Berapakah Net Worth Diri Anda? Ini Cara Nak Mengukurnya

Kebanyakan kita tak mahu jawab soalan ini kerana hakikat hanya 1% populasi yang betul-betul kaya. Kekayaan material bukanlah kayu ukur kekayaan sebenar.

Bukan bagi mereka yang memiliki kereta berjenama luar, beg dan jam berjenama, bukan! Ia boleh jadi semuanya masih berhutang dengan bank mahu pun kad kredit yang tidak berbayar.

Ada juga yang mengukur kekayaan dengan harta yang dimiliki yang masih belum habis dibayar seperti “Saya ada 10 buah rumah yang semua disewakan”.

Ya, rumah itu pada dasarnya beliau punya tapi belum menjadi pemilikan penuh kerana masih berhutang dengan pihak bank.

“Saya ada Fixed Deposit bernilai RM100,000, unit amanah RM300,000, emas 50kg, tanah 30 ekar”

Wow! Ini sudah dikira bagus kerana aset yang dimiliki ada yang senang dicairkan iaitu wang tunai dan emas.

Tapi, ketahuilah bahawa kekayaan sebenar adalah berkaitan dengan masa, bukan aset sementara yang belum habis dibayar yang kita miliki.

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Ini formulanya:

Kekayaan = Berapa lama kita boleh kekalkan gaya hidup sekarang tanpa perlu bekerja?

Berdasarkan formula di atas, kita tanya diri sendiri. Jika kita tidak bekerja, berapa lama kita boleh kekalkan perbelanjaan harian dan bulanan yang sudah biasa dikeluarkan?

Realiti perbelanjaan:

1. Rumah

2. Kenderaan

3. Makan minum

4. Hutang kad kredit

5. Hutang belajar

6. Bil dan cukai

7. Belanja anak sekolah

8. Belanja taska

9. Takaful perubatan, hibah

10. Petrol, tol

11. Baik pulih rumah, kenderaan

12. Percutian / hiburan

13. Pakaian

14. Kecemasan

15. Belanja ibu bapa

Senarai di atas adalah secara ringkas dan boleh ditambah berdasarkan keperluan dan gaya hidup masing-masing. Persoalannya, berapa lama kita boleh bertahan?

Berapa wang simpanan dan kecemasan yang kita ada bagi mengekalkan gaya hidup kita? Pernah dengar “Cash is king?”

Inilah kemampuan bagi mereka yang betul kaya kekalkan apa yang ada tanpa perlu bekerja dengan sesiapa

Bagi mereka yang kaya:

“Saya boleh kekalkan gaya hidup dan perbelanjaan sekarang bagi tempoh 10 tahun”

Jadi, berapa ramai yang sudah ditahap ini?

Hanya 1%.

Kebanyakan yang lain mungkin boleh bertahan 1 bulan, 3 bulan atau 6-8 bulan, atau paling kita kasihankan sekarang pada musim pandemik Covid-19 ini adalah, yang esok hari pun belum tentu boleh makan.

Saya ada baca satu buku The Millionaire Next Door. Ini dia formulanya :

Expected Net Worth (ENW) = (Age X Annual household income excluding inherited income) /10

Nilai Bersih Dijangkakan = (Umur X pendapatan secara setahun tidak termasuk harta yang diwarisi ) / 10

Sebagai contoh:

Encik Hafiz yang berumur 37  dengan pendapatan setahun sebanyak RM180,000

ENW  = (37 x RM180,000) / 10 = RM666,000

Menurut Dr Thomas J Stanley (penulis buku), ada 3 kategori pengumpul kekayaan iaitu :

1. PAW – Prodigious accumulator of wealth = >2 ENW

2. AAW – Average accumulator of wealth = 0.5-2 ENW

3. UAW – Under accumulator of wealth = <0.5 ENW  

Jadi, dalam 10 tahun akan datang dijangka ENW Encik Hafiz adalah RM666,000 dan masuk kategori AAW. Sekiranya nilai sebenar net worth selepas 10 tahun mencecah RM2 juta, maka Encik Hafiz termasuk dalam kategori PAW.

Sekiranya dalam 10 tahun akan datang, Encik Hafiz diuji dengan kehilangan pekerjaan atau tidak mampu bekerja seperti biasa dan tidak mampu mengekalkan pendapatan yang sama setiap tahun, maka Encik Hafiz jatuh ke kategori UAW.

Inilah jangkaan nilai bersih kekayaan yang boleh dikira secara kasar.

Bagaimana Ingin Kekalkan Dan Menambah Baik Pemilikan?

Image by Free-Photos from Pixabay

Kita perlu melanggan produk takaful bagi melindungi pendapatan dan kesihatan kita. Jika kesihatan dan kematian berlaku, ia sedikit mengganggu aliran kewangan diri dan keluarga.

1. Ambil takaful perubatan

2. Ambil takaful hibah

3. Perlu ada simpanan kecemasan paling kurang 3 bulan, paling bagus setahun

4. Sementara ada kudrat dan wang, labur wang ke dalam unit amanah, ASB, Tabung Haji, SSPN-i, saham dan tempat yang mampu beranakkan duit dengan selamat. Jangan pula terlibat dengan skim cepat kaya.

5. Ada kediaman yang mampu beri pulangan sewa setiap bulan. Jika tak mahu jaga, boleh jual kembali dan dapatkan keuntungan jualan hartanah

6. Jika berminat kumpul emas, dinar, dirham, silakan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Sumber Rujukan:

  • Ebook Money Tips by KCLau.com
  • The Millionaire Next Door,Dr Thomas J Stanley

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan (pelaburan,takaful dan wasiat) di institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA