Pening Kepala Tak Tahu Nak Beli Saham Apa?

Bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam pelaburan saham, pastinya berdepan dengan pelbagai kesukaran. Langkah pertama dah selesai, iaitu dengan membuka akaun CDS. Seterusnya kita pun mencari ilmu berkenaan saham dengan membaca buku atau dengan berguru.

Namun kemudian, soalan seterusnya adalah “Nak Beli Saham Apa?”

Bukan newbie saja yang tanya soalan ini, malah pelabur dengan bertahun-tahun pengalaman dalam pasaran saham pun akan tanya soalan yang sama.

Memang kita takkan boleh lari daripada dua ilmu yang power, iaitu Fundamental dan Teknikal.

Ilmu Analisa Fundamental akan menjawab soalan saham apa nak beli, manakala ilmu Analisa Teknikal akan menjawab bila masa terbaik untuk beli saham.

Gunakan Formula 7RM Untuk Mengesan Winning Stock

Sekiranya kita ingin melabur saham bagi jangka masa panjang, maka salah satu cara yang terbukti berkesan adalah dengan menggunakan Formula 7RM ini.

Apa dia 7RM ini?

  1. Right Mindset
  2. Right Market
  3. Right Meaning / Moat
  4. Right Management
  5. Right Market Price
  6. Right Moment
  7. Right Money Management

Dengan mengaplikasikan teknik yang betul, kita boleh menjangkakan keuntungan yang akan diperoleh dan pada masa yang sama boleh mengawal dana dari mengalami kesusutan dan kerugian.

Seperti kata-kata emas Warren Buffett:

“Rule Number 1: Never lose money. Rule Number 2: Never forget rule Number. 1”

Penat-penat kita cari duit lebihan untuk digunakan dalam pelaburan, namun akibat daripada tersilap membeli saham, akhirnya kita mengalami kerugian yang besar.

Formula 7RM ini merupakan formulayang diilham dan diaplikasikan sendiri oleh Tuan Haji Mohd Asri, Mentor Pelaburan Saham No. 1 Malaysia. Beliau menggunakan formula 7RM ini untuk membuat pemilihan saham-saham yang mampu untuk memberikan keuntungan yang optimum.

Nak tahu rahsia beliau?

Kami cadangkan supaya beli dan hadam buku Nak Beli Saham Apa: Rahsia Mengesan Winning Stock Menggunakan Formula 7RM, yang ditulis oleh Tuan Haji Mohd Asri dan Wan Farah Abdul Jalal.

Di antara topik-topik menarik yang akan dikupas dalam buku setebal 108 mukasurat ini adalah:

Ianya memang sarat dengan ilmu. Dengan membaca buku ini dan mengamalkan ilmu yang ada di dalamnya, persoalan ‘Nak Beli Saham Apa’ akan terjawab.

Klik sini untuk membelinya ->

Apa tunggu lagi, dapatkannya hari ini!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.