Volkswagen Bakal Jual Sebahagian Daripada Bugatti Dan Lamborghini Untuk Fokus Kepada Kenderaan Elektrik

Industri automotif merupakan industri yang terjejas teruk akibat daripada pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Banyak syarikat automotif dunia yang mengalami penurunan jualan yang sangat ketara disebabkan oleh keadaan semasa.

Hanya Tesla yang fokus kepada pengeluaran kenderaan elektrik sahaja yang meningkat market capitalization mereka, disebabkan kenderaan elektrik bakal menjadi satu fenomena pada masa hadapan.

Volkswagen juga terkesan dengan kegawatan ekonomi dunia yang sedang berlaku. Kalau nak tahu, syarikat ini merupakan pengeluar kenderaan terbesar di dunia pada hari ini.

Kredit Gambar: Prezi

Volkswagen mempunyai beberapa buah anak syarikat yang bernaung di bawah pengurusan mereka. Di antara syarikat yang terkenal yang merupakan anak syarikat Volkswagen adalah Bugatti, Lamborghini, Porsche, Audi dan Ducati yang dikategorikan sebagaian kenderaan mewah manakala Seat dan Skoda pula merupakan anak syarikat sebagai kenderaan untuk rakyat marhaen.

Volkswagen juga mempunyai anak syarikat kenderaan berat seperti Scania dan juga MAN.

Ferdinand Piëch, Kredit Gambar: CarMagazine.UK

Orang yang bertanggungjawab yang membawa perkembangan luar biasa kepada Volkswagen ini adalah Ferdinand Piëch yang merupakan cucu kepada pengasas Porsche. Beliau yang membawa masuk jenama kenderaan popular ke dalam Volkswagen pada awal tahun 2000-an yang lalu.

Percaturan yang dilakukannya itu berhasil kerana Volkswagen telah berjaya memintas Toyota untuk menjadi pengeluar kenderaan terbesar di dunia sejak tahun 2016.

Kini syarikat tersebut terpaksa akur dengan perubahan trend semasa yang mana kenderaan elektrik bakal mendominasi  pasaran dunia pada masa hadapan. CEO Volkswagen sendiri telah mengakui bahawa kenderaan elektrik akan menguasai dunia dan kenderaan berdasarkan petrol bakal lenyap dalam masa yang terdekat.

Ini kerana, kebanyakan negara di dunia bakal mengaharamkan kenderaan yang berasaskan combustion engine memasuki negara mereka dalam tempoh dua dekad dari sekarang.

Di antara langkah yang drastik diambil oleh Volkswagen untuk bersaing di dalam pasaran kenderaan elektrik adalah mengecilkan syarikat mereka dan fokus kepada kenderaan yang mampu dijual pada skala yang besar. Volkswagen akan menjual anak syarikatnya iaitu Bugatti kepada Rimac, sebuah syarikat dari Croatia yang merupakan syarikat kenderaan elektrik yang fokus kepada penghasilan kenderaan elektrik supercar.

Kredit Gambar: CNBC

Volkswagen juga dikatakan sedang mencari pembeli untuk Lamborghini. Walaupun Lamborghini dikatakan mempunyai rekod jualan yang memberangsangkan sejak kebelakangan ini dengan pengenalan model Urus, namun Volkswagen ingin menjualnya bagi membolehkan mereka fokus kepada kenderaan elektrik yang mampu milik.

Volkswagen sedar bahawa ianya adalah sukar untuk menghasilkan kenderaan elektrik di dalam kategori supercar. Ini kerana jualan kenderaan ini hanya beratus unit sahaja setiap tahun dan kos menghasilkan enjin elektrik ini memerlukan pelaburan yang sangat tinggi.

Volkswagen terpaksa mengikut kehendak pasaran dan mengakui bahawa mereka ketinggalan 10 tahun berbanding dengan Tesla di dalam menghasilkan kenderaan elektrik dan terpaksa melabur sebanyak USD66.3 bilion untuk penyelidikan bagi mendominasi pasaran kenderaan elektrik.

Volkswagen dijangka akan menghasilkan sejuta buah kenderaan elektrik pada akhir tahun 2023  dan tindakan untuk menjual sebahagian kecil anak syarikat kepunyaan mereka kepada pelabur luar merupakan satu tindakan yang dilihat tepat.

Tak lama lagi, kita akan lihat kenderaan elektrik keluaran Volkswagen ini akan bersaing dengan Tesla di peringkat antarabangsa.

Sumber Rujukan: https://www.reuters.com/article/volkswagen-lamborghini/exclusive-volkswagen-draws-up-plans-to-carve-out-lamborghini-sources-idUSL8N2GS38S

Dah lama pendam perasaan nak beli saham terkemuka dunia seperti Facebook, Google, Apple dan McDonalds yang patuh syariah? Jangan lepaskan peluang ini.

SEKEJAP, INI FAKTA KENA TAHU

1. Harga saham Tesla milik Elon Musk, dah naik lebih daripada 700% dalam masa setahun ni.

2. Tak perlu mula dengan modal besar. Ramai kata saham-saham dekat Wall Street tu mahal tetapi mereka semua tak tahu minimum kena beli 1 unit sahaja. Jadi contohnya kalau nak beli saham Twitter modal yang kena keluar hanyalah RM185.

3. Kalau nak tahu, market US ada hampir 10,000 saham, 519 daripadanya adalah patuh syariah.

4. Pasaran saham dekat Bursa Malaysia tak sama dengan Wall Street. Tetapi yang confirm sama adalah dua-dua boleh buat untung atau rugi.

WEBINAR SAHAM WALL STREET
24-25 Oktober 2020 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Speaker: Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA)

Alhamdulillah seminar ini mendapat kerjasama Islamicly dan CGS-CIMB Securities. Belajar secara santai dari rumah untuk 2 hari berturut-turut melalui aplikasi Zoom.

Cepat rebut harga promosi. Klik >>SINI untuk maklumat lanjut.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

BJAK Diluluskan Oleh Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR: Seiring dengan peningkatan rakyat Malaysia yang beralih kepada platform digital untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan, keperluan untuk memilih penyedia perkhidmatan yang dipercayai serta dikawal selia semakin penting.

BJAK, platform insurans terbesar di Malaysia, terus menyokong rakyat negara ini dengan menyediakan cara yang lebih mudah dan telus untuk membanding serta memperbaharui insurans dan takaful kenderaan secara dalam talian.

BJAK merupakan Penasihat Kewangan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia, sekali gus memangkin komitmennya dalam menyediakan platform yang dipercayai untuk perbandingan dan pembaharuan insurans.

Melalui BJAK, pengguna boleh membandingkan pelan daripada sehingga 16 syarikat insurans dan pengendali takaful dalam satu platform. Ini membolehkan pengguna membuat keputusan yang lebih bijak berdasarkan harga, perlindungan dan manfaat, semuanya melalui pengalaman digital yang mudah dan lancar.

Dalam era peningkatan kes penipuan dalam talian serta maklumat yang mengelirukan, rakyat Malaysia disarankan agar sentiasa menyemak kesahihan penyedia perkhidmatan kewangan sebelum membuat sebarang pembayaran atau berkongsi maklumat peribadi secara dalam talian.

Pemilihan platform yang dikawal selia dan dipercayai dapat membantu pengguna membuat keputusan kewangan yang lebih selamat dan yakin.

Selain perbandingan insurans, BJAK turut menawarkan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan secara dalam talian, sekali gus memudahkan rakyat Malaysia menguruskan keperluan berkaitan kenderaan mereka secara digital.

Dengan membolehkan pengguna membandingkan pelbagai syarikat insurans dan pengendali takaful di satu tempat, BJAK komited untuk membantu rakyat Malaysia mengelakkan pembaharuan secara terburu-buru tanpa perbandingan, di samping menggalakkan keputusan kewangan yang lebih bijak melalui ketelusan dan pilihan.

— Awani