Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Februari 2021

Indeks FBM KLCI mula dengan kejatuhan pada bulan Januari yang lalu, namun nampak seperti membuat rebound pada bulan Februari. Di kala ramai yang membuat keuntungan, masih ada juga yang mengalami kerugian.

Jom kita tengok senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Februari 2021 ini.

Sumber: iSaham Screener

1. Annum Berhad (Dulu dikenali sebagai Cymao)

Sumber: Bursa Marketplace

2. G3 Global

Sumber: Bursa Marketplace

3. Pasukhas Group

Sumber: Bursa Marketplace

4. Trive Property Group

Sumber: Bursa Marketplace

5. Sanichi Technology

Sumber: Bursa Marketplace

6. LKL International

Sumber: Bursa Marketplace

7. Supermax Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

8. Comfort Gloves

Sumber: Bursa Marketplace

9. Adventa Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

10. Eng Kah Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

Banyak Saham Atas RM1 Dan Sarung Tangan Yang Rugi Besar

Dengan sentimen yang semakin elok, dengan kemasukan vaksin ke dalam negara; keadaan ekonomi dijangka akan pulih. Sebab itulah banyak saham-saham sarung tangan getah yang sebelum ini telah naik banyak ketika pandemik Covid-19 memuncak, kini mencatatkan penurunan.

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Februari 2021 ini adalah berdasarkan Screener Worst Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.