Kenapa Kumpulan Ant Gagal IPO Tahun Ini?

Dunia dikejutkan dengan penguguman yang dibuat oleh China yang telah menghalang IPO untuk Kumpulan Ant pada awal bulan November tahun ini. Penguguman tersebut dikatakan berlaku secara tiba-tiba memandangkan tiada siapa yang menjangkakan penangguhan syarikat tersebut ketika proses akhir IPO yang bakal berlaku.

Kes ini menjadi berita tergempar di dalam dunia teknologi kerana Kumpulan Ant merupakan syarikat yang bakal mencipta sejarah dalam dunia teknologi sebagai syarikat yang mempunyai nilai IPO yang paling tinggi jika berjaya diapungkan dalam pasaran saham. Ianya dijangka akan bernilai di antara USD200-300 bilion.

Kenapa Tiba-Tiba Kumpulan Ant Ditangguh Penyenaraian IPO?

Kredit Gambar: Deal Street Asia

Ramai penganalsisis percaya bahawa China tidak berpuas hati dengan Jack Ma yang dilihat lantang mengkritik polisi kerajaan mereka. Jack Ma berbuat demikian ketika memberi ucapan kepada para pelabur Ant di Bund Summit  yang diadakan di Shanghai pada pertengahan bulan Oktober tahun ini.

Jack Ma telah mengkritik polisi sistem perbankan yang ada di China sebagai ketinggalan zaman dan lebih kepada sistem pajak gadai.

Seperti yang kita sedia maklum, pemerintahan China mengamalkan dasar komunis yang menjadi kesalahan berat bagi mana-mana rakyatnya mengkritik polisi negara terutamanya yang berkenaan dengan politik dan juga ekonomi. Kritikan Jack Ma itu berlaku dua minggu sebelum tarikh IPO Kumpulan Ant dijadulkan.

Selain itu juga, terdapat andaian yang mengatakan China ingin menghalang Jack Ma daripada terus berkuasa. Ini kerana buat masa sekarang, Jack Ma menduduki senarai orang pertama terkaya di China.

Jika IPO Ant diapungkan ke pasaran Shanghai dan Hong Kong, kekayaan Jack Ma akan bertambah sebanyak USD30 bilion. Hal ini akan meningkatkan jurang perbezaan yang sangat ketara di antara bilionare China yang lain.

China bimbang pengaruh Jack Ma akan melebihi parti pemerintahan komunis di negara tersebut yang akan menyaksikan Jack Ma menjadi lebih berkuasa daripada pemimpin China di peringkat antarabangsa.

Sebelum ini, terdapat kontroversi yang mengatakan Jack Ma terpaksa melepaskan jawatan pengerusi dari syarikat yang diasaskan beliau iaitu Alibaba pada tahun 2019, akibat tekanan daripada parti pemerintah China yang ingin mengurangkan pengaruh Jack Ma.

China yang masih lagi berpegang kuat kepada fahaman komunis, tidak akan membenarkan mana-mana individu di negara tersebut mengatasi pengaruh ketua parti pemerintahan komunis. Berbeza pula dengan sistem ekonomi, di mana mereka menerima sebahagian daripada falsafah kapitalis di dalam struktur ekonomi mereka.

Kesan Kepada Pelabur Yang Memiliki Saham Alibaba

Kredit Gambar: The National News

Selepas Kumpulan Ant mengumumkan penangguhan IPO tersebut, saham Alibaba jatuh sebanyak 8%. Alibaba merupakan pemegang saham terbesar di dalam kumpulan tersebut dan kekayaan Jack Ma merosot sebanyak USD3 bilion.

Jack Ma dan pegawai-pegawai eksekutif Kumpulan Ant memohon maaf di atas penangguhan yang berlaku secara tiba-tiba. Jack Ma menjangkakan syarikat tersebut akan diapungkan dalam tempoh 6 bulan akan datang. Ini bagi menyelesaikan isu dengan kerajaan China bagi membolehkan syarikat ini diapungkan di pasaran Shanghai dan Hong Kong pada tahun depan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Malaysian Resources Corp: Perjalanan Menaiki LRT3

Saranan BELI dan harga sasar (TP) MYR0.51 melalui SOP dikekalkan, dengan potensi kenaikan harga saham 55% dan kadar hasil dividen sekitar 3%

Kami menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) 3 pada hari pertama ia beroperasi (29 Jun) dan seterusnya memandang positif akan potensi kesan limpahan (iaitu pembangunan berasaskan transit (TOD)) di samping bakal pembinaan lima stesen yang dihidupkan semula. Rekod prestasi Malaysian Resources Corp dalamLRT3, selain projek-projek kereta api lain seperti Transit Aliran Massa (MRT) 2, mungkin membuka ruang untuk kumpulan ini meraih lebih banyak peluang daripada projek-projek berkaitan kereta api akan datang, khususnya LRT Pulau Pinang dan MRT3.

Imbasan berkenaan projek LRT3

LRT3 (juga dikenali sebagai LRT laluan Shah Alam) yang merangkumi jarak sepanjang 37.8km dan beroperasi dari Johan Setia di Klang hingga ke Bandar Utama di Petaling Jaya, mencatat kos MYR16.6bn dengan sejumlah 20 stesen. Kelajuan operasi maksimum ialah 80km/j dan kapasiti maksimum ialah seramai 624 penumpang. Perjalanan dari hujung ke hujung akan mengambil masa lebih kurang 70 minit dan kekerapannya ialah lapan minit semasa waktu puncak dan 10-15 minit pada luar waktu puncak.

MRC ditawarkan kontrak bernilai MYR2.5bn pada Feb 2025

Pembinaan lima stesen yang dihidupkan semula, pembinaan dua depoh bas EV di Shah Alam dan Johan Setia, bekalan kenderaan kereta api ringan, dan prasarana berkaitan lain dan kerja-kerja sistem. Lima stesen yang dihidupkan semula ini ialah Tropicana, Temasya, Raja Muda (Sirim), Bukit Raja, dan Bandar Botanik. Kami tidak menolak kemungkinan kontraktor pakej kerja yang terlibat dalam pembinaan stesen-stesen awal LRT3 untuk meraih mana-mana daripada lima stesen tersebut. Kontraktorkontraktor tersebut termasuklah Gabungan AQRS (AQRS MK, BELI, TP: MYR0.30), WCT Holdings (WCTHG MK, TIADA SARANAN), TRC Synergy (TRC MK, TIADA SARANAN) dan Mudajaya Group (MDJ MK, TIADA SARANAN).

Pembangunan TOD mungkin merangsang permintaan pembinaan

Semasa kami melalui stesen-stesen merentasi Shah Alam, kami melihat adanya beberapa pembangunan hartanah yang sedang dibina berhampiran stesen-stesen tersebut, iaitu Sena Residence (berhampiran stesen LRT3 Dato’ Menteri), iaitu projek yang melibatkan Geohan (GEOHAN MK, TIADA SARANAN) dalam kerja cerucuk dan projek-projek lain seperti Astrum Shah Alam dan Linkar 52 Shah Alam. Malahan, Kementerian Pengangkutan telah mengenal pasti kawasan-kawasan seperti stesen Sri Andalas, Kayu Ara, Bandar Bukit Tinggi dan Johan Setia yang dapat dibangunkan sebagai pusat komersial atau perumahan mampu milik.

MRC menerima notis untuk meneruskan pembinaan lima stesen LRT3 yang dihidupkan semula

Pada 1H26 dengan kerja-kerja mungkin bermula pada 3Q26. Oleh itu, kami menjangka MRC akan menyaksikan pengiktirafan bil peringkat siap yang lebih tinggi untuk bahagian pembinaannya khususnya bermula akhir 2026, di samping perkembangan kerja lebih baik bagi Kompleks Sukan Shah Alam (nilai: MYR2.9bn) (Rajah 13).

Tiada pindaan dibuat pada anggaran perolehan kami

Maka TP kami yang diperoleh melalui kaedah SOP sebanyak MYR0.51 dikekalkan, yang termasuk kiraan premium ESG 4% berdasarkan markah ESG 3.2. Faktor pemangkin jangka dekat adalah sekiranya MRC meraih kerja Segmen 2 (laluan Macallum ke Penang Sentral) dalam LRT Pulau Pinang. Risiko, tawaran kerja yang perlahan.

Faktor Pemacu Utama

i. Peningkatan jualan hartanah baharu
ii. Pelupusan aset
iii. Kontrak pembinaan baharu

Risiko Utama

Trend penambahan kerja yang perlahan

Profil Syarikat

Malaysian Resources Corp terbabit dalam pembinaan (kepakaran khusus dalam projek alam sekitar),
pembangunan dan pelaburan hartanah, dan operasi jalan raya bertol. Ia juga dikenali dengan pembangunan berteraskan transit, seperti Kuala Lumpur Sentral, Bukit Jalil City, Kwasa Damansara, dan Penang Sentral.

Carta Saranan