Wyckoff Trading Blueprint: Kaedah Pedagang Saham ‘Versatile’

Suatu ketika dahulu, pelaburan saham ini dikatakan sebagai “permainan” orang berduit dan kaya sahaja kerana melibatkan modal yang besar dan untuk mendapatkan akses kepada pelaburan saham ini seolah-olah sangat rumit.

Ditambah lagi dengan perkaitan pelaburan saham ini dengan risiko yang tinggi menyebabkan tidak ramai orang melibatkan diri.

Tetapi… Sejak kebelakangan ini, perdagangan saham atau pelaburan saham seperti sudah menjadi topik umum yang dibicarakan oleh orang kebanyakan.

Daripada golongan eksekutif yang berpakaian kemas sehinggalah abang posmen juga turut mula berbicara tentang pelaburan saham.

Pada 13 Mei tahun 2020 yang lalu, Bursa mencatatkan jumlah dagangan tertinggi apabila merekodkan sebanyak 9.59 bilion saham didagangkan berbanding 7.67 bilion pada tahun 2014.

Jumlah ini terus meningkat dengan kemuncaknya pada 6 Ogos 2020 apabila 16.68 bilion saham didagangkan!

Melihatkan kepada perkara ini, ia membuatkan kita tertanya-tanya…

“Adakah saham itu sudah menjadi murah berbanding dulu?”
“Adakah saham itu sudah tidak lagi berisiko?”

Namun, jika kita perhatikan dengan teliti, perubahan ini berlaku bukanlah kerana sifat risiko saham atau harga saham itu telah berubah. Tetapi ianya lebih kepada teknologi yang kita ada dan ketersediaan ilmu-ilmu kewangan yang semakin mudah kita capai pada hari ini.

Dahulu, untuk berdagang saham atau melabur saham perlu melalui proses yang renyah bermula dari mencari maklumat saham yang dikehendaki sehinggalah jual beli yang perlu melalui remiser, broker atau dealer.

Sekiranya kita tidak mengenali sesiapa yang mempunyai ilmu dan berkecimpung dalam dunia saham, kita pasti tidak akan terdedah dengan perkara-perkara itu dan dapat melibatkan diri dalam perdagangan saham ini.

Tetapi, pada hari ini, segalanya tampak mudah dengan adanya platform digital serta maklumat-maklumat saham yang mudah diperoleh di internet, forum-forum digital serta media sosial.

Namun begitu, walaupun dengan adanya teknologi dan maklumat di hujung jari ini, teori 90/90/90 yang diperkenalkan oleh Anton Krell tetap sama.

‘Daripada 100 orang Trader dan Investor, 90 orang akan kehilangan 90% wang pelaburan mereka dalam tempoh 90 hari.’

-Anton Krell

Persoalannya adalah, MENGAPA ia masih berlaku?

Kebanyakan pelabur yang masuk ke dalam dunia saham baru-baru ini adalah kerana sentimen dan euphoria yang dihebahkan di sekeliling mereka. Ini menimbulkan rasa FOMO atau Fear Of Missing Out, seolah-olah mereka akan kerugian dan ketinggalan apabila tidak menyertai trend semasa.

Apabila mereka menceburi dunia saham, barulah mereka menyedari yang saham ini bukanlah semudah membeli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi. Pelbagai ilmu yang mereka perlu ada, hatta untuk memilih untuk membeli saham berkualiti sekalipun.

Di luar sana terdapat juga ramai guru-guru dan sifu-sifu saham mengajarkan teknik saham. Ilmu Analisa Teknikal, Analisa Fundamental, ilmu trend dan pelbagai lagi.

Tidak kurang juga wujudnya kumpulan-kumpulan saham di dalam aplikasi Telegram, WhatsApp atau media digital yang lain yang memberikan tips-tips saham sehingga ke tahap “buy call” yang mana adalah melanggar peraturan di dalam Capital Market & Services Act 2007 yang sekiranya didapati bersalah boleh menyebabkan pesalah didenda tidak melebihi RM10 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau keduanya.

Namun, walaupun dengan adanya kelas-kelas saham ini, kebanyakannya pelabur atau pedagang masih gagal untuk menganalisa dan berdagang saham bagi mendapatkan keuntungan yang konsisten. Lebih malang, ada yang tercari-cari saham yang ingin didagangkan setiap hari!

Situasi ini berlaku kerana satu perkara; mereka tidak memahami struktur pasaran dan sebab-sebab pergerakan sesuatu saham.

Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, dalam kepelbagaian teknik pelaburan saham yang ada di dunia ini, terdapat satu kaedah pelaburan saham yang disebut sebagai Wyckoff Trading Method yang diperkenalkan oleh Richard D. Wyckoff, salah seorang daripada 5 Titan Analisa Teknikal di samping Charles Dow, Ralph Nelson Elliot, Delbert Gann dan Arthur Merril.

Richard D. Wyckoff yang bermula sebagai “stock runner” pada usia 15 tahun dan akhirnya berjaya menubuhkan institut pengajian sahamnya iaitu Wyckoff Stock Market Institute, telah memerhatikan pasaran saham Amerika Syarikat selama 40 tahun. Dan, melalui pemerhatiannya, beliau mendapati bahawa pergerakan naik turun sesuatu saham dalam pasaran adalah dipengaruhi oleh tindakan operator yang disebut sebagai Composite Man.

Hasil pemerhatian dan kajiannya itu, Wyckoff telah menstrukturkan pemahaman ilmu sahamnya yang mampu menjelaskan sebab dan alasan di sebalik setiap pergerakan saham bagi membantu pedagang dan pelabur mengurangkan kesilapan dalam membuat keputusan pelaburan dengan lebih yakin. Ilmu yang diperkenalkan Wyckoff ini sangat efektif dalam membantu pedagang mendapatkan keuntungan yang konsisten dan meminimakan kerugian.

Kaedah Wyckoff ini juga telah menjadi asas kepada kaedah dan teknik saham moden yang tersebar luas dan diamalkan pada hari ini.

Beliau juga telah menghasilkan 9 buah buku berkenaan pelaburan dan perdagangan saham:

  • How I Trade and Invest In Stocks and Bonds
  • Studies in Tape Reading
  • Stock Market Technique, No 1
  • Stock Market Technique, No 2
  • Jesse Livermore’s Methods of Trading In Stocks
  • My Secrets of Day Trading in Stocks
  • W. D Gann Interview
  • Studies in Stock Speculation
  • Wall Street Ventures and Adventures Through Forty Years

Di Malaysia, Team SmartSaham Academy berazam untuk menyebarkan Wyckoff Method ini kepada orang awam yang serius ingin mempelajari ilmu saham melalui Program Wyckoff Method Trading Blueprint.

Wyckoff Method Trading Blueprint adalah gabungan hasil ilmu Wyckoff Method dan pengalaman berdagang saham Tuan Alwi Adam yang juga Bursa Marketplace Guru.

Kaedah ini dimodulkan secara lengkap dengan tujuan untuk melahirkan individu yang bijak dalam pelaburan dan perdagangan saham.

Melalui modul Wyckoff Method Trading Blueprint ini, peserta akan belajar untuk melihat struktur pasaran dengan jelas dan memahami rahsia di sebalik pergerakan harga saham.

Di akhir program ini, peserta program sama ada yang baru atau telah berpengalaman dalam dunia saham ini, akan mampu menganalisa saham berkualiti, membuat keputusan jual dan beli, membuat unjuran keuntungan tanpa bergantung atau dipengaruhi dengan orang lain.

Lebih penting lagi, kaedah Wyckoff ini dapat membantu pedagang menjana keuntungan walaupun prestasi pasaran saham tidak cantik!

Ringkas kata, pedagang Wyckoff Method Trading Blueprint adalah pedagang yang versatile.

Memperkenalkan Wyckoff Trading Blueprint Online Edition (e-Wyckoff)

7 Hari Online Webinar

Tarikh: 15-21 Februari 2021
Masa: 830 malam – 1159 malam

Apa Yang Anda Bakal Perolehi?

Hari Pertama: Building A Winning Stock Watchlist
Hari Kedua: Simplifying Fundamental Analysis For Retail Traders
Hari Ketiga: Mastering Stock Valuation For Traders
Hari Keempat: Mastering The Precision Of Technical Analysis
Hari Kelima: Predicting The Future Via Advance Technical Analysis
Hari Keenam: The Majestic Wyckoff Trading Method
Hari Ketujuh: Trading, The Art Of Tape Reading & Monet Management

Siapakah Yang Wajib Hadir Seminar Ini?

Mereka yang baru ingin mengenali dunia saham & memulakan perdagangan saham (trading) secara patuh shariah

Mereka yang ingin menambahkan pendapatan sampingan malah boleh menjadikannya sebagai pendapatan utama dan kerja hakiki

Sudah berdagang namun sukar mendapatkan keuntungan yang konsisten dan besar

Sudah berdagang namun sentiasa rugi & terus rugi tanpa mengetahui apakah punca dan asbabnya

Ingin mencari jalan untuk menyelesaikan masalah hutang & kewangan anda

Ingin menjadikan saham sebagai jalan persaraan, malah mampu bersara muda & kaya

Ingin menjana pendapatan pasif di rumah malah di mana-mana sahaja, sambil travel sambil buat duit (asal ada internet & telefon pintar)

Dan semestinya mereka yang betul-betul tekad untuk belajar ilmu pelaburan saham, dari zero hingga hero!

Daftar sekarang di -> eWyckoff

Siapakah ‘Master Trainer’ Kita Sepanjang 7 Hari Ini?

Tuan Alwi Adam merupakan salah seorang Bursa Marketplace Guru yang diiktiraf oleh Bursa Malaysia-i. Beliau mempunyai pengalaman selama 13 dalam sebagai seorang trader dan investor di dalam pasaran saham Bursa Malaysia.

Jumpa anda di Wyckoff Trading Blueprint Online Edition (e-Wyckoff), 15-21 Februari 2021 ini. Daftar sekarang di -> eWyckoff

Previous ArticleNext Article

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

5 Rutin Harian Yang Membantu Pelabur Membuat Keputusan Lebih Bijak

Ramai orang melihat hasil yang diperoleh oleh pelabur atau pedagang saham yang berjaya, tetapi tidak ramai yang melihat apa yang mereka lakukan setiap hari.

Ada yang menganggap kejayaan mereka datang kerana pandai memilih saham atau mempunyai “orang dalam” yang berkongsi maklumat. Hakikatnya, kebanyakan pelabur yang konsisten memperoleh keuntungan mempunyai satu persamaan, iaitu mereka mengamalkan rutin harian yang tersusun.

Mereka tidak membuat keputusan secara terburu-buru atau membeli saham hanya kerana melihat harga sedang meningkat. Sebaliknya, setiap keputusan dibuat selepas menilai keadaan pasaran, membaca laporan syarikat dan mengikuti perkembangan semasa.

Rutin ini mungkin kelihatan ringkas, tetapi apabila diamalkan secara konsisten, ia membantu pelabur membuat keputusan yang lebih rasional dan mengurangkan risiko membuat kesilapan akibat emosi.

Mengapa Rutin Harian Penting?

Pasaran saham berubah setiap hari. Harga saham dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti keputusan kewangan syarikat, berita korporat, keadaan ekonomi, kadar faedah, harga komoditi dan sentimen global.

Jika pelabur hanya membuka aplikasi dagangan untuk melihat harga saham tanpa memahami apa yang berlaku di sebaliknya, mereka mudah membuat keputusan berdasarkan panik atau FOMO.

Rutin harian membantu pelabur untuk:

  • memahami keadaan pasaran sebelum berdagang,
  • mengenal pasti peluang lebih awal,
  • mengurus risiko dengan lebih baik,
  • dan mengelakkan keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa.

1. Semak Laporan Kewangan Syarikat

Selepas Bursa Malaysia ditutup, antara perkara pertama yang dilakukan oleh ramai pelabur ialah menyemak laporan kewangan syarikat yang baru diumumkan.

Semua syarikat tersenarai diwajibkan mengeluarkan laporan kewangan setiap suku tahun. Daripada laporan ini, pelabur boleh melihat sama ada prestasi syarikat semakin baik atau sebaliknya.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

  • pertumbuhan hasil (revenue),
  • keuntungan bersih,
  • margin keuntungan,
  • aliran tunai,
  • dan kedudukan hutang syarikat.

Contoh Situasi

Sebuah syarikat teknologi mencatatkan peningkatan keuntungan sebanyak 35% berbanding suku tahun sebelumnya.

Keputusan ini mungkin menarik perhatian pelabur institusi dan seterusnya meningkatkan minat terhadap saham syarikat tersebut.

Namun, pelabur yang membaca laporan lebih awal mempunyai masa untuk membuat penilaian sebelum pasaran dibuka pada keesokan harinya.

2. Pantau Pengumuman Dividen

Selain prestasi kewangan, ramai pelabur turut memberi perhatian kepada pengumuman dividen. Dividen merupakan sebahagian daripada keuntungan syarikat yang diagihkan kepada pemegang saham.

Dalam pengumuman dividen, terdapat beberapa tarikh penting seperti:

  • Ex-Date – tarikh terakhir untuk membeli saham bagi melayakkan diri menerima dividen.
  • Entitlement Date – tarikh syarikat menentukan senarai pemegang saham yang layak menerima dividen.

Contoh

Jika sebuah syarikat mengumumkan dividen sebanyak 5 sen sesaham, pelabur yang memiliki 10,000 unit saham berpotensi menerima dividen sebanyak:

10,000 × RM0.05 = RM500

Walaupun dividen bukan satu-satunya sebab membeli saham, ia boleh menjadi petunjuk bahawa syarikat mempunyai kedudukan kewangan yang baik.

3. Ikuti Pengumuman Bonus Issue dan Rights Issue

Selain dividen, syarikat juga kadangkala mengumumkan:

  • Bonus Issue
  • Rights Issue

Bonus Issue bermaksud syarikat memberikan saham tambahan kepada pemegang saham tanpa bayaran berdasarkan nisbah tertentu. Sebagai contoh, bonus 1:2 bermaksud bagi setiap dua saham yang dimiliki, pelabur akan menerima satu saham tambahan.

Rights Issue pula memberi peluang kepada pemegang saham sedia ada membeli saham baharu pada harga yang telah ditetapkan. Walaupun kedua-dua tindakan korporat ini tidak semestinya menjadikan saham lebih menarik, ia tetap penting untuk difahami kerana boleh memberi kesan kepada jumlah pegangan dan strategi pelaburan.

4. Ikuti Berita Korporat dan Pasaran

Pelabur yang berpengalaman tidak hanya melihat nombor. Mereka juga membaca berita. Berita korporat boleh memberi gambaran awal tentang perkara yang mungkin mempengaruhi harga saham.

Antaranya ialah:

  • kontrak baharu,
  • pengambilalihan syarikat,
  • perubahan pengurusan,
  • projek kerajaan,
  • perubahan dasar,
  • dan perkembangan ekonomi global.

Sebagai contoh, jika sebuah syarikat memperoleh kontrak bernilai ratusan juta ringgit, berita tersebut boleh meningkatkan keyakinan pelabur terhadap prospek syarikat.

Namun begitu, pelabur juga perlu berhati-hati kerana tidak semua berita akan memberi kesan jangka panjang terhadap harga saham.

5. Fahami Sentimen Pasaran Global

Bursa Malaysia tidak bergerak secara bersendirian. Prestasi pasaran luar negara turut mempengaruhi sentimen pelabur tempatan.

Sebab itu ramai pelabur akan melihat:

  • prestasi indeks utama Amerika Syarikat,
  • pergerakan pasaran Asia,
  • harga minyak mentah,
  • harga emas,
  • dan perkembangan geopolitik.

Jika kebanyakan pasaran global ditutup rendah akibat kebimbangan ekonomi, sentimen negatif tersebut mungkin turut memberi kesan kepada Bursa Malaysia pada keesokan harinya.

Namun begitu, ini bukan bermaksud semua saham akan jatuh. Ada kalanya saham yang mempunyai asas perniagaan kukuh masih mampu bertahan walaupun pasaran keseluruhan lemah.

Jangan Terlalu Taksub Mengejar Saham Yang Sedang Melonjak

Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh pelabur baharu ialah membeli saham hanya kerana melihat kenaikan harga yang mendadak. Mereka takut terlepas peluang atau lebih dikenali sebagai Fear of Missing Out (FOMO).

Hakikatnya, saham yang naik terlalu cepat juga berpotensi mengalami pembetulan harga yang pantas. Sebab itu pelabur yang berpengalaman lebih mengutamakan pengurusan risiko. Mereka tidak terlalu tamak dan sentiasa mempunyai pelan untuk mengambil keuntungan apabila sasaran telah dicapai.

Seperti kata pelabur terkenal Warren Buffett:

“Be fearful when others are greedy, and be greedy when others are fearful.”

Prinsip ini mengingatkan kita supaya tidak mudah dipengaruhi emosi pasaran.

Contoh Rutin Harian Seorang Pelabur

Bayangkan Hafiz bekerja sepenuh masa sebagai jurutera. Beliau tidak mempunyai masa untuk melihat harga saham sepanjang hari.

Namun setiap malam selepas pulang bekerja, beliau memperuntukkan kira-kira 30 minit untuk:

  • membaca laporan kewangan yang baru diumumkan,
  • menyemak pengumuman dividen atau bonus,
  • membaca berita korporat,
  • melihat prestasi pasaran global,
  • dan mengemas kini senarai saham yang sedang dipantau.

Apabila pasaran dibuka keesokan harinya, beliau sudah mempunyai pelan tindakan. Ini jauh lebih baik daripada membeli saham secara spontan hanya kerana melihat harga sedang meningkat.

Rutin Yang Konsisten Lebih Penting Daripada Ramalan Yang Tepat

Ramai orang menghabiskan masa mencari “saham yang pasti naik”. Sedangkan pelabur yang berjaya lebih banyak menghabiskan masa membina disiplin.

Mereka memahami bahawa tiada siapa mampu meramal pasaran dengan tepat setiap masa. Apa yang boleh dikawal ialah proses membuat keputusan.

Semakin konsisten rutin yang diamalkan, semakin banyak maklumat yang dimiliki dan semakin baik keputusan yang boleh dibuat.

Kesimpulan

Kejayaan dalam pelaburan saham bukan hanya bergantung kepada kebolehan memilih saham yang berpotensi memberikan pulangan tinggi. Sebaliknya, ia bermula dengan disiplin membina rutin harian yang membantu pelabur memahami keadaan pasaran sebelum membuat sebarang keputusan.

Menyemak laporan kewangan, mengikuti pengumuman dividen dan tindakan korporat, membaca berita pasaran serta memantau sentimen global mungkin kelihatan seperti rutin yang kecil. Namun apabila dilakukan secara konsisten, semua ini membantu pelabur membuat keputusan yang lebih berasaskan fakta dan bukannya emosi.

Akhir sekali, ingatlah bahawa pelaburan bukan tentang siapa yang paling pantas membeli saham, tetapi siapa yang paling bersedia apabila peluang muncul. Dengan rutin yang betul, anda bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan dalam membuat keputusan, malah berpeluang menjadi pelabur yang lebih berdisiplin dan konsisten dalam jangka panjang.