Ini Tutorial Cara Beli Saham Melalui Smartphone (Apps Maybank)

Tutorial Bergambar Ini Menggunakan Aplikasi Maybank Investment Bank (Download di Google Play & Apple Store)

Tempoh hari kami telah berkongsi tutorial membeli saham syarikat gergasi di Malaysia jika anda menggunakan aplikasi HLe Broking yang disediakan oleh Hong Leong Investment Bank. Kali ini kami berkongsi pula cara membeli saham menggunakan aplikasi dari Maybank Investment Bank.

Sebelum itu, cara mohon apps Maybank Share Trading:

1) Walk in ke mana-mana cawangan Maybank Investment Bank – Jika anda dah memang ada akaun Maybank2U, semasa nak buka akaun CDS nanti sila request untuk gunakan platform Maybank2U. Jika tidak boleh gunakan apps Powerbroking.

2) Mohon menerusi Maybank2U

  • Login ke Maybank2u.com dengan Username & Password anda.
  • Klik menu Investment.
  • Pilih Online Stocks.
  • Klik on Non Margin/Margin Financing Application.
  • Isi borang yang disediakan

 

Bila permohonan dah diluluskan, berikut merupakan cara membeli saham menggunakan platform yang disediakan oleh Maybank. Boleh beli saham Tenaga Nasional, Telekom Malaysia, Bank Islam, SP Setia, Dutch Lady, Nestlé, Padini, Bonia dan macam-macam lagi.

Opss…pastikan korang dah belajar dulu macam mana nak buat untung dengan jual beli saham ni! Jika tak tahu apa-apa pasal pelaburan saham patuh syariah boleh mulakan bacaan di sini. Jika nak belajar secara LIVE boleh baca di sini.

 

Kalau belum buka akaun saham (CDS), boleh ke mana-mana Bank Investment berhampiran. Kalau suka Maybank, pergilah Maybank Investment Bank. Kosnya RM10.60 sahaja.

Cawangan Maybank Investment Bank:

MAYBANK INVESTMENT BANK BERHAD (Principal Office)
Tingkat 27, 31 to 33, Menara Maybank
100 Jalan Tun Perak
50050, Kuala Lumpur

MAYBANK INVESTMENT BANK BERHAD (Kuala Lumpur Branch)
Tingkat 5-13, MaybanLife Tower
Dataran Maybank
No. 1 Jalan Maarof
59000, Kuala Lumpur

MAYBANK INVESTMENT BANK BERHAD (Klang Branch)
Suite 8.02, Level 8, Menara Trend
Intan Millennium Square
No. 68, Jalan Batai Laut 4
Taman Intan
41300, Klang
Selangor Darul Ehsan

MAYBANK INVESTMENT BANK BERHAD (Mutiara Damansara Branch)
Wisma Bentley Music
Level 1, No 3, Jalan PJU 7/2
Mutiara Damansara
47800, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

MAYBANK INVESTMENT BANK BERHAD (Seremban Branch)
Wisma HM
Ground Floor
No 43 Jalan Dr. Krishnan
70000, Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

MAYBANK INVESTMENT BANK BERHAD (Ipoh Branch)
Blok B, Aras 1 & 2
No. 42, Persiaran Greetown 1
Pusat Perdagangan Greentown
30450, Ipoh
Perak Darul Ridzuan

MAYBANK INVESTMENT BANK BERHAD (Penang Branch)
Lot 1.02, Tingkat 1 Bangunan KWSP Jalan Sultan Ahmad Shah
10050, Georgetown
Penang

“Bro, Apa Yang Best Sangat Melabur Saham Ni?”

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.