Board Lot dan Odd Lot, Apa Nak Buat Sekiranya Saham Kita Tak Cukup Satu Lot?

Pernah dengar tak istilah board lot dan odd lot? Ada yang pernah, ada yang tak pernah.

Tapi bagi yang terlibat dalam pelaburan saham, mungkin pernah dengar semasa ingin membuat pembelian atau penjualan saham. Jenis lot secara default akan memilih board lot.

Board lot adalah jumlah minimum atau pun jumlah yang biasa diniagakan di Bursa Malaysia. Pelabur perlu membuat belian atau pun jualan minimum sebanyak 1 lot yang bersamaan dengan 100 unit saham. Sebarang transaksi di bawah jumlah minimum tersebut akan dihalang secara automatik di trading platform.

Bagaimana pula jika pelabur ingin menjual saham kurang dari jumlah minimum tersebut? Adakah pelabur tidak mempunyai pilihan selain daripada memegang saham tersebut?

Jawapannya adalah kita boleh beli dan jual saham kurang daripada jumlah minimum dengan menggunakan odd lot.

Apa Itu Odd Lot?

Odd lot bermakna saham yang akan diniagakan tidak menepati syarat jumlah minimum 100 unit. Oleh itu, saham ini diniagakan secara berasingan dan tiada syarat ditetapkan bagi jumlah saham yang ingin diniagakan dalam odd lot.

Walaubagaimanapun, pelabur perlu tahu bahawa harga saham yang diniagakan dalam odd lot pada kebiasaannya tidak akan selari dengan harga yang diniagakan di board lot disebabkan oleh kekurangan liquidity di dalam odd lot.

Bila kita perlu gunakan odd lot?

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa wujud odd lot jika syarat minimum untuk membeli dan menjual saham adalah 100 unit. Odd lot biasanya akan digunakan apabila pelabur mendapat bonus di atas pegangan saham.

Pemberian bonus tidak semestinya akan genap 100 unit dan ini akan menyebabkan pelabur mempunyai jumlah saham yang tidak boleh dijual di board lot. Tanpa odd lot, kita tidak akan berpeluang untuk menjual baki saham tersebut.

Dengan adanya odd lot, kita mempunyai dua pilihan sekiranya situasi ini berlaku. Kita boleh memilih untuk terus menjual kesemua baki saham yang tidak mencukupi 100 unit di odd lot atau kita boleh membeli baki saham bagi mencukupkan nilai minimum 100 unit dan menjual semuanya di board lot.

Kita perlu membuat pengiraan yang bijak dengan mengambil kira kos pembelian dan juga perbezaan harga saham yang diniagakan di board lot dan odd lot bagi memaksimakan keuntungan.

Nak belajar lebih mendalam lagi mengenai pelaburan saham patuh syariah?

Kami dah survey, seminar saham intensif (3 hari) harga pasaran RM2,000-RM4,000. Kami ingin menawarkan silibus yang sama hebat dengan harga tak masuk akal supaya lebih ramai dapat belajar.

Jangan lepaskan peluang yang jarang-jarang datang. Daftar sekarang di » thekapital.my/senangsaham

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Barangan Pengguna: Menilai Kesan Daripada Konflik Timur Tengah

Saranan WAJARAN TINGGI kekal; Saham Pilihan Utama: Nestle, Farm Fresh (FFB), Mr DIY Group, (MRDIY) Eco-Shop Marketing (ECOSHOP), dan AEON Co M

Pandangan optimis kami dibentuk berdasarkan kualiti daya tahan dan kebolehlihatan perolehan sektor ini yang akan menarik pelabur di tengah-tengah ketidaktentuan luaran yang berlaku. Tahap penggunaan persendirian yang teguh patut terus menjadi pemacu utama untuk pertumbuhan ekonomi, dengan dibantu oleh keadaan pasaran buruh yang baik, pertumbuhan gaji dan nilai MYR yang lebih kukuh. Penilaian telah menurun ke paras lebih menarik, tetapi kami percaya asasasas pasaran yang kukuh masih bertahan dan risiko penurunan terhadap perolehan sektor ini tidak ketara, sekiranya kes asas, iaitu gencatan senjata, bertahan.

Masih menawarkan pelaburan selamat biarpun pasaran bergolak

Meskipun berlakunya krisis tenaga dan ketidaktentuan yang timbul daripada konflik di Timur Tengah, sektor ini patut mengekalkan daya tahan yang tinggi disebabkan oleh asas perolehan yang menumpu pada pasaran tempatan dan sokongan subsidi kerajaan. Dasar fiskal yang membantu menerusi pemberian tunai dan subsidi patut mendorong perbelanjaan pengguna dan mengawal tekanan inflasi.

Kami menekankan kesan-kesan konflik terhadap sektor ini, iaitu:

i) Tekanan inflasi (kesan-kesan limpahan daripada kos tenaga dan pengangkutan yang lebih tinggi

ii) gangguan rantaian bekalan (kekurangan bahan mentah atau bahan input penting

iii) sentimen pengguna yang memburuk (kebimbangan berkenaan pendapatan/prospek kerja dan kenaikan kos sara hidup).

Setakat ini, kenaikan kos sudah terjadi tetapi bukan pada kadar yang mendadak, sementara gangguan rantaian bekalan yang berlaku rata-ratanya terasing. Secara meluasnya, sentimen pengguna mungkin melemah dan menyebabkan pola perbelanjaan yang berjimat cermat, tetapi sambungan komitmen subsidi petrol patut membataskan penurunan.

Strategi dan Saham Pilihan Utama

Dengan mempertimbangkan risiko tekanan inflasi dan sentimen pengguna yang lebih lemah, kami sarankan pelaburan dalam syarikat-syarikat dengan komposisi produk yang berkisarkan barangan keperluan, dengan risiko yang rendah terhadap perolehan akibat kenaikan kos atau gangguan rantaian bekalan dan juga syarikat-syarikat yang mempunyai penimbal margin atau kuasa penetapan harga yang kukuh.

Kami menyukai saham Nestle disebabkan oleh tawaran barangan asas dan potensi pemulihan margin berikutan kos input dan FX yang menguntungkan; FFB – atas sebab permintaan untuk barangannya, disokong oleh nilai jenama, beberapa faktor pertumbuhan (keupayaan pengeluaran ais krim yang diperluaskan, pengembangan ke pasaran luar negara) bagi mengekalkan pertumbuhan perolehan; MRDIY – kerana penimbal margin yang kukuh ekoran FX dan skala operasi yang semakin besar, bayaran dividen tinggi (kadar hasil kira-kira 5%), ECOSHOP – penimbal margin, menghampiri asas SSSG baru dan potensi cerah buat industri kedai barangan berharga murah.

Risiko-risiko terhadap saranan kami

Termasuk konflik geopolitik yang berlarutan, gangguan besar terhadap rantaian bekalan dan sentimen pengguna yang lemah.

Menilai Implikasi Konflik Timur Tengah

Penganalisis
Soong Wei Siang +603 2302 8130 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.