Perancis Berdepan Dengan Pemulauan Produk Keluaran Mereka Di Negara-Negara Islam

Ketegangan hubungan di antara Perancis dengan dunia islam semakin keruh pada ketika ini. Hal disebabkan keceluparan Presiden negara tersebut yang menyelar agama Islam sebagai agama yang sedang dilanda krisis.

Beliau yang melontarkan pandanganya setelah seorang guru di sebuah sekolah di Perancis telah dibunuh oleh seorang pemuda Islam kerana tindakannya yang menyiarkan sebuah karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW. Guru tersebut yang bernama Samuel Pati telah menunjukan karikatur tersebut kepada muridnya dengan alasan kebebasan bersuara.

Tindakan itu telah mengundang padah kepada dirinya. Presiden Perancis yang mempertahankan tindakan yang dilakukan oleh Samuel Pati itu kerana ianya tidak bertentangan dengan perlembagaan negara tersebut yang membenarkan kebebasan bersuara walaupun menghina agama lain.

Kredit Gambar: BBC

Ini bukan kali pertama Perancis membenarkan tindakan yang sedemikian rupa. Pada awal tahun 2015, tindakan sebuah majalah terkenal di negara tersebut Charlie Hebdo yang menyiarkan karikatur tersebut, telah menyebabkan pejabat majalah diserang di atas kebiadapan yang menyebabkan 12 orang telah maut dalam tragedi tersebut.

Tindakan yang dilakukan oleh Emmanuel Macron menyokong Samuel Pati di atas kebebasan bersuara itu telah membangkitkan kemarahan negara umat Islam. Banyak negara islam seperti Bangladesh dan Pakistan melakukan demostrasi di jalanan bagi menunjukkan bantahan.

Kini, Turki yang mempunyai hubungan dingin dengan Perancis sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menggesa umat islam memulaukan produk keluaran Perancis di negara masing-masing. Negara-negara Arab telah menyambut gesaan yang diseru oleh Presiden Turki dengan memulaukan produk -produk keluaran negara Perancis.

Di antara negara yang mengambil bahagian dalam pemulauan produk Perancis adalah Kuwait, Arab Saudi, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu yang membuang produk keluaran Perancis dari pasaraya di negara mereka.

Kredit Gambar: Daily Sabah

Eksport dari Perancis ke negara Islam pada tahun lepas berjumlahUSD45.3 bilion manakala import daripaddad negara Islam adalah berjumlah USD58 bilion. Turki merupakan negara Islam yang mempunyai hubungan perdagangan paling besar dengan Perancis diikuti oleh Maghribi.

Kredit Gambar: Middle East Monitor

Perancis banyak mengeksport produk berteknologi tinggi ke negara Islam terutamanya negara Arab, di antaranya senjata dan juga pesawat pejuang.

Selain itu juga, produk makanan berasaskan tenusu dan juga barangan mewah turut menjadi produk yang digemari di negara Arab seperti beg tangan Chanel dan Louis Vuitton. Perancis pula mengimport produk pertanian dari negara Islam seperti Maghribi dan juga Algeria.

Kredit Gambar: The National News

Sebelum ini, negara-negara Islam pernah memboikot barangan yang dikeluarkan oleh Denmark pada tahun 2006 di atas kesalahan yang sama iaitu menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW di sebuah akhbar tempatan. Hasil daripada boikot tersebut, ianya telah memberi kesan yang sangat besar terhadap ekonomi Denmark dan telah mengalami penguncupan ekonomi.

Dengan tindakan yang sama dilakukan oleh produk Perancis, penganalisis menjangkakan ekonomi negara akan terkesan kerana jumlah import dan eksport yang berlaku di antara negara Islam dan Perancis melibatkan jumlah USD100 bilion pada tahun lepas.

Malaysia turut bersama-sama membantah tindakan biadap yang dilakukan oleh Perancis dengan memanggil duta negara tersebut bagi menyatakan pendirian Malaysia terhadap isu panas ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tiada Lagi Caj RM1 Pengeluaran Wang Di Semua Mesin ATM Mulai 1 Julai

KUALA LUMPUR: Pelanggan semua bank di Malaysia boleh mengeluarkan wang tunai di mana-mana mesin teler automatik (ATM) atau mesin kitar semula pintar (SRM) tanpa dikenakan caj RM1 mulai 1 Julai 2026.

Pengumuman itu dibuat Persatuan-Persatuan Bank di Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini.

Menurut ketiga-tiga pihak itu, inisiatif berkenaan membolehkan pemegang kad debit di Malaysia mengakses lebih 14,000 ATM dan SRM di seluruh negara, tanpa mengira bank pengeluar kad mereka, dengan pengeluaran tunai percuma tanpa had.

“Pengecualian caj itu terpakai bagi ATM dan SRM yang dikendalikan oleh bank-bank di Malaysia,” menurut kenyataan bersama itu.

ABM, AIBIM dan ADFIM berkata, inisiatif itu yang dilaksanakan dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mencerminkan komitmen berterusan industri perbankan untuk menjadikan perkhidmatan kewangan lebih mudah diakses, insklusif dan berpatutan kepada pelanggan.

Ia berkata, industri perbankan mengiktiraf bahawa wang tunai masih kaedah pembayaran yang penting dan asas bagi ramai rakyat Malaysia dalam mengurus kehidupan harian mereka.

Justeru, katanya, pemansuhan caj pengeluaran tunai ATM antara bank mencerminkan komitmen industri dalam memastikan akses yang boleh dipercayai, mudah dan berpatutan, di samping membantu meringankan beban kewangan harian rakyat.

Inisiatif itu menegaskan usaha berterusan sektor perbankan untuk menyokong semua lapisan masyarakat dengan memastikan pelanggan mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan yang praktikal, insklusif dan berfokuskan pelanggan.

Walaupun wang tunai masih merupakan pilihan penting bagi banyak komuniti, industri turut mengalu-alukan peningkatan penggunaan pembayaran digital dan tanpa tunai di seluruh negara.

ABM, AIBIM dan ADFIM berkata, seiring dengan kemajuan Malaysia ke arah ekonomi yang lebih digital, bank akan terus memperkukuh dan mempromosikan penyelesaian pembayaran tanpa tunai yang selamat, lancar dan mudah sebagai alternatif yang sesuai untuk transaksi harian.

Katanya, industri kekal komited untuk memperkasakan pelanggan dengan kebebasan memilih kaedah pembayaran yang paling sesuai dengan keperluan mereka, di samping memajukan keterangkuman kewangan dan meningkatkan pengalaman perbankan secara keseluruhan untuk semua rakyat Malaysia.

— Berita Harian