10 Saham Syarikat Patuh Syariah Paling Untung Suku Kedua 2017

Tujuan utama kita melabur dalam pasaran saham adalah untuk gandakan duit simpanan kita untuk melawan kesan inflasi dan sudah tentu mendapatkan pulangan lebih lebih lebih tinggi dari simpanan sedia ada kita di ASB, KWSP dan TABUNG HAJI dan lain-lain.

Mengambil kira saiz syarikat adalah salah satu teknik untuk melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Kita boleh mengukur saiz syarikat melalui market capitalization. Market capitalization ialah harga saham kali dengan shared issue.

Kali ini kami asingkan prestasi saham-saham mengikut market capitalization.

Small Cap – RM100 ke RM500 juta
Mid Cap – RM500 juta ke RM2 billion
Large Cap – RM2 billion ke atas

Jika anda telah baca artikel sebelum ini iaitu 10 Saham Syarikat Patuh Syariah Paling Untung Suku Pertama 2017 pasti kali ini anda kurang terkejut membaca sinopsis prestasi saham kali ini. Tetapi jika ini pertama kali anda melihat angka pulangan (%) yang ‘gila’ ini, sila teruskan pembacaan anda dan kami ucapkan selamat datang ke dunia pelaburan saham!

Pulangan dikira bagi suku kedua 2017 (Jan-Jun), iaitu setakat 30 Jun 2017 dan sebagai bonus kami sertakan juga pulangan untuk setahun yang lalu. Setahun maknanya jika beli saham-saham ni pada 1 Julai 2016 dan jual pada 30 Jun 2017.

Small & Mid Cap

#1. Techfast Holdings Berhad ($TCHF)

Pulangan:
268.4% untuk 6 bulan
278% untuk setahun

TarikhHarga
1 Julai 2016RM0.185
1 Jan 2017RM0.19
30 Jun 2017RM0.70

Segmen perniagaan syarikat ini termasuklah pembuatan skrew, getah pembersihan acuan dan bahan-bahan Light Emitting Diode (LED) untuk perkakasan elektronik.

Sebagai contoh pengiraan;
Katakan Fattah membeli 1000 unit saham Techfast Holdings pada Januari 2017. (Kalau nak tahu minima pembelian hanya 100 unit)
1000 unit x RM0.19 = RM190

Katakan Fattah jual semua saham tersebut pada 30 Jun 2017.
1000 unit x RM0.70 = RM700

Untung = RM700 – RM190 = RM510

Pulangan = RM510 / RM190 = 268.4%

Itu baru 1000 unit. Bayangkan jika Fattah melabur 10,000 unit? Berapakah keuntungan beliau?

CARTA DARI WWW.BURSAMARKETPLACE.COM. LIHAT LEBIH BANYAK LAGI INFO DI SINI

#2. Halex Holdings Bhd ($HLEX)

Pulangan:
249% untuk 6 bulan
122.89% untuk setahun

TarikhHarga
1 Julai 2016RM0.415
1 Jan 2017RM0.265
30 Jun 2017RM0.925

Melalui anak-anak syarikatnya, syarikat ini memiliki empat segmen perniagaan, termasuk pegangan pelaburan, agrochemical, barangan penjagaan kesihatan (jenama Tender Soft), dan agro-bioteknologi.

CARTA DARI WWW.BURSAMARKETPLACE.COM. LIHAT LEBIH BANYAK LAGI INFO DI SINI

#3. JHM Consolidation Berhad ($JHMC)


Pulangan:
67.7% untuk 6 bulan
174% untuk setahun

TarikhHarga
1 Julai 2016RM0.985
1 Jan 2017RM1.61
30 Jun 2017RM2.70

Operasi perniagaan syarikat dibahagikan kepada dua (2) segmen perniagaan iaitu pegangan pelaburan dan produk-produk elektroniks seperti LED

CARTA DARI WWW.BURSAMARKETPLACE.COM. LIHAT LEBIH BANYAK LAGI INFO DI SINI

Cukuplah 3 saham small cap, selebihnya kita fokus pula kepada prestasi saham-saham big cap. Mungkin ramai kenal dengan syarikat-syarikat ini sebab mereka sering keluar di dada-dada akhbar tempatan. Mungkin juga ada di antara anda yang sedang bekerja di syarikat-syarikat ini.

Big Cap

#4. Malaysian Pacific Industries Berhad ($MPIM)

Pulangan:
81.6% untuk 6 bulan
83% untuk setahun

TarikhHarga
1 Julai 2016RM7.36
1 Jan 2017RM7.42
30 Jun 2017RM13.48
CARTA DARI WWW.BURSAMARKETPLACE.COM. LIHAT LEBIH BANYAK LAGI INFO DI SINI

#5. Press Metal Berhad ($PMET)

Pulangan:
68.6% untuk 6 bulan
100% untuk setahun

TarikhHarga
1 Julai 2016RM1.34
1 Jan 2017RM1.59
30 Jun 2017RM2.68
CARTA DARI WWW.BURSAMARKETPLACE.COM. LIHAT LEBIH BANYAK LAGI INFO DI SINI

#6. DRB-HICOM Berhad ($DRBM)


Pulangan:
60.3% untuk 6 bulan
100% untuk setahun

TarikhHarga
1 Julai 2016RM0.89
1 Jan 2017RM1.11
30 Jun 2017RM1.78

Takkan tak kenal dengan DRB-HICOM? Siapa tak kenal Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Salah satu anak syarikat mereka yang sering mendapat tumpuan adalah PROTON Holdings Berhad.

CARTA DARI WWW.BURSAMARKETPLACE.COM. LIHAT LEBIH BANYAK LAGI INFO DI SINI

#7. Hartalega Holdings Berhad ($HTHB)


Pulangan:
59% untuk 6 bulan
69.6% untuk setahun

TarikhHarga
1 Julai 2016RM4.35
1 Jan 2017RM4.81
30 Jun 2017RM7.38
CARTA DARI WWW.BURSAMARKETPLACE.COM. LIHAT LEBIH BANYAK LAGI INFO DI SINI

#8. My E.G Services Berhad ($MBSS)



Pulangan:
41% untuk 6 bulan
71% untuk setahun

TarikhHarga
1 Julai 2016RM1.28
1 Jan 2017RM1.55
30 Jun 2017RM2.19
CARTA DARI WWW.BURSAMARKETPLACE.COM. LIHAT LEBIH BANYAK LAGI INFO DI SINI

#9. Pos Malaysia Berhad ($PSHL)


Pulangan:
35.8% untuk 6 bulan
97% untuk setahun

TarikhHarga
1 Julai 2016RM2.69
1 Jan 2017RM3.90
30 Jun 2017RM5.30
CARTA DARI WWW.BURSAMARKETPLACE.COM. LIHAT LEBIH BANYAK LAGI INFO DI SINI

#10. Scientex Berhad ($STIK)


Pulangan:
30.3% untuk 6 bulan
38.5% untuk setahun

TarikhHarga
1 Julai 2016RM6.35
1 Jan 2017RM6.75
30 Jun 2017RM8.80
CARTA DARI WWW.BURSAMARKETPLACE.COM. LIHAT LEBIH BANYAK LAGI INFO DI SINI

Nampak tak semuanya jauh lebih tinggi dari 6-7%? Jauh sangat.
Kepada anda yang masih belum buka akaun saham (CDS), apa lagi yang anda tunggu? Kalau tak sanggup keluar modal RM10.60 (kos buka akaun saham), tak usah sembang nak untung ribu-ribu.

Sekarang, persoalannya bagaimana nak cari saham yang akan naik sebanyak ni? Lagi-lagi lepas kita dah banyak kali terlepas kapal.

Untuk menjawab persoalan ini, tiada FORMULA KHAS, anda kena bekerja keras dan kena sabar. Cara yang saya ambil mudah saja, saya kaji balik semua saham-saham yang dah naik banyak dan meletop ni. Lihat ciri-ciri yang ada pada syarikat-syarikat ini. Kemudian, gunakan ilmu itu untuk mencari saham-saham sekarang yang berpotensi meletop sama dalam tempoh 3-5 tahun akan datang.

Peluang Besar Dalam Pelaburan Saham

Syarikat-syarikat di atas telah membuktikan bahawa kita boleh untung besar dengan melabur dalam syarikat patuh syariah di Bursa Malaysia. Jangan risau, ini baru sikit. Sehingga hari ini terdapat 676 saham syarikat patuh syariah yang tersenarai.

Masih nak tengok saja? Alasan tiada modal? Eh, ada kurang RM1,000 pun dah boleh mula.

Orang kata saham ni susah? Amboi amboi…manjanya bangsaku.

Kita perlu lebih bijak dalam meningkatkan sumber pendapatan dan kewangan kita. Takkan nak harap satu sumber sahaja.

Yang ada syarikat, yang buat bisnes online, apa sumber pendapatan kedua anda? Belajarlah bagaimana pelaburan saham dapat membantu mengekalkan kestabilan kewangan.

Ingat, melabur dalam pasaran saham boleh UNTUNG 100% tapi boleh juga RUGI 100%. Baca sini jika nak tahu risiko-risiko dalam pelaburan saham. Nantikan juga artikel seterusnya bagi 10 saham syarikat patuh syariah paling rugi bagi suku kedua 2017.

Untung dan rugi itu adat pelaburan. Dapatkanlah ilmu ini secepat mungkin. Jika tak tahu apa-apa atau “ZERO” dalam pelaburan saham boleh baca di sini atau hadir ke seminar yang dianjurkan oleh pakar-pakar yang berpengalaman dan bertauliah.


Terkini dalam bulan Ogos ini akan berlangsung Seminar Labur Saham anjuran Asri Ahmad Academy dengan kerjasama Bursa Malaysia. Cepat daftar di laman web mereka sebelum fullhouse!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.