6 Cara Untuk Langsaikan Hutang Rumah Dengan Lebih Cepat

Memiliki rumah sendiri merupakan impian setiap daripada kita bukan? Bagi yang pertama kali ingin membeli rumah, ia boleh menjadi sesuatu yang menakutkan.

Maklumlah, ianya merupakan satu komitmen kewangan yang besar. Kita perlu bersedia untuk menanggung bayaran sewa beli bertahun-tahun lamanya sebelum rumah tersebut kekal menjadi milik kita.

Kalau boleh, semua orang nak habiskan hutang rumah ini secepat mungkin. Barulah boleh menarik nafas lega dan fokus kepada perkara lain pula seperti menambah baik portfolio kewangan.

Tapi, boleh ke nak langsaikan hutang rumah ini lebih cepat? Berikut merupakan 6 cara untuk melangsaikan hutang rumah dengan lebih awal.

1. Bayar Downpayment Yang Tinggi

Kebanyakan pembeli pasti akan mengemukakan bayaran minimum pembelian rumah iaitu sebanyak 10%. Tetapi jika kita mempunyai duit lebih dan mampu, kenapa tidak memberikan down payment yang lebih tinggi seperti 20% atau 30%?

Dengan cara ini, ianya dapat mengurangkan jumlah keseluruhan hutang perumahan sekaligus mengurangkan faedah pembiayaan.

2. Pilih Pembiayaan Flexi

Macam mana pula kalau kita tidak mampu untuk menyediakan bayaran pendahuluan yang tinggi? Jangan risau, kita boleh memilih pembiayaan/pinjaman perumahan jenis flexi walaupun mengambil margin pembiayaan sehingga 90%.

Dengan memilih pembiayaan jenis ini, kita mempunyai fleksibiliti untuk membuat bayaran bulanan lebih banyak mengikut kemampuan. Kita juga boleh mengeluarkan kembali lebihan bayaran yang dibuat sekiranya mempunyai sebarang kecemasan pada bila-bila masa saja.

Sebagai misalan, jika pembiayaan/pinjaman rumah adalah RM300,000 dan kita ingin membayar secara lump sum sebanyak RM100,000 ke atas principal pembiayaan/pinjaman tersebut; melalui pakej ini, faedah pinjaman kita telah dikurangkan dan jumlah pembiayaan/pinjaman terkini adalah RM200,000 dan bukan lagi RM300,000.

Dengan cara ini, kita dapat mengurangkan jumlah hutang pokok dan tempoh pembiayaan tersebut tanpa memerlukan prosedur yang rumit dan juga sebarang caj tambahan.

3. Bayar Guna Duit KWSP

Kalau kita tidak mempunyai wang yang cukup untuk meningkatkan pembayaran deposit seperti yang dinyatakan di atas, boleh pertimbangkan untuk mengeluarkan wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Tapi kita perlu melihat dahulu keperluan dan situasi ekonomi semasa. Jangan kerana terlalu nak cepat langsaikan hutang rumah, kita sanggup menggunakan wang KWSP sehingga menyebabkan kerugian di masa hadapan.

4. Refinancing (Pembiayaan Semula)

Pembiayaan semula perumahan merupakan salah satu cara mudah untuk anda menjelaskan hutang perumahan dengan lebih cepat. Kita perlu beri perhatian kepada Effective Landing Rates (ELR) bagi mendapatkan kadar yang lebih baik.

Ia akan membantu kita daripada mengeluarkan lebih banyak duit untuk membayar faedah serta membuatkan ansuran bulanan menjadi lebih rendah.

Katakanlah pembiayaan rumah mempunyai kadar faedah tetap sebanyak 5% setahun, dan kadar faedah pembiayaan semula semasa adalah 3.4% setahun; kita dapat mengurangkan kadar interest sebanyak 1.6% setiap tahun untuk baki pembayaran sekiranya menggunakan kaedah refinancing ini.

5. Pilih Pakej Pembiayaan dengan Faedah Yang Rendah

Bila dah jumpa rumah pilihan, jangan buat pembiayaan pakai redah sahaja. Kita kena bijak dalam membandingkan pakej-pakej pembiayaan perumahan yang sesuai dengan kemampuan kewangan anda.

Pilih pelan dengan kadar faedah yang paling rendah. Sekurang-kurang kita tak terasa beban untung membayar pembiayaan itu nanti.

6. Gunakan Dana Simpanan Tetap (Fixed Deposit)

Kalau ada duit lebih yang disimpan dalam simpanan tetap, kita boleh masukkan duit tersebut ke dalam akaun pembiayaan perumahan. Ini bukan sahaja akan mengurangkan kadar faedah pembiayaan perumahan, tetapi juga mengurangkan jumlah modal hutang dan faedah yang dikenakan oleh pihak bank.

Ianya lebih menguntungkan daripada dibiarkan di dalam simpanan tetap semata-mata. Ini kerana kadar faedah dari simpanan tetap pada kebiasaannya adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan kadar faedah yang dikenakan ke atas pembiayaan rumah.

Tetapi apa-apa pun sebelum anda menggunakan sebarang tips ini, kita perlu tanya diri sendiri, adakah kita mampu untuk melangsaikan hutang perumahan ini dalam masa terdekat?

Sekiranya masih bergelut untuk melangsaikan hutang-hutang sedia ada, kita jangan bertindak terburu-buru melunaskan pembiayaan rumah ini. Langsaikan sahaja mengikut kaedah biasa dengan bayaran yang ditetapkan dan di dalam tempoh yang telah dipersetujui.

Sumber Rujukan: Loan Street

Baca juga Bayar Baki Loan Rumah Lagi Awal Bijak? Ini Ulasannya

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM27.90 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM23.90.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank tak akan tergamak nak reject dan dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Hartanah: Keadaan Pasaran Masih Seimbang

Saranan WAJARAN TINGGI; Saham Pilihan Utama: Sime Darby Property (SDPR) dan Eco World Development (ECW)

Faktor-faktor pendorong utama:

  • Aliran liputan berita, permintaan hartanah dan urus niaga tanah semakin kukuh di Iskandar Malaysia, dipacu oleh projek Sistem Transit Laju (RTS) yang bakal siap dibina
  • Warganegara asing, mereka yang menaik taraf kediaman dan pemilik rumah yang beralih kepada rumah lebih murah akan memacu permintaan untuk rumah kediaman mewah yang luas di kawasan-kawasan perumahan yang premium
  • Hartanah sebagai langkah perlindungan baik daripada kenaikan tekanan inflasi
  • Keadaan kadar faedah dijangka terus kondusif, dibantu oleh kadar tukaran mata wang USD/MYR yang kukuh.

Kesan perolehan amnya diambil kira

Pemulihan harga saham sektor baru-baru ini menunjukkan pelabur sudah melihat melepasi kesan konflik AS-Iran. Harga saham mengalami pembetulan pada Mac-April berikutan jangkaan kemerosotan margin. Walau bagaimanapun, berbeza dengan sektor-sektor lain, pemaju hartanah selalunya mempunyai ruang untuk mengubah suai reka bentuk, bahan binaan, dan harga produk mereka supaya dapat mengurangkan kesan tersebut terhadap margin.

Pelan penyenaraian REIT berjalan baik

Walaupun berdepan kekangan pasaran, pemaju meneruskan usaha-usaha mengewangkan aset mereka. Usaha-usaha merungkai nilai seperti yang dimaklumkan pada suku lalu, terus menjadi pendorong penting kepada sektor ini. Tiga pemaju utama termasuk SDPR dan SP Setia, menyenaraikan aset-aset hartanah dengan nilai keseluruhan mencecah ~MYR13bn selepas menyuntik aset-aset itu ke dalam REIT, sepanjang dua tahun berikutnya

Permintaan di Iskandar Malaysia masih kukuh

Nilai MYR dilihat semakin mengukuh, namun tekanan inflasi yang meningkat di wilayah itu terus menjadi faktor yang menarik para pelancong dari Singapura untuk berbelanja dan/atau tinggal di Iskandar Malaysia sekurang-kurangnya untuk jangka sederhana. Tambahan itu, pemilik tanah utama seperti UEM Sunrise (UEMS), KSL (KSL MK, TIADA SARANAN) dan Crescendo (CCDO MK, TIADA SARANAN) muncul sebagai saham pelaburan yang menawarkan nilai RNAV yang baik. Harga tanah dijangka terus meninggi memandangkan jualan tanah baru-baru ini oleh ECW dan CCDO kepada pemainpemain pusat data (DC) masih dijual pada harga tertinggi dalam sejarah (di kawasan sekitar mereka). Oleh itu, tiada sebarang petanda bahawa permintaan akan mereda

Hartanah-hartanah mewah di kawasan perumahan premium akan mendapat sambutan

Hartanah-hartanah berkelas tinggi di kawasan-kawasan perumahan premium sepatutnya mendapat sambutan baik, seperti Mont’ Kiara, Damansara Heights, KLCC and kawasan-kawasan tertentu di Iskandar Malaysia yang menerima permintaan tinggi, manakala ASP untuk unit-unit di pelancaran hartanah baharu(ParkCity Damansara PJ dan Pavilion Damansara) dilihat terkawal. Pihak pemaju yang mempunyai pendedahan di kawasan-kawasan ini termasuklah Eastern & Oriental (EAST), ECW, Sunway, Mah Sing, UEMS dan LBS Bina.

Persekitaran kadar faedah yang kondusif sepatutnya menyokong permintaan keseluruhan

Hartanah tetap menjadi langkah perlindungan nilai yang baik daripada tekanan inflasi. Disebabkan oleh nilai MYR lebih kukuh, kami menjangkakan persekitaran kadar faedah akan terus kondusif, yang sepatutnya memberikan kelebihan kepada pelabur dan pembeli hartanah. Malahan, permintaan daripada pelabur hartanah dijangka terus kukuh apabila pelancaran-pelancaran baru-baru ini oleh UEMS (rumah kedai Aspira Place di Iskandar Malaysia), SDPR (rumah kedai REKA di Elmina), dan 77 unit kedai dengan ketinggian empat tingkat berharga MYR8j dan ke atas di Bandar Puteri oleh satu lagi syarikat pemaju besar, semuanya mencatat kadar ambilan lebih 90%.

Memenuhi Jangkaan Prestasi Ketika Pasaran Tidak Menentu

Penganalisis
Loong Kok Wen, CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.