Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi November 2020

FBM KLCI mencatatkan penurunan selama tiga bulan berturut-turut dari bulan Ogos sehingga Oktober. Namun, pasaran saham kita membuat reversal yang cantik pada bulan November apabila berjaya memecah rintangan pada paras 1,600 mata.

Walaupun Bursa Malaysia kelihatan baik sepanjang bulan lepas, namun sekiranya kita tidak berhati-hati boleh tersilap langkah dan rugi besar pula. Jom kita tengok senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan November 2020 ini.

Sumber: iSaham Screener

1. Scomi Group

Sumber: Bursa Marketplace

2. PUC Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

3. Top Builders Capital

Sumber: Bursa Marketplace

4. Lebtech Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

5. Hartalega Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

6. Heng Huat Resources Group

Sumber: Bursa Marketplace

7. Rex Industry

Sumber: Bursa Marketplace

8. Nationwide Express Courier

Sumber: Bursa Marketplace

9. TPC Plus

Sumber: Bursa Marketplace

10. Kossan Rubber Industries

Sumber: Bursa Marketplace

Kebanyakannya Saham Penny, Tapi Ada Juga Saham ‘Mahal’

Walaupun pasaran saham secara keseluruhannya mencatatkan kenaikan, namun ada juga saham-saham yang rugi – yang jatuh sehingga 50% pun ada dalam masa sebulan.

Ingatkan saham penny saja yang boleh jatuh banyak, Hartalega yang tersenarai dalam indeks FBM KLCI iaitu top 30 saham di Malaysia pun boleh turun sehingga 20% dalam masa sebulan. Walau apa pun, pastikan kita ada Trading Plan dan tahu nak Cut Loss dekat mana sekiranya saham yang kita beli itu jatuh merudum.

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan November 2020 ini adalah berdasarkan Screener Worst Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Anda sedang mencari ilmu pelaburan dan perdagangan SAHAM dari asas (atau zero) sampai boleh beli jual dengan pengetahuan fundamental, teknikal dan sentimen yang komprehensif?

Bahasa mudahnya, kita belajar dari kosong step-by-step!

Buat julung kalinya, memperkenalkan:

WEBINAR SENANG SAHAM

bersama speaker:
Tuan Eza Ezamie
COO Majalah Labur

&

Tuan Somad Albasit
Remisier M+ (Malacca Securities)

#Hari 1 : 19 Disember 2020
Sabtu, 9 pagi – 5 petang

#Hari 2 : 20 Disember 2020
Ahad, 9 pagi – 5 petang

#Hari 3 : 21 Disember 2020
Isnin, 2 petang – 5 petang

Ini adalah kelas intensif. Ini bukan kelas preview. Mana ada kelas preview sampai 3 hari?

Belajar secara santai dari rumah melalui aplikasi ZOOM.

Daftar sekarang -> http://thekapital.my/senangsaham19Dis

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Eco World: Jualan Terus Kukuh Seperti Biasa

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR2.78 dikekalkan, potensi kenaikan harga 32% dengan kadar hasil dividen kira-kira 4% untuk FY26

Keputusan 2QFY26 (Okt) yang dicatatkan oleh Eco World dilihat menepati jangkaan. Hasil kembali normal selepas menerima sumbangan kukuh berkaitan dengan jualan tanah pusat data (DC) pada suku sebelumnya. ECW terus melaporkan jualan hartanah kukuh apabila jualan sepanjang tempoh tujuh bulan pertama pada FY26 (7MFY26) mencecah MYR3.28bn.

Jualan ini mencapai 82% daripada sasaran jualan MYR4bn-nya untuk tahun kewangan ini. Kami percaya ECW bakal melepasi sasaran ini menjelang akhir bulan Oktober, disebabkan oleh kadar ambilan yang tinggi seperti yang disaksikan pada pelancaran-pelancaran projeknya baru-baru ini.

Rumusan keputusan 2QFY26

Penurunan hasil dan perolehan secara QoQ rataratanya berpunca daripada sumbangan besar daripada selesainya penjualan:

i) tanah perindustrian seluas 138.5 ekar di Eco Business Park (EBP) I kepada Microsoft Payments

ii) tanah perindustrian berkeluasan 58.2 ekar di EBP V kepada Pearl Computing.

Penjualan-penjualan ini telah diiktiraf semasa suku tahun sebelum ini. Walau bagaimanapun, margin EBIT syarikat ini berkembang semasa suku tersebut berikutan penjimatan kos lebih tinggi yang direalisasi berkaitan dengan beberapa fasa pelancaran yang selesai dan jualan-jualan tanah perindustrian. DPS interim kedua sebanyak 2 sen diumumkan, lalu membawa DPS 1HFY26 kepada 4 sen. Paras hutang bersih menokok kepada 0.25x daripada 0.20x pada suku sebelumnya

Jualan terus kukuh

Jualan hartanah ECW sepanjang tempoh 7MFY26 mencecah MYR3.28bn. Wilayah selatan Semenanjung Malaysia terus menjadi penyumbang utama apabila mencatat jualan berjumlah MYR1.66bn (atau 51% jumlah jualan). Unit perindustrian (EBP danQuantum) pula menyumbang 35% daripada jumlah itu, diikuti oleh projek perbandaran (36%).

Eco Botanic 3 di Iskandar Malaysia yang dilancarkan pada Sep 2025, muncul sebagai penyumbang terbesar dalam segmen produk kediamannya dengan mengaut nilai jualan sebanyak MYR489j. Dalam bahagian perindustrian pula, EBP VII di Negeri Sembilan meraih jualan bernilai MYR796j pada 7MFY26. Projek ini dilancarkan pada Nov 2025, dan permintaan untuk kilang-kilang berkluster, jenis sebandung dan plot tanah perindustrian seluas 1 hingga 5 ekar kelihatan amat menggalakkan

Mungkin mengatasi sasaran jualan FY26-nya bernilai MYR4bn

Pelancaran Chateau II di Eco Botanic (GDV: MYR500j) baru-baru ini mendapat sambutan baik, dan semua lot rumah sebandung dan banglo bukan bumiputera habis terjual. Pihak pengurusan juga memberitahu bahawa sebaik sahaja ketegangan geopolitik di Asia Barat kembali terkawal, projek perbandarannya bernama Eco Radiance di Semenyih akan memasuki pasaran hartanah (kerana harga minyak menjejaskan kos awal pembinaan). ECW juga berhasrat untuk melancarkan projek kediamannya yang bertingkat tinggi bernama WKND di Larkin, Johor (JV dengan JLand, GDV: MYR1bn) menjelang akhir tahun ini.

Hasil masa hadapan cecah paras tertinggi.

Kami bertindak mengekalkan ramalan perolehan untuk FY26-28. Hasil masa hadapan berada pada paras tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak MYR5.38bn (berbanding MYR5.11 setakat akhir Feb 2026). Satu lagi jualan bernilai MYR400-500j untuk tanah DC akan diiktiraf secara berfasa sebelum akhir FY26 manakala jualan tanah berjumlah MYR280.8j baru-baru ini kepada KNBDC Malaysia Five akan diiktiraf menjelang 1HFY27. TP kami yang sama diperoleh berdasarkan diskaun 10% pada RNAV, dengan premium ESG 2%.

Asas Penilaian

Potongan 10% pada RNAV, dengan diskaun syarikat pegangan sebanyak 10%

Faktor Pemacu Utama

Permintaan hartanah semakin meningkat disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi ebih kukuh dan faktor pemangkin daripada pembangunan prasarana

Risiko Utama

Pertumbuhan ekonomi memperlahan tanpa dijangka menjejaskan permintaan untuk hartanahnya.

Profil Syarikat

Eco World mempunyai jejak kehadiran di semua wilayah ekonomi utama iaitu Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang. Produk-produk tawarannya termasuklah pembangunan bertanah dan kediaman bertingkat tinggi, hartanah komersial dan perindustrian.

Sekilas Pandang Keputusan

Carta Saranan

Penganalisis
Loong Kok Wen, CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.