Jom Bina Pelan Persaraan Mudah Yang Patuh Syariah, Hari Ini Juga

Semua orang impikan persaraan yang indah dan mampu mengekalkan gaya hidup yang sama apabila sudah bersara nanti. Kebebasan kewangan atau ‘financial freedom’ memang menjadi impian semua orang, tapi sudahkah kita membuat persediaan yang sewajarnya? Atau masih lena dibuai mimpi?

Bagi mereka yang sudah mula merancang, tahniah diucapkan. Ini kerana lagi awal kita mula, lagi bagus. Tapi apakah yang dimaksudkan dengan pelan persaraan yang patuh Syariah?

Ikut Konsep Islam

Perancangan kewangan persaraan adalah dibolehkan dalam Islam, asalkan ianya mengikut garis panduan dan prinsip ‘Maqasid Syariah’, dan mestilah bebas daripada ‘Riba’ (Faedah), ‘Gharar’ (Kesamaran/Ketidakpastian), ‘Maisir’ (Perjudian) dan aktiviti perniagaan Tidak Halal.

Bila kita dah tahu apa yang dibolehkan dan apa yang dilarang, barulah kita boleh merancang pelan persaraan yang patuh Syariah.

Jom kita dengarkan penerangan oleh Private Pension Administrator Malaysia (PPA) selaku pentadbir pusat bagi Skim Persaraan Swasta (PRS) membincangkan tentang bagaimana untuk merancang simpanan persaraan mudah mengikut garis panduan yang patuh Syariah.

Skim Persaraan Swasta (PRS) merupakan skim simpanan dan pelaburan jangka panjang sukarela untuk membantu rakyat Malaysia menyimpan lebih banyak untuk kegunaan selepas bersara nanti.

Pelan Persaraan Mudah Yang Patuh Syariah

Tujuan merancang untuk persaraan sebenarnya adalah untuk membuat pelan simpanan agar kita dapat mengumpul dana yang mencukupi apabila bersara nanti.

Namun, sebelum merancang, pastikan kita sudah ada jawapan untuk tiga soalan ini.

1. Berapa Banyak Simpanan Yang Cukup?

Kajian Bank Dunia mencadangkan agar kita mempunyai sekurang-kurangnya 2/3 atau 67% daripada gaji terakhir kita apabila bersara nanti.

Bagi mencapai matlamat ini, PPA mencadangkan agar kita menyimpan 1/3 atau 33% daripada gaji kita tiap-tiap bulan dalam dana persaraan.

Bagi yang bekerja di dalam sektor swasta dan memilih untuk merancang persaraan secara Islam, kemungkinan besar kita telah mencarum sebanyak 23% daripada gaji bulanan ke dalam pilihan Dana patuh Syariah di skim persaraan mandatori.

Oleh itu, kita hanya perlu ketepikan 10% daripada gaji bulanan kita ke dalam Dana Skim Persaraan Swasta (PRS) patuh Syariah untuk mencapai matlamat simpanan 1/3.

This image has an empty alt attribute; its file name is 2-3-1-3-700x370.jpg

2. Berapa Lama Dana Boleh Bertahan?

Bila kita dah tahu berapa banyak kita perlu menyimpan setiap bulan, sekarang kita perlu tahu pula daya tahan dana persaraan kita.

Menurut kajian daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, purata jangka hayat rakyat Malaysia sekarang adalah 75 tahun, dengan lelaki dijangka hidup sehingga usia 73 tahun manakala wanita dijangka hidup sehingga umur 78 tahun.

Statistik ini dijangka meningkat dan mungkin akan mencecah angka 80 tahun tak lama lagi.

Dengan had umur persaraan sekarang adalah 60 tahun, maknanya kita perlu mempunyai pendapatan gantian yang cukup untuk bertahan sekurang-kurangnya selama 20 tahun.

3. Adakah Simpanan Dapat Mengatasi Inflasi?

Kos barangan dan perkhidmatan akan meningkat setiap tahun disebabkan inflasi. Tak percaya?

Masihkah anda ingat 10 tahun yang lalu kita masih boleh menikmati secawan teh tarik dengan harga RM1 dan sebungkus nasi lemak dengan harga 50 sen? Sekarang harga teh tarik mencecah RM2 dan sebungkus nasi lemak nak dapat dengan harga RM1 pun agak sukar.

Maka kita perlu mengambil kira kadar inflasi dalam membuat pelan persaraan agar simpanan kita cukup kukuh untuk mengatasi kadar inflasi ini. Berdasarkan statistik terkini dari Bank Negara Malaysia (BNM), purata kadar inflasi di Malaysia adalah hampir 3%.

Maka, berdasarkan statistik ini, kita kena pastikan pulangan pelaburan Dana adalah sentiasa lebih daripada peratusan ini bagi mengelakkan kesan inflasi ini mengurangkan nilai simpanan kita nanti.

Nak tahu berapa jumlah yang diperlukan untuk bersara nanti, anda boleh cuba kalkulator persaraan PPA ini sebagai panduan.

Buatlah Persiapan Hari Ini

Setelah anda mendapatkan jawapan untuk tiga persoalan persaraan tadi, sekarang jom bina pelan persaraan Islam dengan menyimpan dalam instrumen yang patuh Syariah.

Terdapat 26 Dana PRS patuh Syariah yang disediakan oleh lapan Penyedia PRS. Untuk mula menyimpan di PRS dengan mudah, selesa dan selamat, anda boleh mula mendaftar dengan jumlah serendah RM100 melalui perkhidmatan PRS Online yang dibangunkan oleh PPA.

Berita baik untuk mereka yang sudah berkira-kira untuk membuka akaun PRS! Sekarang ini PPA sedang giat mengadakan peraduan untuk memberikan ganjaran untuk mana-mana Ahli baru yang membuka akaun untuk pertama kali melalui perkhidmatan PRS Online.

Sila ke laman PRS Online Enrolment Treats untuk info lanjut.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Trend Menurun Semakin Menguat Semasa Fasa Mendatar

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan yang mendadak pada hari Jumaat lalu apabila jatuh MYR26 untuk
ditutup pada harga MYR4,480. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras harga MYR4,516. Ia kemudiannya mencatat paras tertinggi intrahari pada MYR4,520 sebelum kegiatan penjualan tinggi berlaku dan mengheretnya ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,460. Ia kemudian menutup dagangan pada paras MYR4,480 dengan membentuk corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan bahawa tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan harga ini menunjukkan komoditi sekarang bergerak ke paras sokongan MYR4,390 dan terus-menerus ditutup di bawah garisan SMA 50 hari. RSI juga masih berada jauh dalam zon menurun yang menandakan rentak menurun adalah kuat dan mungkin akan berlarutan. FCPO sekarang dijangka akan menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana mereka yang menantikan penurunan harga jelas mempunyai kawalan.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi tetap kukuh berada pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama ialah MYR4,390 dan diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sekarang berada pada MYR4,600 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,700.