Kisah Bagaimana Mazda Bermula

Kereta buatan Mazda sering sahaja terlihat di dalam cerita dan drama bersiri negara barat seperti 2 Fast 2 Furious, Malcolm In The Middle, Doctor Who dan sebagainya.

Namun tahukah anda, siapakah founder kereta Mazda ini dan bagaimanakah ianya tercipta?

Semoga kisah ini memberi inspirasi untuk kita semua yang berada dalam bidang automotif dan peminat kereta tanahair.

Latar Belakang Jujiro Matsuda

Kredit Gambar: Mazda Stories

Jujiro Matsuda, pengasas Mazda Motor Corporation dilahirkan di Hiroshima, Jepun pada 8 Ogos 1875. Beliau adalah anak kepada seorang nelayan.

Pada usia 14 tahun, beliau telah mempelajari ilmu pertukangan besi dan beberapa tahun kemudiannya telah mencipta sebuah pam.

Selepas beberapa ketika bekerja dengan orang lain, beliau telah dipecat dan terus membuat keputusan untuk memulakan syarikatnya sendiri.  Syarikat ini diberi nama Matsuda Works yang merupakan pengeluar alatan persenjataan.

Kisah Perjalanan Syarikat Matsuda Works

Kekayaannya telah meningkat ketika beliau membekalkan senapang kepada Tentera Jepun. Beliau juga telah diberi ‘lampu hijau’ untuk mengeksport alatan persenjataannya ke Rusia.

Pada tahun 1921, Matsuda telah mengambil alih pengurusan kilang gabus dan pada tahun 1927, syarikatnya telah diganti namanya menjadi Toyo Kogyo.

Syarikat ini telah menghasilkan kenderaan beroda tiga dengan gerabak terbuka pada tahun 1931. Kenderaan unik ini disebut sebagai Mazdago dan dijual melalui rangkaian Mitsubishi.

Pada tahun berikutnya, beliau telah mengeluarkan trak pertama yang dieksport ke China dan syarikatnya sekali lagi mengubah nama kepada Mazda Motor Corporation.

Kisah Mazda Motor Corporation Semasa Perang Dunia Kedua

Image by Tân Nguyễn from Pixabay

Semasa Perang Dunia Kedua, syarikat Mazda telah digunakan untuk menghasil dan membekalkan senjata untuk Tentera Jepun. Malangnya, syarikat ini pernah dibom. Namun beliau bernasib baik kerana kilang tersebut tidak mengalami kerosakan yang besar.

Pada tahun 1951, beliau telah melepaskan pengurusan syarikat Mazda kepada menantunya Tsuneji. Namun, beliau tetap menjadi ketua di syarikat tersebut. Pada tahun berikutnya, beliau telah meninggal dunia.

Akhir kata, semangat pengasas Mazda yang tidak pernah mengalah merupakan kekuatan kejayaan jenama kereta Mazda yang dapat dilihat sehingga ke hari ini.

Mereka sangat komited berusaha untuk mendapatkan apa yang mereka perjuangkan. Walaupun telah dipecat, beliau gigih membina empayarnya sendiri dan tidak menoleh ke belakang.

Sumber Rujukan: Mazda

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.