Bagaimana Jualan Nike Meningkat Walaupun Berdepan Dengan Covid-19

Kebanyakan perniagaan kini suram akibat krisis yang melanda dunia. Industri pakaian juga tidak terkecuali dalam merasai kesan yang mendalam.

Nike yang terkenal sebagai sebuah syarikat terbesar di dalam menghasilkan barangan sukan nampak seperti tidak terjejas teruk akibat krisis ini. Lebih mengejutkan, pada suku ketiga kewangan pada tahun ini, jualan syarikat tersebut telah meningkat.

Apa Yang Nike Buat?

Rahsia Nike adalah jualan online yang kukuh. Nike mula menjual produk mereka secara online sejak tiga tahun lepas di dalam platform e-commerce terbesar dunia iaitu Amazon.

Pada ketika itu, syarikat ini sedar bahawa perniagaan online bakal menjadi satu fenomena pada masa hadapan. Ternyata langkah yang diambil oleh Nike itu menjadi langkah terbaik kepada syarikat tersebut pada tahun ini. Jualan yang diperolehi oleh Nike pada tahun ini bergantung sepenuhnya kepada jualan secara online.

Disebabkan banyak gedung mereka terpaksa ditutup akibat pandemik, jualan secara online telah menjadi penyelamat. Antara langkah awal yang diambil oleh Nike sebelum pandemik ini adalah dengan menamatkan kerjasama dengan Amazon pada akhir tahun lepas.

Kredit Gambar: Altavia

Nike menamatkan kerjasama dengan Amazon disebabkan mereka membangunkan platform online mereka sendiri yang mana lebih memberi keuntungan kepada syarkat pada tempoh jangka masa yang panjang. Seperti yang sedia maklum, maklumat para pelanggan yang menggunakan platform Amazon hanya dipegang oleh pihak Amazon dan maklumat tersebut tidak dikongsi kepada pihak penjual.

Nike melihat ini sebagai satu kerugian untuk tempoh jangka masa yang panjang sekiranya mereka tidak mendapat maklumat yang tepat tentang behavior pelanggan mereka dalam membeli belah melalui platform online.

Selain itu juga, Nike ingin menjaga reputasi jenama mereka sendiri. Di dalam platform Amazon, terdapat juga peniaga yang menjual barangan Nike yang tiruan dan perkara ini sedikit sebanyak akan menjejaskan reputasi jenama Nike dan membuat pelanggan mereka keliru.

Kredit Gambar: Retail Dive

Nike telah menambahbaik platform online mereka sendiri yang diberi nama NikePlus. Ia merupakan program yang mempunyai 10 juta ahli yang boleh berinteraksi dengan syarikat tersebut.

Selain itu juga, Nike turut memperkenalkan Nike Live yang merupakan gedung khusus untuk ahli yang berdaftar yang ingin membeli produk dari Nike.

Nike yang membangunkan platform ini bagi mengumpul sebanyak mungkin data pelanggan mereka bagi memudahkan mereka membuat kajian tentang barangan yang digemari oleh pelanggan mereka. Selain daripada itu, Nike turut memperkemaskan aplikasi Nike Training Club yang mana berkongsi maklumat dan mendapat tips yang betul ketika melakukan aktiviti bersukan.

Kredit Gambar: Trading View

Hasil yang diperolehi oleh Nike ternyata berbaloi apabila syarikat itu berjaya meningkatkan harga saham mereka sebanyak 10% pada bulan lepas hasil daripada pendapatan yang luarbiasa.

Mereka telah berjaya memecah rekod penganalisa yang menjangkakan jualan Nike untuk tahun ini hanyalah sekitar USD9.15 bilion, tetapi Nike telah membuktikan dengan jualan sebanyak USD10.6 bilion pada suku tahun ketiga.

Nike kini bernilai USD204 bilion dan membuktikan bahawa jualan online mereka bakal menjadi pendapatan utama syarikat itu pada masa akan datang.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.