6 Sebab Kenapa ‘Japanese Candlestick’ Masih Relevan Sehingga Ke Hari Ini

Dalam cerita klasik masyarakat China (莊子 外 篇), ada satu kisah tentang seekor burung bernama Yuanchu (鹓 鶵), yang membawa maksud seekor burung yang luar biasa ataupun phoenix muda.

Diringkaskan cerita, Yuanchu adalah merupakan burung yang gemar berpindah-randah menyeberangi lautan demi lautan dan sering berhijrah. Disebabakan Yuanchu sering menempuh jarak yang jauh, ia sering berehat pada sebatang pokok yang tinggi.

Menurut lagenda, Yuanchu tidak akan hinggap pada mana-mana pokok melainkan ianya pokok permaisuri (pohon paulownia). Apabila lapar, ia tidak akan memakan apa-apa kecuali buah buluh tanpa menghiraukan betapa laparnya seekor Yuanchu. Dan ia tidak minum, melainkan air manisan dari Amrita Spring tanpa menghiraukan betapa hausnya ketika itu.

Percayakah anda, kita tidak boleh menyalahkan burung (Yuanchu), kerana mempunyai sikap sombong dan selera tertentu. Yuanchu hanya mewarisi gaya kehidupannya yang unik berdasarkan pengalaman bertahun-tahun, dan warisan itu telah diturunkan sejak beberapa generasi spesies burung tersebut yang telah lalu.

Faktor lain adalah kerana gaya hidup tersebut penting untuk melindungi diri mereka daripada risiko atau bahaya yang bakal berlaku jika mereka tidak konsisten mengamalkannya.

Jika diperhalusi dalam dunia pelaburan dan perdagangan, ianya hampir serupa seperti kisah hidup Yuanchu.

Sebagai contoh, kita tidak seharusnya membeli saham hanya kerana harganya yang murah tanpa membuat sebarang kajian atau analisa teknikal yang lebih mendalam dan juga analisa fundamental.

Disebabkan inilah, wujudnya Japanese candlestick untuk membuat penilaian sejauh mana tindakan yang bakal kita ambil adalah bersesuaian dengan keadaan semasa dan masa hadapan.

Bagi merungkainya dengan lebih mendalam, berikut adalah sebab-sebab kenapa Japanese candlestick masih relevan sehingga hari ini:

1. Petunjuk Utama (Leading Indicator)

Sebab utama ianya menjadi panduan utama dalam analisa teknikal adalah kerana ia mempunyai kemampuan untuk menunjukkan isyarat pertukaran arah dengan lebih mudah, pantas dan ringkas berbanding analisa teknikal yang berasal dari negara barat.

Disebabkan kelebihan Japanase candlestick inilah, ianya kini menjadi rujukan utama dalam para analisa teknikal sehingga ke hari ini. Dengan sekali imbas, candlestick mampu menceritakan arah pergerakan harga saham yang bakal berlaku. 

2. Gambaran Yang Menarik (Pictorial)

Setiap formasi Japanese candlestick akan memberikan gambaran yang menarik, dan sangat mudah difahami. Dalam setiap formasi Japanese candlestick tersebut menggambarkan keadaan psikologi pelabur atau pedagang berdasarkan jangka masa yang telah ditetapkan, sekaligus dapat kita membuat keputusan dengan lebih baik.

Kelebihan lain adalah ianya mempunyai nama yang unik bagi menggambarkan mesej di sebalik formasi candlestick tersebut. Di antara nama-nama candlestick yang popular adalah ‘hangman, hammer, shooting star, dark cloud cover, engulfing’ dan banyak lagi.

3. Serba Boleh

Ianya juga serba boleh kerana ia boleh digunakan sendirian atau digabungkan dengan tools analisa teknikal Barat seperti indikator relative strength index (RSI), Bollinger Band, MACD dan bermacam-macam lagi.

Japanese candlestick menggunakan rujukan data harga sepenuhnya sama seperti carta bar.

4. Boleh Digunakan Pada ‘Time Frame’ Berbeza

Japanese candlestick boleh digunakan dalam mana-mana time-frame, ianya terserah kepada kita. Jika nak trade jangka masa pendek atau sederhana, boleh guna time-frame 15 minit, 30 minit, 1 jam dan sebagainya.

Jika kita nak melabur untuk jangka masa yang lebih panjang, boleh guna time frame sehari (daily) atau seminggu (weekly) ke atas.

5. Fleksibel

Japanese candlestick boleh digunakan dalam apa jua jenis pasaran atau instrumen pelaburan seperti saham, futures, komoditi, aset digital (crypto currency) dan sebagainya.

Jika seseorang nak buat analisa teknikal terhada negara luar seperti Amerika Syarikat, Brazil, Jerman, China dan sebagainya juga boleh dilakukan.

6. Telah Diuji Dan Terbukti

Japanese candlestick telah digunapakai generasi demi generasi selama ratusan tahun di negara Jepun. Sehinggakan hari ini, para analisa masih menggunakannya.

Nak belajar mengenai Japanese candlestick dengan lebih mendalam?

Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.

Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.

Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham

1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?

Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.

Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.

CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI

1. Pengenalan kepada ‘Price Action’

2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?

3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah

4. Bearish reversal pattern

5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle

6. Candlestick trading setup

7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator

8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI

Sekejap, belum habis lagi…

✅ BONUS

1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick

Speaker memang otai, modul pun terbaik.

InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.

Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.

KINI DIBUKA UNTUK PRE-ORDER!

Kepada yang bertindak awal, ada harga istimewa menanti, cepat klik:

➡️ http://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ http://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ http://thekapital.my/candlesticksaham

DISCLAIMER: Program ini bertujuan pendidikan sahaja. Program ini tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit untuk urusan pelaburan. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

Previous ArticleNext Article

Ilmu Teknikal Analisis: Reversal Bearish Tweezer Top

Kepada pelabur saham, Reversal Candlestick merupakan perkara yang tidak asing lagi untuk mereka gunakan apabila mengkaji dan menganalisis carta sesuatu saham. Antara Reversal Candlestick yang popular adalah seperti:-

  • Bullish/bearish engulfing
  • Morning star/evening star
  • Bullish/bearish harami

Artikel kali ini, kita akan mengulas tentang satu Reversal Candlestick yang jarang didendang. Reversal Candlestick tersebut adalah Tweezer Top dan Tweezer Bottom. 

Reversal Candlestick ini terbentuk daripada dua batang candlestick seperti gambar di atas. Tweezer Top merupakan Bearish Candlestick Pattern manakala Tweezer Bottom merupakan Bullish Candlestick Pattern. 

Bagi Tweezer Top Pattern, candlestick pertama adalah candlestick hijau yang ditutup tinggi pada hari berikut. Candlestick seterusnya dibuka sama tinggi dengan candlestick hijau hari sebelumnya kemudian jatuh lebih rendah berbanding harga pembukaan candlestick hijau pada hari sebelumnya. 

Tweezer Bottom pula merupakan Bullish Candlestick Pattern. Corak candlestick ini terbentuk apabila candlestick pertama berwarna merah panjang dan disusuli dengan candlestick hijau yang dibuka pada harga yang sama dengan harga penutupan hari sebelumnya. 

Untuk artikel kali ini, kita akan melihat contoh carta saham yang ada signal jualan apabila munculnya reversal Tweezer Top.

Tweezer Top Di Carta Time Dotcom

Sumber: TradingView

Jika kita perhatikan carta di atas, harga saham ini mulanya berada dalam bullish dengan kenaikan harga yang terus menerus. 

Apabila munculnya Tweezer Top seperti yang dibulatkan pada carta di atas, harga saham yang sebelumnya naik mula membuat penurunan harga atau pullback

Tweezer Top Di Carta Sedania Innovator

Sumber: TradingView

Sama seperti carta pertama tadi, carta saham Sedania Innovator ini sedang membuat kenaikan harga pada penghujung bulan November 2022, namun selepas munculnya candlestick Tweezer Top ini, harga saham gagal untuk meneruskan kenaikan dan meneruskan kejatuhan harga pada hari-hari berikutnya. 

Tweezer Top Pada Carta Reservoir Link Energy

Sumber: TradingView

Sama seperti dengan dua carta di atas, harga saham sedang berada di fasa bullish sebelum munculnya reversal Tweezer Top seperti yang dibulatkan di atas. 

Selepas reversal Tweezer Top, harga saham gagal untuk meneruskan kenaikan dan disambung dengan penurunan harga pada hari-hari berikutnya. 

Kesimpulan Tentang Tweezer Top  Pattern

Tweezer Top dan Tweezer Bottom ini adalah salah satu Reversal Pattern Candlestick yang ada dalam dunia pelaburan saham. 

Kewujudan pattern ini boleh dijadikan signal belian ataupun signal jualan sesuatu saham kepada pedagang saham. 

Signal ini juga tidak semestinya dijamin terjadi kerana pasaran saham ini sangat volatile dan ingat, bahawa “market” ini bukan kita yang punya. Jangan cuba melawan pasaran. 

Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda. 

Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan. Trade at your own risk.