Shopee 12.12 Memecah Rekod Dengan 12 Juta Barangan Dijual Dalam 24 Minit Pertama

Shopee menutup tirai musim membeli-belah akhir tahun dengan 12.12 Jualan Ulang Tahun yang memecah rekod di Malaysia. Aktiviti membeli-belah melonjak di seluruh negara, dengan lebih daripada 875,000 barangan dijual di Selangor dalam sejam pertama 12 Disember. Malah, seorang pengguna membuat 180 pesanan pada pagi 12 Disember.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, “Apabila kita berjaya memecah rekod sekali lagi bagi 12.12 Jualan Ulang Tahun serta mengharungi pelbagai cabaran selama tempoh lima tahun, ia menjadikan perjalanan ini amat berharga untuk kami semua di Shopee. Terutamanya bagi tahun ini, kerana tahun 2020 telah memberi pelbagai pengalaman kepada kita. Dengan keadaan sekarang yang tidak pernah berlaku sebelum ini, kami ingin memastikan bahawa ulang tahun kelima kami merupakan hari istimewa bukan hanya untuk Shopee tetapi lebih-lebih lagi, untuk mereka yang menerima perkhidmatan kami.”

Pada awal bulan ini, Shopee mengumumkan langkah-langkah untuk memanfaatkan trafik dari platformnya bagi menarik kunjungan ke kedai fizikal peruncit luar talian. Beratus ribu rakyat Malaysia merebut tawaran Makanan dan Minuman menarik yang terdapat di Shopee dengan diskaun hingga 98% untuk pelbagai makanan, minuman, set makanan dan banyak lagi. Perniagaan seperti FamilyMart mencatatkan jualan hampir 80,000 baucar bagi pelbagai tawaran sepanjang tempoh kempen dari 1 Disember hingga 12 Disember; sekali gus berjaya menarik kunjungan puluhan ribu pelanggan baharu dan sedia ada ke kedai mereka.

Selain itu, Shopee menyajikan Basque Burnt Cheesecake Sofuto Sundae FamilyMart yang terkenal kepada lebih daripada 50,000 rakyat Malaysia melalui permainan Shopee Farm sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahunnya dan sokongan terhadap rakan luar taliannya. 

Kelengkapan Rumah dan Kediaman, Barangan Runcit, Barangan Kesihatan dan Kecantikan serta Gajet Mudah Alih dan Aksesori merupakan antara kategori produk yang paling popular dengan rakyat Malaysia mengambil peluang untuk memenuhi keperluan harian dan hiburan mereka.

  • Kelengkapan Rumah dan Kediaman: Para pengguna, terutamanya yang berusia 35 – 49 tahun, membeli alatan untuk mencantikkan semula kediaman mereka sebagai persiapan menjelang perayaan akan datang, seperti yang dapat dilihat apabila 1.2 juta barangan pembaikan dan hiasan rumah dijual pada 12 Disember. Produk popular termasuk kertas dinding pelekat sendiri 3D untuk bilik, dapur dan tandas, bantal gred hotel, tikar span atau foam mats, lantai vinyl dan alat pencahayaan tersembunyi – semuanya merupakan bahan DIY untuk membuat hiasan mudah.
  • Kembali ke sekolah: Meskipun perkembangan mengenai sesi persekolahan bergantung pada keadaan semasa, para ibu bapa dilihat membeli barangan pulang ke sekolah sebagai persediaan menjelang tahun baharu. Lebih daripada 670,000 peralatan alat tulis dijual di Shopee, manakala lebih daripada 200,000 pakaian seragam sekolah, beg, kasut, kotak pensel dan banyak lagi dijual secara keseluruhan pada 12 Disember.
  • Barangan runcit: Memandangkan orang ramai dinasihati untuk terus kekal di rumah, rakyat Malaysia didapati terus memastikan stok bagi barangan keperluan mencukupi, terutamanya bagi bahan makanan. MILO terus menjadi minuman malt coklat kegemaran rakyat Malaysia dengan 120 pek dijual setiap minit pada pagi 12 Disember. Menerusi 11.11 Jualan Hebat, platform e-dagang tersebut mendapati rakyat Malaysia gemar menikmati makanan ringan. Tabiat ini terus kekal semasa 12.12 Jualan Ulang Tahun ini dengan lebih daripada setengah juta paket makanan ringan terjual sekali lagi. Sementara itu, cecair pencuci pakaian juga mencatatkan permintaan yang tinggi di platform ini, dan barangan-barangan ini kebanyakannya dibeli oleh pengguna berusia lebih daripada 50 tahun.
  • Kesihatan dan Kecantikan: Penjagaan kulit dan barangan kosmetik didapati menjadi keutamaan ketika orang ramai membuat persediaan menjelang musim perayaan dan tahun baharu. Lebih daripada 628,000 barangan penjagaan kulit dijual pada 12 Disember, dengan topeng muka dan gincu menjadi produk yang paling popular di kalangan pengguna berusia 34 tahun dan ke bawah.
  • Elektronik dan hiburan: Rakyat Malaysia memanfaatkan jualan ini untuk menaik taraf peralatan rumah, gajet, dan membeli konsol permainan baharu. Tambahan pula, 8 daripada 10 PKS Malaysia yang mencatat prestasi terbaik didapati merupakan peruncit elektronik yang masing-masing meraih jualan secara purata sebanyak lebih daripada RM800,000. Sementara itu, jenama-jenama di Shopee Mall mencatatkan jualan yang melonjak, dengan realme mencatatkan jualan sebanyak RM2 juta melalui siri realme 6 dalam masa sejam pertama jualan 12.12.
  • Gaya hidup: adidas, jenama sukan dan gaya hidup yang baru menyertai platform pada bulan September 2020, menyaksikan sekitar 300,000 kunjungan ke kedai rasminya pada 12 Disember. Ekoran kunjungan ini, jualan sehari yang tinggi dapat dicatat terutamanya bagi kasut sneakers, baju-T dan jersi bola sepak.

Sementara itu, di peringkat rantau yang merangkumi tujuh pasaran di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee mencatatkan 12 juta barangan dijual dalam masa 24 minit pertama pada 12 Disember. Pada waktu puncaknya, 1 juta barangan dibeli dalam seminit dengan para pengguna memilih daripada lebih 2 bilion produk. Para pengguna juga meluangkan lebih banyak masa di permainan dan ciri dalam aplikasi Shopee, yang menawarkan hadiah dan nilai yang lebih hebat:

  • 450 juta tontonan direkodkan di Shopee Live sepanjang tempoh keseluruhan 12.12  
  • Permainan dalam aplikasi Shopee dimain sebanyak 2.7 bilion kali
  • Dua permainan terbaharu Shopee, Shopee Bubble dan Shopee Candy amat popular, dan secara keseluruhan dimain selama 28 juta jam 

Lonjakan aktiviti membeli-belah juga disertai dengan peningkatan penggunaan pembayaran digital. Secara khusus, para pengguna menikmati kemudahan dompet mudah alih bersepadu Shopee, ShopeePay dengan pesanan yang dibayar melalui dompet mudah alih tersebut meningkat sebanyak 18 kali ganda berbanding hari biasa.

Rumus Ho, “E-dagang terbukti menjadi aspek yang semakin penting dalam kehidupan kita dan kami amat berbesar hati dalam menerajui perubahan ini. Kami mengucapkan setulus terima kasih kepada semua rakyat Malaysia, penjual, jenama dan rakan kongsi atas peluang untuk kami raikan lima tahun ini bersama anda. Dengan kepercayaan anda, kami percaya lebih banyak lagi yang dapat dicapai pada masa depan.”

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.