan 2QFY26 (Okt) yang dicatatkan oleh Eco World dilihat menepati jangkaan. Hasil kembali normal selepas menerima sumbangan kukuh berkaitan dengan jualan tanah pusat data (DC) pada suku sebelumnya. ECW terus melaporkan jualan hartanah kukuh apabila jualan sepanjang tempoh tujuh bulan pertama pada FY26 (7MFY26) mencecah MYR3.28bn.

Jualan ini mencapai 82% daripada sasaran jualan MYR4bn-nya untuk tahun kewangan ini. Kami percaya ECW bakal melepasi sasaran ini menjelang akhir bulan Oktober, disebabkan oleh kadar ambilan yang tinggi seperti yang disaksikan pada pelancaran-pelancaran projeknya baru-baru ini.

Rumusan keputusan 2QFY26

Penurunan hasil dan perolehan secara QoQ rataratanya berpunca daripada sumbangan besar daripada selesainya penjualan:

i) tanah perindustrian seluas 138.5 ekar di Eco Business Park (EBP) I kepada Microsoft Payments

ii) tanah perindustrian berkeluasan 58.2 ekar di EBP V kepada Pearl Computing.

Penjualan-penjualan ini telah diiktiraf semasa suku tahun sebelum ini. Walau bagaimanapun, margin EBIT syarikat ini berkembang semasa suku tersebut berikutan penjimatan kos lebih tinggi yang direalisasi berkaitan dengan beberapa fasa pelancaran yang selesai dan jualan-jualan tanah perindustrian. DPS interim kedua sebanyak 2 sen diumumkan, lalu membawa DPS 1HFY26 kepada 4 sen. Paras hutang bersih menokok kepada 0.25x daripada 0.20x pada suku sebelumnya

Jualan terus kukuh

Jualan hartanah ECW sepanjang tempoh 7MFY26 mencecah MYR3.28bn. Wilayah selatan Semenanjung Malaysia terus menjadi penyumbang utama apabila mencatat jualan berjumlah MYR1.66bn (atau 51% jumlah jualan). Unit perindustrian (EBP danQuantum) pula menyumbang 35% daripada jumlah itu, diikuti oleh projek perbandaran (36%).

Eco Botanic 3 di Iskandar Malaysia yang dilancarkan pada Sep 2025, muncul sebagai penyumbang terbesar dalam segmen produk kediamannya dengan mengaut nilai jualan sebanyak MYR489j. Dalam bahagian perindustrian pula, EBP VII di Negeri Sembilan meraih jualan bernilai MYR796j pada 7MFY26. Projek ini dilancarkan pada Nov 2025, dan permintaan untuk kilang-kilang berkluster, jenis sebandung dan plot tanah perindustrian seluas 1 hingga 5 ekar kelihatan amat menggalakkan

Mungkin mengatasi sasaran jualan FY26-nya bernilai MYR4bn

Pelancaran Chateau II di Eco Botanic (GDV: MYR500j) baru-baru ini mendapat sambutan baik, dan semua lot rumah sebandung dan banglo bukan bumiputera habis terjual. Pihak pengurusan juga memberitahu bahawa sebaik sahaja ketegangan geopolitik di Asia Barat kembali terkawal, projek perbandarannya bernama Eco Radiance di Semenyih akan memasuki pasaran hartanah (kerana harga minyak menjejaskan kos awal pembinaan). ECW juga berhasrat untuk melancarkan projek kediamannya yang bertingkat tinggi bernama WKND di Larkin, Johor (JV dengan JLand, GDV: MYR1bn) menjelang akhir tahun ini.

Hasil masa hadapan cecah paras tertinggi.

Kami bertindak mengekalkan ramalan perolehan untuk FY26-28. Hasil masa hadapan berada pada paras tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak MYR5.38bn (berbanding MYR5.11 setakat akhir Feb 2026). Satu lagi jualan bernilai MYR400-500j untuk tanah DC akan diiktiraf secara berfasa sebelum akhir FY26 manakala jualan tanah berjumlah MYR280.8j baru-baru ini kepada KNBDC Malaysia Five akan diiktiraf menjelang 1HFY27. TP kami yang sama diperoleh berdasarkan diskaun 10% pada RNAV, dengan premium ESG 2%.

Asas Penilaian

Potongan 10% pada RNAV, dengan diskaun syarikat pegangan sebanyak 10%

Faktor Pemacu Utama

Permintaan hartanah semakin meningkat disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi ebih kukuh dan faktor pemangkin daripada pembangunan prasarana

Risiko Utama

Pertumbuhan ekonomi memperlahan tanpa dijangka menjejaskan permintaan untuk hartanahnya.

Profil Syarikat

Eco World mempunyai jejak kehadiran di semua wilayah ekonomi utama iaitu Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang. Produk-produk tawarannya termasuklah pembangunan bertanah dan kediaman bertingkat tinggi, hartanah komersial dan perindustrian.

Sekilas Pandang Keputusan

Carta Saranan

Penganalisis
Loong Kok Wen, CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.