Jeff Bezos Bakal Meletak Jawatan CEO Amazon Pada Tahun Ini

Sudah menjadi lumrah dalam dunia pekerjaan, apabila sampai masa yang sesuai, kita akan bersara untuk memfokuskan kehidupan peribadi kita. Kini, dunia teknologi dikejutkan dengan berita bahawa pengasas dan CEO Amazon, bakal meletakkan jawatan dan digantikan dengan pembantu kanannya iaitu Andy Jassy.

Keputusan yang diumumkan oleh Jeff Bezos itu telah mengejutkan pelbagai pihak terutamanya pelabur yang mempunyai saham dalam Amazon.

Siapa Andy Jassy?

Tugas CEO yang ditinggalkan oleh Jeff Bezos bakal digantikan oleh Andy Jassy. Beliau merupakan CEO yang bertanggungjawab dalam membangunkan Amazon Web Services (AWS) daripada awal penubuhannya pada tahun 2003.

Beliau mula bekerja di Amazon pada tahun 1997 ketika syarikat itu berusia hanya 3 tahun. Apa yang menarik tentang kemasukannya ke syarikat tersebut adalah, beliau menyertai Amazon selepas tiga hari menamatkan peperiksaan terakhir di Universiti Harvard dalam jurusan perniagaan.

Andy Jassy menamatkan peperiksaan tersebut pada hari Jumaat dan hari Isnin minggu seterusnya terus menjadi pekerja di Amazon.

Kredit Gambar: The Guardian

Sama seperti Satya Nadella yang sebelum menjadi CEO Microsoft, beliau merupakan ketua di dalam bahagian operasi sistem simpanan awan Microsoft iaitu Azure. Beliau kemudiannya dilantik CEO Microsoft dan telah berjaya membawa Microsoft seperti yang kita lihat pada hari ini.

Andy Jassy merupakan watak yang sangat penting dalam operasi AWS. Beliau merupakan orang yang pertama memberi idea tentang Amazon Web Services pada tahun 2003.

Ideanya tentang simpanan awan yang diusulkan pada tahun 2003 itu mendapat perhatian Jeff Bezos dan pada tahun 2006, Amazon secara rasminya telah melancarkan perkhidmatan teknologi simpanan awan pertama mereka pada tahun tersebut.

Dariada segi pengurusan, Andy Jassy berkongsi matlamat yang sama seperti Jeff Bezos. Beliau mempunyai mindset yang hampir sama dengan Jeff Bezos iaitu kurang mengambil berat tentang persaingan dengan pesaing mereka tetapi lebih fokus kepada pelanggan.

Oleh yang demikian, beliau jarang bercakap tentang pesaing Amazon kerana baginya perkara tersebut tidak begitu penting berbanding dengan kepuasan pelanggan mereka.

Sepanjang mengetuai AWS, perkembangan operasi tersebut amat membanggakan dan AWS adalah sumber utama keuntungan kepada Amazon. Banyak syarikat terkenal menggunakan teknologi AWS seperti Netflix dan Zoom.

Walaupun begitu, Andy Jassy juga pernah gagal dalam perebutan kontrak simpanan awan. Ianya untuk sistm pertahanan daripada Pentagon kepada Microsoft yang dipercayai melibatkan campur tangan Donald Trump yang secara peribadinya tidak suka dengan Jeff Bezos.

Baca: Microsoft Tewaskan Amazon Dalam Penganugerahan Kontrak Pertahanan Bernilai $10 Bilion

Kenapa Jeff Bezos Meletak Jawatan?

Jeff Bezos dipercayai membuat keputusan untuk meletak jawatan kerana ingin menumpukan perhatian kepada beberapa perkara di dalam hidupnya. Salah satu daripadanya adalah untuk beri lebih masa dengan syarikat penerokaan angkasa lepas miliknya, Blue Origin.

Syarikat ini dilihat terkebelakang berbanding dengan Space X dalam perlumbaan angkasa lepas. Perlumbaan penerokaan angkasa lepas merupakan sebuah cabang perniagaan yang bakal menjadi sangat menguntungkan pada masa akan datang.

Kredit Gambar: Wired

Selain daripada itu, Jeff Bezos akan fokus kepada yayasan kebajikannya yang diberi nama Bezos Earth Fund. Beliau telah menderma sebanyak USD10 bilion untuk tabung tersebut yang memberi penekanan kepada isu perubahan iklim cuaca dunia dan juga Bezos Day One yang fokus kepada membantu golongan gelandangan.

Setakat ini, Bezos Day One merupakan tabung yang mempunyai dana sebanyak USD2 bilion.

Masa Depan Amazon Tanpa Jeff Bezos

Walaupun bakal meninggalkan Amazon sebagai CEO, Jeff Bezos merupakan executive chairman untuk syarikat tersebut. Beliau memiliki pegangan saham terbesar di dalam Amazon akan memastikan CEO baru mempunyai hala tuju yang betul mengembangkan syarikat tersebut walaupun tiada kelibat dirinya di dalam syarikat tersebut.

Jeff Bezos dijangka akan meletakkan jawatan pada suku tahun ketiga tahun ini.

Sumber Rujukan: Vox

Sumber: Trading View

Patutlah Jeff Bezos merupakan orang terkaya dunia. Cuba bayangkan beliau merupakan pemegang saham terbesar Amazon dengan shares sebanyak 11%.

Harga saham Amazon pula naik sebanyak 221,431% dalam masa 23 tahun. Secara puratanya, harga saham Amazon naik 9,627% setiap tahun. Memang tak masuk akal, tapi itulah realitinya.

Selepas perletakan jawatan Jeff Bezos, sudah pasti beliau akan pastikan harga saham akan meneruskan kenaikan. Kalau tidak, kedudukan beliau sebagai orang terkaya dunia pasti akan terjejas.

Baca: Nak Jadi Kaya-Raya Di Malaysia, Tak Perlu Miliki Pegangan Saham Yang Tinggi

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

BJAK Diluluskan Oleh Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR: Seiring dengan peningkatan rakyat Malaysia yang beralih kepada platform digital untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan, keperluan untuk memilih penyedia perkhidmatan yang dipercayai serta dikawal selia semakin penting.

BJAK, platform insurans terbesar di Malaysia, terus menyokong rakyat negara ini dengan menyediakan cara yang lebih mudah dan telus untuk membanding serta memperbaharui insurans dan takaful kenderaan secara dalam talian.

BJAK merupakan Penasihat Kewangan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia, sekali gus memangkin komitmennya dalam menyediakan platform yang dipercayai untuk perbandingan dan pembaharuan insurans.

Melalui BJAK, pengguna boleh membandingkan pelan daripada sehingga 16 syarikat insurans dan pengendali takaful dalam satu platform. Ini membolehkan pengguna membuat keputusan yang lebih bijak berdasarkan harga, perlindungan dan manfaat, semuanya melalui pengalaman digital yang mudah dan lancar.

Dalam era peningkatan kes penipuan dalam talian serta maklumat yang mengelirukan, rakyat Malaysia disarankan agar sentiasa menyemak kesahihan penyedia perkhidmatan kewangan sebelum membuat sebarang pembayaran atau berkongsi maklumat peribadi secara dalam talian.

Pemilihan platform yang dikawal selia dan dipercayai dapat membantu pengguna membuat keputusan kewangan yang lebih selamat dan yakin.

Selain perbandingan insurans, BJAK turut menawarkan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan secara dalam talian, sekali gus memudahkan rakyat Malaysia menguruskan keperluan berkaitan kenderaan mereka secara digital.

Dengan membolehkan pengguna membandingkan pelbagai syarikat insurans dan pengendali takaful di satu tempat, BJAK komited untuk membantu rakyat Malaysia mengelakkan pembaharuan secara terburu-buru tanpa perbandingan, di samping menggalakkan keputusan kewangan yang lebih bijak melalui ketelusan dan pilihan.

— Awani