Proton X50: Kenderaan Mampu Milik Atau Hanya Mampu Tengok?

Baru-baru ini, Proton telah mengumumkan pelancaran kereta terbaru mereka iaitu X50 dengan harga di antara RM79,200 sehingga RM103,300. Ada yang kata murah, ada yang kata berpatutan, ada yang kata mahal.

Persoalannya sekarang, adakah Proton X50 ini adalah kenderaan mampu milik? Kalau dulu kita tak tahu harganya sehingga ianya menerima lebih daripada 20,000 tempahan, sekarang kita dah boleh buat kira-kira.

Kira Kadar Kemampuan Kenderaan Guna 2 Formula

Tahap mampu milik bagi sesebuah kenderaan adalah berbeza bagi setiap individu. Ianya bergantung kepada jumlah gaji seseorang. Jom kita tengok 2 formula pengiraan kadar mampu milik bagi sesebuah kenderaan.

Untuk contoh , saya gunakan model paling murah iaitu RM79,200.

Kredit Gambar: Paultan

Formula Pertama: Jumlah Gaji Setahun

Ini adalah formula yang paling mudah. Kita kena pastikan harga kenderaan yang dibeli tersebut tidak lebih daripada setahun gaji. Ini bermakna gaji minima untuk melayakkan kita untuk membeli X50 adalah:

RM79,200 / 12 bulan = RM6,600

Dengan gaji RM6,600 baru kita dikira layak untuk membelinya.

Formula Kedua: 20/5/10

Kaedah ini lebih rumit untuk membuat pengiraan, tapi tidaklah sesusah mana:

20 = 20% deposit bayaran muka
5 = 5 tahun instalment
10 = komitmen bulanan tak melebihi 10% gaji

Jadi dalam kes X50 ini, pengiraan deposit adalah
(20% x RM79,200) = RM15,840 sebagai duit bayaran muka

Dengan membuat pembiayaan selama 5 tahun, maka:

Jumlah Pembiayaan: RM79,200 – RM15,840 = RM63,360
Kadar Keuntungan (Andaian 3.4% untuk 5 tahun): RM11,052
Jumlah Kena Bayar: (RM63,360 + RM11,052) = RM74,412
Komitmen Bulanan: (RM74,412 / 60 bulan) = RM1,240.20 sebulan

Maka gaji minima: (RM1,240.20 x 10) = RM12,400

Kredit Gambar: Proton

Itulah cara nak mengenal kenderaan mampu milik. Formula 2 jauh lebiih ketat berbanding dengan formula 1. Terpulang kepada kita nak guna yang mana.

Lepas kita dah buat pengiraan di atas, masih tak lepas gaji minima walau dah guna kedua-dua formula?

Itu maknanya belum rezeki kita lagi. Buat masa ini, hanya mampu tengok saja. InshaAllah, akan diluaskan juga rezeki kita satu hari nanti.

Ditulis oleh Hanif Yahaya. Seorang perancang kewangan dan penasihat kewangan yang berlesen daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM). Beliau merupakan Ketua Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat, Malaysian Association of Muslim Finance Professionals (MFP)  dan merupakan pelajar terbaik Shariah Registered Financial Planner (ShRFP). Berpengalaman memberi khidmat nasihat kewangan individu dan korporat. Boleh hubungi beliau di [email protected]

Nak Deposit Rumah Pertama? ‘Overlap’ Hutang? Bayar Tunggakan PTPTN?

Ringankan tanggungan semasa anda dengan pembiayaan peribadi berkonsep syariah di platform Direct Lending. Dapatkan pinjaman kadar rendah untuk satukan semua hutang mahal anda. Semak kelayakan secara percuma. Anda boleh semak dahulu & mohon kemudian. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

KLIK sini untuk terima pembiayaan bank & koperasi yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.