BIMB Invest Dianugerahkan Pengurus Aset ESG Terbaik 2020

BIMB Investment Management Berhad (BIMB Investment), anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Berhad, dianugerahkan sebagai Pengurus Aset ESG Terbaik oleh Anugerah Kewangan Islam Asset Triple A 2020 (Asset) untuk tahun kedua berturut-turut. Anugerah ini merupakan pengiktirafan di atas sumbangan dan pencapaiannya yang besar dalam tadbir urus persekitaran, sosial dan korporat (ESG), kelestarian dan pengurusan aset di Asia. BIMB Investment juga memenangi anugerah Dana Ekuiti ESG Terbaik (BIMB-ARABESQUE i Global Dividend Fund 1) dan Dana Sukuk ESG Terbaik (BIMB ESG Sukuk Fund).

Mohamed Ridza Mohamed Abdulla, Pengerusi BIMB Investment berkata, “Kami merasa bangga menerima tiga anugerah ini dengan sokongan dan kepercayaan berterusan daripada para pelabur dan rakan perniagaan kami. Perjalanan kami dalam ESG dan pelaburan lestari bermula pada tahun 2015, dan kami akan terus menyumbang dalam membangunkan ekosistem pelaburan ESG yang mantap dan dinamik di Malaysia dan rantau ini. “

This image has an empty alt attribute; its file name is BIMB-Investment-Chairman-Mohamed-Ridza-bin-Mohamed-Abdulla-700x1050.jpg

Anugerah Kewangan Islam Asset Triple A merupakan anugerah paling berprestij di dalam industri ini, menjadikan salah satu bidang kewangan global yang berkembang dengan pesat. Pihak Asset memilih institusi kewangan Islam terbaik, serta tawaran yang mencerminkan kemajuan industri pada 2020.

BIMB Investment menguruskan lebih daripada RM1 bilion aset Shariah-ESG. Ia merupakan pengurus aset Shariah-ESG terbesar di Malaysia dengan rangkaian dana Shariah-ESG yang luas untuk solusi Pelaburan Shariah-ESG yang komprehensif kepada pelabur runcit dan institusi di Malaysia dan Singapura. Pelabur dapat membina portfolio pelaburan mereka dengan melabur dalam pelbagai pilihan dana ESG yang merangkumi ekuiti Shariah-ESG global, ekuiti Shariah-ESG asia pasifik, ekuiti Shariah-ESG Malaysia dan Sukuk ESG global.

BIMB Investment telah melancarkan Dana Sukuk ESG global pada tahun 2018 dan telah  berjaya mengumpul saiz dana lebih daripada RM210 juta. Sementara itu, dana ekuiti Shariah-ESG globalnya merupakan salah satu dana ekuiti global terbesar di Malaysia, dengan saiz dana lebih daripada RM850 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Investment, Najmuddin Mohd Lutfi berkata, “Kami dengan rendah hati menerima anugerah ini dengan sokongan dan kepercayaan berterusan daripada para pelabur, rakan niaga, Lembaga Pengarah, penguatkuasa dan semua kakitangan di BIMB Investment. Sejak 2015, kami telah menggabungkan pelaburan shariah kami dengan nilai kelestarian dan ESG dan kini menawarkan rangkaian solusi pelaburan Shariah-ESG paling menyeluruh di peringkat global dan domestik, merangkumi pelbagai kelas aset. Kami memanfaatkan teknologi dengan menggabungkan data, pembelajaran mesin dan AI untuk menyediakan solusi kewangan yang telus dalam dunia yang kian berubah. Kami juga mengintegrasikan kriteria ESG dalam strategi pelaburan berdasarkan peraturan untuk memastikan prestasi yang tinggi. Dengan rekod prestasi lebih daripada lima tahun dalam menawarkan ESG dan pelaburan lestari, kami komited untuk menjadikan ESG dan pelaburan lestari tersedia untuk semua dan menjadikan Malaysia sebagai pasaran Kewangan Islam Dunia.”

Tambah beliau, “Pandemik COVID-19 sangat luar biasa kesannya. Selain tekanan terhadap kesihatan dan kemanusiaan, masalah ekonomi dan sosial juga akan memberi kesan kepada generasi akan datang. Kami percaya ini adalah waktu yang penting untuk isu-isu ESG dan peranan yang lebih besar yang dapat dimainkan oleh pelaburan patuh Shariah, bukan hanya dalam memberikan pulangan yang berterusan tetapi memberi kesan positif kepada dunia secara keseluruhannya. “

BIMB Investment telah melancarkan dana Ekuiti ESG Shariah global pertama di Malaysia pada tahun 2015, iaitu BIMB-ARABESQUE i Global Dividend Fund 1 (BiGDF1). Dana ini mengintegrasikan prinsip Shariah dan nilai ESG dengan pendekatan pelaburan kuantitatif yang sistematik dan berdasarkan peraturan yang mengimbangi portfolio dana setiap hari antara ekuiti dan tunai untuk pulangan pelaburan yang disesuaikan dengan risiko. BiGDF1 merupakan salah satu dana ekuiti ESG Shariah global terbesar di Malaysia, dengan saiz dana melebihi RM850 juta.

BIMB Investment juga melancarkan Dana Sukuk ESG Pertama di Dunia pada tahun 2018 dan kini merupakan salah satu dana Sukuk ESG Global terbesar di Malaysia dengan saiz dana hampir RM220 juta. BIMB Investment juga menawarkan Dana Ekuiti ESG Shariah Asia Pasifik dan Dana Ekuiti ESG Shariah Malaysia, yang menawarkan solusi pelaburan ESG Shariah yang komprehensif kepada pelabur runcit dan institusi.

Pada awal tahun ini, BIMB Investment melancarkan BEST Invest, sebuah aplikasi pelaburan robo-pintar Shariah-ESG atas talian, yang pertama.

Aplikasi BEST Invest meningkatkan kecekapan dan kemudahan untuk individu meningkatkan kewangan dengan menawarkan struktur yang sistematik, telus dan tersusun untuk individu melalui pelaburan atas talian dengan teknologi kecerdasan robo dan data besar. BEST Invest menyediakan pelbagai kelas aset dana unit amanah Shariah-ESG BIMB Investment yang merangkumi ekuiti global, ekuiti asia pasifik, ekuiti Malaysia, sukuk dan pasaran wang.

BIMB Investment adalah satu-satunya Pengurus Aset Islam yang disokong oleh bank di Asia Tenggara yang menjadi pemateri Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPRI).

Tentang BIMB Investment Management Berhad

BIMB Investment Management Berhad (“BIMB Investment”), pemateri UNPRI, adalah syarikat pengurusan pelaburan Shariah-ESG yang terkemuka, menyediakan penyelesaian pelaburan Shariah-ESG yang komprehensif merentas pelbagai kelas aset kepada pelabur individu dan korporat di Malaysia dan rantau ini. Anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Berhad dan ahli Kumpulan Syarikat Tabung Haji, BIMB Investment adalah syarikat pengurusan dana Islam berlesen yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan beribu pejabat di Kuala Lumpur dengan lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam pengurusan dana.

Nombor bebas tol: 1-800-88-1196

Laman web: www.bimbinvestment.com.my

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.