Rakyat Malaysia Jatuh Muflis Setiap Bulan?

Agak mengejutkan apabila data dan statistik yang didedahkan Jabatan Insolvensi menunjukkan jumlah rakyat Malaysia yang diisytiharkan bankrap bermula Januari 2020 hingga Ogos 2020 adalah 5,066 orang.

Ini bermaksud, secara kasarnya ada seramai 633 orang diisytiharkan bankrap setiap bulan atau 21 orang diisytiharkan bankrap setiap hari sepanjang Januari 2020 hingga Ogos 2020. 

Sementara itu, data dan statistik bermula tahun 2015 hingga tahun 2019 menunjukkan seramai 85,000 rakyat Malaysia yang diisytiharkan bankrap adalah golongan yang berumur 25 tahun ke bawah.

PERKSEO pada Julai 2020 yang lalu menjangkakan pengangguran di Malaysia meningkat sebanyak 42% ekoran pandemik COVID-19 yang melanda hari ini.

Dan kerisauan ini rupanya menjadi realiti apabila PERKESO melaporkan seramai 89,596 orang hilang pekerjaan setakat 22 Oktober 2020 yang lalu atau 10,000 orang hilang pekerjaan setiap bulan.

Data dari portal Hartabumi.com menunjukkan angka rakyat Malaysia yang muflis pada tahun 2015 adalah 18,457 orang, 2016 seramai 19,588 orang dan pada tahun 2017 seramai 18,277 orang.

Pinjaman peribadi merupakan kategori bankrap tertinggi diikuti pinjaman kenderaan dan pinjaman hartanah.

Bankrap berlaku kerana seorang penghutang gagal atau tidak lagi berupaya untuk membayar hutang tidak kurang daripada RM100,000 di bawah pindaan terhadap subseksyen 5(1)(a) Akta Insolvensi 1967.

Bankrap juga terjadi apabila Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi.

“Tahukah anda, 11 juta rakyat Malaysia dikenal pasti memiliki kad kredit dan ada yang mempunyai sehingga lima kad kredit.”

Sebenarnya, Jabatan Insolvensi dan Mahkamah Tinggi tidak membankrapkan mana – mana individu. Sebaliknya, seorang individu hanya boleh diisytiharkan bankrap dengan dua cara sahaja yaqni:-

  •  Permohonan Pemiutang
  •  Permohonan Sukarela Penghutang

Punca Rakyat Malaysia Muflis

Menurut Rohani Mohd Shahir yang juga Pengasas serta Perunding Utama Hijrah Wealth Management Sdn Bhd, beliau merumuskan bahawa terdapat lima sebab utama rakyat Malaysia muflis adalah kerana:

  •  Pinjaman Peribadi
  •  Pinjaman Pendidikan
  •  Pinjaman Kereta
  •  Pinjaman Rumah
  •  Pinjaman Kad Kredit

Berdasarkan laporan kajian yang dilakukan portal Loanstreet, kebanyakan pemohon pinjaman peribadi menggunakan pinjaman tersebut untuk 5 sebab utama.

Yang paling popular adalah atas faktor isu perubatan, kos pengubahsuaian rumah, penyatuan hutang untuk menyelesaikan hutang-hutang lain, perkahwinan dan pendidikan.

Pinjaman peribadi merupakan pinjaman yang paling ‘jahat dan kejam’ dengan kadar faedah 7% – 18% setahun.

Selain itu, wujud juga kes di mana ibu bapa menggunakan nama anak mereka yang baru menginjak ke alam pekerjaan untuk pinjaman kereta dan rumah. Pada awal, segalanya nampak baik sahaja.

Sehinggalah si anak terpaksa menanggung pinjaman tersebut dek ‘ketaatan’ pada ibu bapa. Kesannya, mereka tidak berupaya untuk membayar pinjaman dan diisytiharkan bankrap.

Untuk rekod, trend penggunaan kad kredit sebagai medium pembayaran atas talian semakin popular semenjak tahun 2014 lagi.

Data dari Hootsuite baru – baru ini menunjukkan, lebih daripada 20% rakyat Malaysia menggunakan kad kredit sebagai alat pembayaran pembelian barang atas talian.

Kesilapan terbesar kebanyakan pengguna kad kredit adalah mereka meningkatkan had penggunaan kad kredit mereka melebihi pendapatan mereka.

Dan ini merupakan faktor utama mereka tidak berupaya membayar pinjaman kad kredit sekaligus diisytiharkan bankrap.

Kesan Bankrap Kepada Individu Di Malaysia

Bankrap bukanlah isu yang boleh dibuat main. Antara kesan terbesar apabila seorang individu diisytihar muflis adalah:

  •  Sekatan untuk keluar negara.
  •  Aset seperti kereta dan hartanah akan dirampas.
  • Berada di bawah pengawasan Ketua Pengarah Insolvensi untuk pembayaran hutang.
  • Akaun bank sedia ada akan dibekukan dan tidak boleh mengeluarkan duit dari mana – mana akaun bank.
  • Sekatan untuk bekerja di dalam bidang profesional seperti peguam, doktor, akauntan dan jawatan perkhidmatan awam.

Dengan data dan statistik yang dikongsikan ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia boleh bankrap setiap bulan bukanlah mitos.

Tanpa wabak pandemik COVID-19 pun puluhan ribu orang rakyat Malaysia telah diisytihar bankrap, apatah lagi dengan adanya wabak pandemik COVID-19.

Disebabkan banyak perniagaan terpaksa ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kadar pengangguran naik kepada 5.3% pada Mei 2020 yang lalu.

Tempoh moratorium yang telah tamat pada September yang lalu juga memberikan ujian yang berat kepada rakyat Malaysia yang mempunyai komitmen bank yang tinggi.

Setakat ini, tiada solusi jangka pendek yang dilihat mampu menyelesaikan masalah ini.

Melainkan Kerajaan terus fokus dan komited untuk membantu meningkatkan ekonomi tempatan.

Malaysia mempunyai masa depan yang cerah dan pengurusan ekonomi kita sebenarnya mempunyai banyak ruang dan peluang untuk penambah baikan.

Sumber Rujukan:

Anak muda biasanya tanya soalan-soalan berikut:

  • Nak melabur tapi tak tahu nak melabur dekat mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan, yang mana sesuai dengan saya?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?

Dapatkan jawapan kepada semua soalan ini dan banyak lagi, di dalam buku yang penuh dengan maklumat ini.

Anda perlu baca buku ini kerana:

  • Daripada beribu-ribu artikel yang telah MajalahLabur keluarkan, ini adalah rumusannya. Yang terbaik daripada yang terbaik!
  • Inilah buku yang menggabungkan kesemua ilmu, rahsia dan tips berharga; dalam bahasa santai yang semua orang boleh faham.
  • Lepas dah habis membacanya, anda dah tahu nak pilih pelaburan yang bersesuaian dengan jiwa dan tak perlu lagi nak ikut orang lain.
  • Dengan ilmu yang betul, barulah duit tak hilang dan pelaburan semakinberkembang.

Link Pembelian:
MPH Online
Kinokuniya
Lazada
Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rawatan Gigi Yang Mana Tidak Boleh Dituntut Sebagai Pelepasan Cukai?

Ramai yang tidak tahu bahawa kos rawatan pergigian sebenarnya boleh dituntut sebagai pelepasan cukai pendapatan.

Bukan setakat rawatan hospital, pemeriksaan kesihatan atau pembelian ubat-ubatan tertentu. Rawatan gigi seperti scaling, tampalan dan cabutan gigi juga termasuk dalam senarai perbelanjaan yang layak mendapat pelepasan cukai.

Pelepasan cukai bukan bermaksud kita boleh tuntut semula wang yang dibayar kepada klinik gigi. Sebaliknya, perbelanjaan yang layak akan ditolak daripada pendapatan agregat bagi mengira pendapatan bercukai.

Untuk Tahun Taksiran 2026, pembayar cukai boleh menuntut pelepasan sehingga RM1,000 bagi pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

Tetapi tidak semua rawatan gigi layak dituntut.

Ada yang pergi klinik gigi untuk scaling, tampalan, cabutan gigi dan pemeriksaan rutin. Ada juga yang memasang braces, membuat veneer atau menjalani rawatan pemutihan gigi.

Persoalannya, adakah semua perbelanjaan ini boleh dimasukkan dalam e-Filing?

Jawapannya, tidak.

Jom kita lihat rawatan pergigian yang perlu diberi perhatian sebelum membuat tuntutan pelepasan cukai.

1. Pemutihan gigi (Teeth Whitening)

Rawatan pemutihan gigi bertujuan menjadikan gigi kelihatan lebih putih dan menarik.

Ia lazimnya dikategorikan sebagai rawatan kosmetik dan bukannya rawatan pergigian untuk tujuan kesihatan.

Oleh itu, kos pemutihan gigi tidak boleh dituntut sebagai pelepasan cukai.

2. Pemasangan Veneer

Veneer ialah lapisan nipis yang dipasang pada permukaan hadapan gigi untuk memperbaiki warna, bentuk atau penampilan gigi.

Walaupun dilakukan oleh doktor gigi, rawatan ini lazimnya bersifat kosmetik.

Jadi, jangan anggap semua rawatan yang dilakukan di klinik pergigian secara automatik layak mendapat pelepasan cukai.

3. Rawatan Kosmetik Pergigian

Antara rawatan lain yang bertujuan semata-mata untuk memperbaiki penampilan gigi juga perlu diberi perhatian.

Contohnya:

  • Pembentukan semula gigi untuk tujuan kosmetik.
  • Rawatan estetik untuk memperbaiki senyuman.
  • Prosedur kosmetik yang tidak mempunyai indikasi perubatan.

Prinsipnya mudah: rawatan kosmetik semata-mata tidak termasuk dalam skop pelepasan rawatan pergigian.

4. Bagaimana pula dengan pemasangan pendakap gigi (braces)?

Ini antara perkara yang sering mengelirukan pembayar cukai.

Braces atau pendakap gigi digunakan untuk membetulkan kedudukan gigi dan masalah gigitan.

Walaupun rawatan ini dilakukan oleh pakar ortodontik, jangan terus menganggap kos pemasangan braces layak mendapat pelepasan cukai.

Ketetapan Umum LHDN tidak menyenaraikan braces secara khusus sebagai rawatan yang layak.

Jika rawatan mempunyai keperluan klinikal atau perubatan, dapatkan pengesahan LHDN berdasarkan keadaan sebenar rawatan sebelum membuat tuntutan.

Rawatan gigi apa yang boleh dituntut?

Antara rawatan pergigian yang termasuk dalam skop pelepasan cukai ialah:

  • Pemeriksaan pergigian.
  • Scaling dan pembersihan karang gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Cabutan gigi.

Rawatan tersebut mestilah dilakukan oleh pengamal pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC) dan disokong dengan resit rasmi.

Boleh tuntut untuk isteri dan anak-anak?

Ya sudah tentu!

Di bawah perenggan 46(1)(g)(iv), Akta Cukai Pendapatan 1967, pembayar cukai layak menuntut pelepasan bagi perbelanjaan pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk:

  • Diri sendiri.
  • Suami atau isteri.
  • Anak-anak.

Pelepasan yang dibenarkan adalah terhad kepada RM1,000 secara terkumpul, bukannya RM1,000 untuk setiap individu.

Contohnya:

Anda membelanjakan RM500 untuk scaling dan tampalan gigi sendiri, RM400 untuk rawatan gigi isteri dan RM300 untuk rawatan gigi anak.

Jumlah perbelanjaan ialah RM1,200.

Namun, jumlah maksimum yang boleh dituntut hanyalah RM1,000.

Bagaimana pula rawatan gigi untuk ibu bapa?

Ini lebih menarik.

Rawatan pergigian ibu bapa dan datuk nenek mempunyai kategori pelepasan cukai yang berbeza.

Di bawah perenggan 46(1)(c) Akta Cukai Pendapatan 1967, perbelanjaan rawatan perubatan dan pergigian ibu bapa serta datuk nenek boleh dituntut sehingga RM8,000 setahun. Ibu bapa atau datuk nenek hendaklah bermastautin di Malaysia.

Antara rawatan yang dinyatakan termasuk:

  • Cabutan gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Scaling.
  • Gigi palsu.
  • Rawatan akar (root canal).
  • Rawatan menggantikan gigi.
  • Pembaikan gigi.

Had RM8,000 ini dikongsi dengan perbelanjaan perubatan lain yang layak untuk ibu bapa dan datuk nenek.

Jangan lupa simpan resit!

Sebelum meninggalkan klinik pergigian, pastikan anda mendapatkan resit rasmi yang menyatakan jenis rawatan yang dilakukan.

Pastikan juga maklumat klinik atau doktor gigi dapat dikenal pasti.

Simpan semua resit dan dokumen sokongan selama tujuh tahun kerana LHDN boleh meminta dokumen tersebut sekiranya tuntutan dipilih untuk semakan atau audit.

Satu lagi perkara penting: jika kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh majikan atau syarikat (klinik panel), jangan tuntut semula perbelanjaan yang sama sebagai pelepasan cukai individu.

Bila tarikh akhir untuk mendapatkan pelepasan cukai?

Perbelanjaan yang dibuat dari 1 Januari hingga 31 Disember 2026 akan diambil kira untuk Tahun Taksiran 2026.

Maksudnya, jika anda memang bercadang untuk membuat pemeriksaan atau rawatan gigi, jangan tangguh sehingga tahun hadapan.

Pergi buat pemeriksaan. Kalau ada karang gigi, buat scaling. Kalau ada gigi berlubang, buat tampalan sebelum masalah menjadi lebih serius.

Ajak sekali pasangan dan anak-anak. Jangan lupa periksa keadaan gigi ibu bapa juga.

Kesimpulannya, pelepasan cukai bukan alasan untuk berbelanja secara berlebihan. Tetapi kalau memang ada keperluan rawatan, manfaatkan pelepasan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Jaga kesihatan gigi, jaga poket dan jangan biarkan pelepasan cukai yang layak dituntut begitu sahaja.

Sumber: Ketetapan Umum No. 7/2025, Pencukaian Individu Bermastautin Bahagian I – Hadiah atau Sumbangan dan Potongan yang Dibenarkan.