Mentari Court Bandar Sunway, Apartmen Paling Hot Di Selangor?

Pernah dengar tentang Mentari Court? Jika tidak, jom kita dengar perkongsian review projek dari Hartanah Marhaen ini.

Bagi para pelabur hartanah, apartmen berstatus Pajakan (“Leasehold”) ini memang tidak asing lagi untuk dijadikan sebagai salah satu hartanah yang mungkin boleh diletakkan dalam profil pelaburan masing-masing.

Apartmen yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya ini, diapit oleh bandar-bandar yang telah matang seperti Glenmarie, Kelana Jaya dan Subang Jaya.

Mentari Court ini mempunyai dua fasa yang keduanya bagi saya adalah pembangunan berketumpatan tinggi (“high density development”), iaitu fasa pertama siap pada 2006 dan fasa kedua yang siap pada tahun 2009.

Benarkah Mentari Court, Bandar Sunway ini diminati para pelabur hartanah? Jom kita kupas data semasa Mentari Court ini.

1. Jangkauan Penyewa (“Tenant Catchment”)

Pada asalnya Mentari Court dibina bagi pekerja kelas bawahan (lower classes) atau kelas pertengahan bawahan (lower-middle classes), mengikut portal The Edge.

Hari ini, kebanyakan penduduk Mentari Court adalah pelajar tempatan dan juga antarabangsa kerana terdapat banyak Universiti Swasta yang dihubungkan oleh BRT yang hanya dalam lingkungan jarak berjalan. (“walking distance”)

Selain BRT, penyewa Mentari Court boleh menikmati kehidupan ala-ala Transit Oriented Development kerana KTM Setia Jaya juga berada dalam lingkungan jarak berjalan.

Bukan itu sahaja, Mentari Court juga sering dilabel sebagai kawasan yang “prime” kerana kewujudan Sunway Pyramid dalam jangkauan 2KM.

2. Jumlah Transaksi

Bukti paling kukuh menunjukkan Mentari Court ini sangat laku dalam kalangan pelabur ialah jumlah transaksinya yang sangat tinggi iaitu sebanyak 159 unit dalam masa dua tahun secara purata 13 transaksi dalam masa sebulan.

Banyak ke banyak? Ini adalah data yang telah dipuratakan dari Okt 2018 – Ogos 2020. Ya, termasuk waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

3. Harga Pasaran Semasa

Sumber: Edgeprop

Berdasarkan apa yang ejen hartanah iklankan di EdgeProp, data EdgeProp menunjukkan data yang berikut. Secara purata ejen mengiklankan Mentari Court pada harga 250k tetapi…

4. Nilai Transaksi

Sumber: Brickz

Mengikut data yang didapati daripada laman web Brickz.my menunjukkan sebaliknya. Median harga hartanah di Mentari Court ialah pada harga RM350,000.

5. Kadar Sewaan

Kebanyakan pelabur yang melabur di Mentari Court membuat sewaan per kepala atau per bilik. Kadar sewaan pula seperti berikut:

Kadar sewa satu rumah : RM 700 – RM 1,200
Kadar sewa sebilik pula : RM 200 – RM 600.”

Kadar sewa berbeza mengikut renovasi dan barang yang disediakan Tuan rumah.

Jika saya andaikan RM900 sebagai purata kadar sewa, maka pulangan sewa ialah

RM900x12 / RM250,000 = 4.3% sahaja.

6. Tohmahan atau Sangkaan?

Jadi sebenarnya adakah pembeli Menteri Court ini membeli apartmen disebabkan lokasi Mentari Court yang strategik atau disebabkan pembeli tahu yang mereka boleh “cash-out” daripada hartanah ini?

Kita andaikan seorang pembeli ingin membeli apartmen di Mentari Court. Median Brickz.my dan Median di EdgeProp dijadikan sebagai asas kiraan.

RM350,000 x 90% = RM 315,000 jumlah pinjaman yang diluluskan.
RM350,000 x 5% = RM 17,500 sebagai jumlah bayaran guaman.”

Jumlah yang ada di tangan selepas tolak yuran guaman dan bayar kepada pemilik rumah=

RM 315,000 – RM 17,500 – RM 250,000 = RM 47,500

Takkan kos renovasi unit mencecah sehingga RM47,500?

Pendapat Peribadi Penulis

Mentari Court mempunyai lebih daripada 1000 unit, ianya menepati ciri-ciri pembangunan berketumpatan tinggi.

Dengan bertambahnya pelabur, semakin tinggi persaingan sewa di Mentari Court, di masa hadapan akan semakin turun kadar sewa atau akan ada Tuan Rumah yang tidak menapis penyewa dengan membiarkan unit mereka didiami oleh warga asing. (sekarang pun dah ada)

Ini sudah tentu akan menyebabkan ketidakselesaan bagi penduduk asal Mentari Court.

Selain daripada itu, akan wujudnya masalah sosial seperti kecurian yang akan berlaku apabila penyewa tidak ditapis sepenuhnya oleh pemilik rumah.

Walaubagaimanapun, Mentari Court boleh dijadikan medan belajar bagi pelabur-pelabur baru.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Anugerah PropertyGuru Asia Malaysia ke-12: Johor Bahru Menerajui Permintaan Hartanah Pengguna

KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2025 — Johor Bahru muncul sebagai kawasan pertumbuhan paling pesat di Malaysia pada tahun 2025, berdasarkan data permintaan hartanah terbaharu yang diumumkan di Anugerah PropertyGuru Asia Malaysia ke-12 dengan kerjasama iProperty. Buat pertama kali, anugerah ini menggabungkan penilaian pakar, data pasaran, dan pilihan pengguna untuk memberikan gambaran pasaran hartanah yang dipacu data — menonjolkan kawasan tumpuan pembeli dan pelabur, serta pemaju yang berjaya meraih kepercayaan rakyat.

Berdasarkan jutaan carian dan metrik penglibatan di PropertyGuru.com.my dan iProperty.com.my, anugerah ini mencerminkan peralihan permintaan di seluruh negara — dari pusat bandar ke koridor pertumbuhan wilayah yang mempunyai rangkaian infrastruktur baik, terutamanya di Johor dan Selangor. Dapatan tahun ini jelas menunjukkan rakyat Malaysia semakin cenderung kepada perbandaran bersepadu, pembangunan bercampur, dan projek berteraskan ESG yang menggabungkan gaya hidup menarik, nilai jangka panjang, dan kelestarian, sejajar dengan keutamaan baharu terhadap kemampuan, kesalinghubungan infrastruktur, serta perubahan keutamaan kerja dan kehidupan.

Data Pengguna Menunjukkan Johor Terus Menjadi Tumpuan

Anugerah Permintaan Pengguna edisi pertama meraikan lapan pembangunan paling mendapat perhatian pencari hartanah. R&F Princess Cove dan Leisure Farm mendahului senarai, mencerminkan daya tarikan Johor Bahru yang semakin meningkat dalam kalangan pembeli. Johor turut cemerlang dalam segmen pejabat apabila City Square Office Tower dinobatkan sebagai “Pejabat Paling Diminati untuk Disewa (Johor)”, manakala The Exchange 106 di Kuala Lumpur menduduki tempat teratas bagi “Pejabat Paling Diminati untuk Disewa (Kuala Lumpur)”.

Ketua Perisikan Hartanah Kumpulan PropertyGuru, Dr. Lee Nai Jia berkata, “Data menunjukkan pencari rumah Malaysia semakin melihat ke luar kawasan tumpuan tradisional Lembah Klang. Penguasaan Johor Bahru dalam pelbagai kategori mencerminkan transformasinya sebagai hab serantau yang dinamik, disokong oleh pelaburan infrastruktur berskala besar seperti RTS Link dan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura. Faktor-faktor ini meningkatkan akses rentas sempadan dan keyakinan pembeli serta pelabur tempatan. Kami juga melihat peningkatan minat terhadap komuniti terancang dan bersepadu di mana penduduk boleh tinggal, bekerja dan beriadah dalam komuniti yang sama. Peralihan ke arah perbandaran mampan dan menyeluruh ini menandakan kematangan pasaran hartanah, di mana nilai, kesalinghubungan dan kualiti hidup menjadi pemacu utama keputusan pembelian — bukan sekadar lokasi.”

Pemaju yang Meraih Kepercayaan Awam

Anugerah Pilihan Rakyat, yang ditentukan melalui hampir 28,000 undian awam, mengiktiraf 10 pemaju paling dipercayai pengguna Malaysia. Pemenangnya ialah Berinda Group; CPI Land; Gunung Impian Development Sdn Bhd; Mah Sing Group Berhad; Malton Berhad; Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS); Platinum Victory; Tiland Group; Tropicana Corporation Berhad; dan TRX City Sdn Bhd. Pemenang dipilih daripada senarai pendek 30 pemaju terkemuka.

Keputusan ini mengesahkan bahawa pengguna terus menaruh kepercayaan terhadap pemaju hartanah mapan yang konsisten menawarkan kualiti dan nilai jangka panjang. Dapatan ini memberi panduan berguna kepada pemaju, pelabur dan pembuat dasar tentang projek paling mendapat permintaan serta pemaju yang menikmati tahap kepercayaan pengguna tertinggi.

Pemimpin Industri Tetapkan Piawaian Baharu dalam Kelestarian & Inovasi

JLand Group muncul sebagai pemenang paling cemerlang, meraih gelaran Pemaju Terbaik (Malaysia), Pemaju Terbaik (Malaysia Selatan) dan Pemaju Perindustrian Terbaik. Projek unggulnya, Bandar Dato’ Onn di Johor Bahru, turut meraih pelbagai anugerah termasuk Pembangunan Perbandaran Terbaik (Malaysia), menyerlahkan kepimpinan JLand dalam pembangunan komuniti bersepadu.

Pemaju negeri PKNS menonjol sebagai peneraju ESG dengan gelaran Sustainable Design Champion dan Low Carbon Champion, mengiktiraf komitmen kukuh terhadap reka bentuk mesra alam melalui projek seperti Linkar 52, Aludra Residensi dan Galeria SA Sentral.

Pengurus Besar PropertyGuru Asia Property Awards & Events, Jules Kay berkata, “Anugerah ini bukan sekadar meraikan kecemerlangan, tetapi turut mencerminkan gambaran tentang apa yang paling dihargai oleh pasaran hartanah. Pemaju kini menetapkan piawaian dalam kelestarian, kesalinghubungan dan kualiti hidup, manakala data pengguna menunjukkan permintaan jelas terhadap pembangunan berkualiti. Terdapat peralihan ketara ke arah komuniti yang selesa didiami dan mempunyai rangkaian baik, khususnya di Johor dan Selangor yang menyaksikan pembangunan berskala besar mengubah landskap hartanah. Dalam masa yang sama, kelestarian bukan lagi pilihan — pemaju memimpin dengan mengintegrasikan prinsip ESG ke dalam setiap projek. Penyelarasan antara inovasi, data dan keperluan pengguna inilah yang akan membentuk kejayaan hartanah Malaysia pada masa depan.”

Meraikan Kecemerlangan Hartanah di Seluruh Malaysia

Sebanyak 73 kategori mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam industri hartanah Malaysia — daripada kediaman mewah hingga perumahan mampu milik, serta pembangunan komersial inovatif di seluruh negara. Menandakan edisi ke-20 pada tahun 2025, siri Anugerah Hartanah Asia PropertyGuru akan mencapai kemuncaknya dalam Grand Final di Bangkok pada 12 Disember 2025. Seramai 23 pemenang dari Malaysia akan bersaing bagi gelaran Terbaik di Asia bersama penyertaan dari 14 pasaran lain di pentas antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk senarai penuh pemenang di bawah atau layari: AsiaPropertyAwards.com.