Kita sering disajikan dengan iklan coklat Ferrero Rocher yang melambangkan kualiti premium dan keenakannya. Tapi tahukah kita asal-usul coklat ini?
Kisah Ferrero Rocher Yang Ramai Tak Tahu
Asal usul Ferrero Rocher adalah daripada syarikat Pietro Ferrero iaitu ayah kepada Michele Ferrero yang hidup pada tahun 40-an selepas Perang Dunia ke-2. Pada mulanya, akibat kekurangan koko di Itali pada zaman tersebut, Pietro telah menambahkan kacang hazel ke dalam coklat sehingga terciptalah bebola wafer yang sedap rasanya.
Untuk memastikan bentuknya bulat yang cantik, Pietro
berlatih selama 5 tahun untuk membuat bentuk wafer tersebut. Itulah dia inovasi
hebat daripada coklat atas desakan keperluan pada zaman tersebut.
Ferrero Rocher diperkenalkan pada tahun 1982 di Eropah dan tidak lama selepas pengeluarannya, ianya terpaksa dihentikan kerana masalah dengan percetakan labelnya.
Michele Ferrero yang telah menamakan coklat tersebut dengan nama ‘gua’ di gereja Roman Katolik Lourdes, Rocher de Massabielle sebelum ditukar kepada Ferrero Rocher. Rocher berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud ‘batu’.
Coklat yang terdiri daripada kacang hazel panggang yang dibungkus di dalam wafer nipis itu dipenuhi dengan coklat susu, hazelnut cincang dan juga coklat hazelnut.
Proses pengeluarannya adalah rahsia dan tidak diketahui umum.
Peningkatan Permintaan Ferrero Rocher
Di dalam tempat memproses coklat ini, telefon pintar, komputer riba dan sebarang alatan rakaman tidak dibenarkan masuk. Pada tahun 2015, beberapa wartawan pernah dijemput untuk melawat ke dalam kilang ini. Pada tahun 2015, sebanyak 24 juta coklat Ferrero Rocher yang dihasilkan setiap hari.
Sebanyak 3.6 bilion Ferrero Rocher dijual setiap tahun di lebih daripada 40 negara. Ini termasuklah negara-negara di Eropah, Amerika, Asia dan juga Afrika. Siapa sangka, hanya dengan menghasilkan coklat, kini ia bertaraf antarabangsa! Yang terkini, mereka mempunyai lebih kurang 33,000 orang pekerja di seluruh dunia.
Pada tahun 2012, syarikat ini memperolehi keuntungan sekitar £7 bilion, dan naik 8% daripada tahun sebelumnya. Kilang Ferrero Rocher pernah mengalami musibah banjir pada tahun 1994.
Banjir tersebut telah menghancurkan ibu pejabat syarikatnya di Alba, Itali. Tiga minggu selepas itu, perniagaannya dibuka kembali sehingga hari ini.
Ferrero Rocher Terus Berkembang Maju
Pada tahun 2015, dunia telah dikejutkan dengan kematian Michele Ferrero pada usia 89 tahun akibat sakit tua. Syarikatnya kini telah diwarisi oleh anak lelakinya iaitu Giovanni Ferrero.
Sekarang, Ferrero merupakan salah seorang orang terkaya di dunia dengan nilai berjumlah USD23.4 bilion.
Sebelum ini, kita telah mengetahui bagaimana Austin Russell telah berjaya menjadi bilionaire pada usia 25 tahun. Beliau telah berjaya mengapungkan syarikatnya Luminar, sebuah syarikat yang menyediakan teknologi pemanduan automatik kenderaan.
Jom kita tengok pula bagaimana seorang warganegara Australia yang turut menjadi bilionaire pada usia muda iaitu 30 tahun, melalui syarikat teknologi yang dibangunkannya yang dikenali sebagai Afterpay, sebuah syarikat Fintech.
Nick Molnar merupakan seorang rakyat Australia yang dilahirkan pada tahun 1990. Beliau merupakan seorang graduan dari Universiti Sydney yang mengambil jurusan E-commerce.
Minat terhadap bidang keusahawanan ini bermula ketika beliau masih lagi bergelar graduan. Beliau mengambil peluang dengan menjalankan perniagaan E-commerce melalui platform E-bay.
Beliau menjual barangan perhiasan wanita di dalam platform tersebut.
Kenapa Afterpay Ditubuhkan?
Selepas tamat pengajian di dalam jurusan E-commerce, Nick Molnar bekerja sebagai seorang penganalisis pasaran saham di M.H. Carnegie & Co di Sydney. Di sini, beliau mendapat galakan daripada majikanya untuk melaksanakan impianya iaitu membina syarikatnya sendiri.
Beliau menyahut cabaran tersebut dan menubuhkan laman web Ice Online untuk menjual barang kemas wanita secara online. Walau bagaimanapun, laman web ini tidak seperti yang beliau diharapkan.
Nick Molnar kemudiannya menubuhkan Afterpay bersama dengan jirannya Anthony Eisen, yang merupakan seorang yang berpengalaman di dalam industri kewangan di Australia pada tahun 2015. Beliau menubuhkan Afterpay selepas melihat berubahnya trend golongan millennial berbelanja selepas krisis ekonomi pada tahun 2008.
Pada ketika itu, Nick Molnar turut merasai kesan krisis kewangan yang berlaku apabila golongan millennial merupakan yang paling terkesan dengan krisis tersebut disebabkan oleh tabiat perbelanjaan yang tidak betul.
Punca utama adalah dengan menggunakan kad kredit secara tidak berhemah. Melalui peristiwa tersebut, beliau mendapat ilham untuk menubuhkan Afterpay bagi membantu golongan millennial di dalam pengurusan kewangan mereka.
Perbezaan Di Antara Afterpay Dengan Kad Kredit
Afterpay menyediakan kemudahan pembelian yang membolehkan pelanggan membeli di mana-mana kedai yang bekerjasama dengan Afterpay.
Pelanggan diberi tempoh selama dua minggu untuk membayar semua wang tersebut kepada Afterpay. Berbanding dengan kredit kad, Afterpay tidak mengenakan sebarang faedah (interest) jika pelanggan lambat membayar hutang. Sebaliknya mereka hanya akan dikenakan denda sahaja.
Konsep Afterpay ini telah menarik ramai pengguna terutamanya gologan millennial menggunakan aplikasi tersebut untuk membuat pembelian. Pada tahun 2016, syarikat ini telah mengapungkan saham mereka ke bursa saham Australia.
Perkembangan Afterpay Ketika Musim Pandemik
Ketika musim pandemik Covid-19 melanda dunia, syarikat ini telah berjaya menarik lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan yang disediakan mereka. Bilangan pengguna aplikasi ini meningkat sebanyak dua kali ganda dan saham syarikat juga telah meningkat sebanyak 1,300% yang telah menjadikan Nick Molnar bersama dengan sahabatnya menjadi bilionaire.
Kini, Afterpay merancang untuk mengembangkan lagi operasi syarikat ke Amerika Syarikat dan United Kingdom kerana dijangkakan sambutan yang bakal diterima adalah sangat menggalakkan di sana.