Kebaikan Dan Keburukan i-Sinar Kepada Tiga Golongan Ini

Isu i-Sinar adalah antara isu hangat yang dibincangkan semenjak tahun lepas lagi. i-Sinar adalah pengeluaran akaun 1 bagi membantu golongan yang terjejas dan merancakkan ekonomi akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan semenjak Mac 2020.

Sedar atau tidak sudah hampir setahun kita terpaksa hidup dengan norma baharu iaitu memakai pelitup muka, penjarakan sosial, dan bekerja dari rumah.

Akibat norma baharu juga menyebabkan banyak sektor terjejas seperti pelancongan, sukan, dan peruncitan sekaligus menyebabkan ramai yang hilang pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan.

i-Sinar adalah satu inisiatif untuk membantu rakyat negara kita menghadapi masalah kegawatan ekonomi. Pada asalnya ianya dikhususkan kepada golongan bersasar sahaja iaitu individu yang mengalami penyusutan pendapatan atau kehilangan pekerjaan.

Amaun yang dicadangkan pula hanya berjumlah RM500 selama 6 bulan. Kemudian, ia ditambah baik dengan pengeluaran sehingga RM10,000 bagi baki kurang dari RM100,000 dan sehingga 10% atau maksimum RM60,000 bagi baki lebih daripada RM100,000 dan objektifnya masih lagi untuk kumpulan bersasar.

Walaubagaimanapun, baru-baru ini kerajaan melonggarkan lagi syarat pengeluaran iaitu semua ahli boleh membuat pengeluaran i-Sinar sama ada terjejas atau tidak terjejas.

Persoalannya, adakah i-Sinar akan menyinari hidup kita atau sebaliknya? Dengan syarat terbaru ini, ada tiga golongan yang akan membuat pengeluaran iaitu golongan yang terjejas, golongan yang tidak terjejas tetapi mempunyai komitmen tinggi/perlukan duit tambahan, dan golongan yang tidak terjejas/kewangan mencukupi.

Ada pihak yang bersetuju dan ada juga yang kurang bersetuju.

Jom kita hadamkan kebaikan dan keburukan dalam isu i-Sinar kepada tiga golongan ini:

1. Golongan Tidak Terkesan Tetapi Pendapatan Hanya Cukup Makan

Secara realitinya, sebelum PKP dilaksanakan masih ramai golongan yang hanya hidup cukup untuk keperluan asas sahaja. Mereka mampu membeli makanan tetapi tidak mampu pergi melancong atau ingin membuat simpanan pun tidak boleh kerana tiada lebihan pendapatan.

Sinar Harian pada 19 Julai 2020 telah melaporkan bahawa upah pekerja Malaysia adalah rendah berbanding negara maju (https://www.sinarharian.com.my/article/92826/BERITA/Nasional/Upah-pekerja-Malaysia-rendah-berbanding-negara-maju).

Dalam hal ini, kita kena lihat dalam ruang lingkup yang luas. Sebagai contoh, Ali dan Keluarga tidak terjejas dengan PKP tetapi kehidupan mereka hanya cukup makan sahaja dan membuat simpanan boleh dikatakan agak mustahil.

Dengan lebihan tunai di tangan, mereka pergi melancong dari Kuala Lumpur ke Pantai Morib. Dalam perjalanan, mereka akan mengisi petrol, membeli makanan, dan membuat tempahan bilik hotel.

Perbelanjaan keluarga Ali telah dapat membantu peniaga mendapat keuntungan dan meningkatkan sumber pendapatan mereka. Jika keluarga Ali tiada tunai, mereka hanya akan duduk di rumah dan peniaga pula tiada sumber pendapatan.

Di sini kita dapat lihat bagaimana fungsi isi rumah dan perniagaan yang saling berkait.

2. Golongan Yang Terjejas Pendapatan

Photo by Download a pic Donate a buck! ^ from Pexels

Di antara sektor yang paling terkesan adalah sektor penerbangan seperti juruterbang dan pramugari. Pihak syarikat tiada pilihan selain memberhentikan perkhidmatan mereka kerana pihak syarikat juga mengalami kerugian.

Sekurang-kurangnya dengan pengeluaran i-Sinar dapat memberikan mereka sedikit modal untuk memulakan perniagaan.

Dengan modal tersebut, mereka dapat memulakan kehidupan baru kerana dalam situasi yang mencabar ini, mungkin agak sukar untuk mendapatkan pekerjaan baru dalam tempoh yang singkat. Persiapan anak-anak ke sekolah, pakaian, makanan, dan tempat tinggal perlu disediakan seperti biasa.

Dengan pengeluaran i-Sinar ini sedikit sebanyak membantu golongan ini.

3. Golongan Yang Tidak Terjejas dan Mempunyai Pendapatan Yang Kukuh

Bagi golongan yang tidak terjejas dan mempunyai kewangan yang kukuh tetapi masih lagi membuat pengeluaran i-Sinar, mereka mungkin kerugian daripada segi simpanan dana persaraan.

Seperti yang kita semua maklum, dalam pelaburan kita ada ‘compounding interest’ iaitu pulangan akan berganda-ganda jika tidak membuat pengeluaran dalam tempoh yang panjang.

Boleh lihat contoh berikut:

Jika buat pengeluaran dengan simpanan semasa – RM 100,000

Jika tidak membuat pengeluaran dengan simpanan semasa – RM 160,000

Ini kita ambil contoh 3 tahun, jika ambil 10 tahun dan ke atas lagi ketara perbezaannya.

Sekarang sudah jelas keburukan dan kebaikan pengeluaran tersebut? Semuanya subjektif bergantung pada keperluan masing-masing.

Secara asasnya, apabila rakyat mempunyai lebihan tunai mereka akan berbelanja dan mempercepatkan proses pemulihan ekonomi negara.

Rakyat berbelanja, peniaga mendapat keuntungan, peluang pekerjaan semakin banyak, kerajaan dapat mengutip cukai, hasil cukai akan digunakan untuk pembangunan negara.

Ditulis Oleh Azharul Adha Bin Dzulkarnain
Perunding Hartanah, Takaful, dan Pelabur Runcit di Pasaran Bursa Malaysia
Boleh dihubungi Melalui Emel [email protected]

Jemput baca juga Adakah Ahli KWSP Yang Beragama Islam Diwajibkan Mengeluarkan Zakat Ke Atas Pengeluaran i-Sinar?

Jom belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan buku Bijak Merancang Wang, klik www.bukuBMW.com. Topik ini terkandung dalam modul kewangan dalam Buku Bijak Merancang Wang yang mengandungi modul kewangan secara tersusun:

1. Aliran tunai
2. Pengurusan aset dan hutang
3. Simpanan
4. Perlindungan
5. Pelaburan
6. Penyucian
7. Pewarisan

Sebagai pengguna, kita patut tahu fungsi dan peranan setiap produk kewangan. Ia saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain. Dapatkan di www.bukuBMW.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA