Apple VS Facebook Dalam Maklumat Privasi Pelanggan

Pertelingkahan di antara syarikat teknologi di Amerika Syarikat bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia teknologi. Pertembungan yang berlaku biasanya disebabkan mereka menjalankan perniagaan di dalam bidang yang sama.

Sebagai contoh Apple dan Microsoft yang bersaing di dalam bidang komputer, Google dan Yahoo di dalam bidang carian internet dan sebagainya.

Baca: Nilai Saham Microsoft Mengatasi Apple Buat Pertama Kali Dalam Tempoh 9 Tahun

Apabila dua syarikat yang menjalankan perniagaan yang sama, persaingan di antara mereka berlaku untuk mendominasi pasaran tersebut. Kadang kala, ianya terpaksa diselesaikan di peringkat mahkamah.

Kini, dua gergasi dunia teknologi yang terkenal iaitu Apple dan Facebook menjadi perhatian dunia apabila hubungan di antara kedua syarikat ini menjadi tegang.

Mungkin ramai di antara kita pelik kenapa dua syarikat ini dikatakan bertelagah kerana nampak seperti tiada kaitan perniagaan di antara satu sama lain. Apple terkenal dalam menjual peralatan hardware seperti iPhone dan komputer Mac manakala Facebook terkenal dalam perkhidmatan media sosial.

Jika diperhatikan dengan betul, kedua-dua syarikat ini tidak perlu pun bertelagah di antara satu sama lain.

Perkara Yang Menyebabkan Facebook Bengang Terhadap Apple

Krisis pertembungan di antara kedua syarikat ini bermula pada akhir tahun lepas apabila Apple telah menaik taraf sistem telefon pintar mereka ke IOS 14. Apa yang berlaku kepada sistem ini adalah, Apple telah meningkatkan ciri-ciri keselamatan kepada pengguna mereka.

Apple sememangnya terkenal sebagai sebuah syarikat yang menjaga privasi pelanggan mereka dan tidak sewenang-wenangnya menggunakan data peribadi pelanggan mereka untuk tujuan komersial.

Kredit Gambar: 9 to 5 Mac

Kesan daripada menaik taraf IOS 14, aplikasi yang ada di dalam App Store perlu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Apple di dalam platform mereka. Aplikasi Facebook adalah aplikasi yang sangat terkesan dengan tindakan Apple ini.

Seperti yang kita sedia maklum, Facebook merupakan aplikasi yang mengutip data peribadi pengguna mereka untuk tujuan iklan. Semakin banyak data peribadi yang diambil oleh Facebook terhadap para pengguna, semakin tepat iklan yang bakal diperolehi oleh pengguna.

Kesan Tindakan Apple Terhadap Facebook

Kredit Gambar: Giz China

Tindakan ini bakal memberi masalah besar kepada Facebook pada masa akan datang. Pengguna aktif Facebook pada masa ini dianggarkan berjumlah sebanyak 2.8 bilion orang manakala yang menggunakan peranti iPhone di dunia pada masa ini dianggarkan berjumlah 1 bilion.

Facebook mendakawa jika Apple melakukan perkara tersebut, ianya akan menghalang pengguna yang menggunakan IOS daripada mendapat pengiklanan yang optimum dari Facebook. Walaupun Apple ingin mengetatkan privasi pengguna mereka melalui iPhone, Apple tidak mengharamkan sepenuhnya data yang dikutip oleh Facebook.

Sebaliknya, sistem ini akan memberitahu pengguna sama ada mereka sanggup atau tidak untuk berkongsi maklumat peribadi mereka dengan aplikasi Facebook.

Facebook mendakwa semakin ramai pengguna IOS yang tidak ingin berkongsi maklumat peribadi mereka dengan Facebook dan ia akan memberi impak yang sangat negatif terhadap iklan yang bakal dijalankan oleh Facebook pada masa hadapan.

Tindak Balas Facebook Terhadap Apple

Kredit Gambar: The Verge

Facebook yang sangat terkesan dengan tindakan Apple terhadap aplikasinya di platform IOS telah bertindak balas dengan menyebarkan mesej penting kepada rakyat Amerika Syarikat melalui media cetak.

Facebook menyewa akhbar terkemuka seperti The New York Times, The Washington Post dan Wall Street Journal untuk mengemukan bantahan terhadap tindakan yang dilakukan oleh Apple ini.

Facebook mengatakan tindakan Apple yang tidak membenarkan perkongsian data peribadi akan memusnahkan perniagaan kecil yang selama ini sangat bergantung dengan aplikasi tersebut untuk membuat pengiklanan.

Jika perkara ini dilaksanakan, pengiklanan yang dilakukan melalui Facebook menjadi tidak tepat dan kos iklan akan meningkat.

Disebabkan perkara tersebut, peniaga kecil bakal menghadapi masalah yang lebih besar dan semua ini adalah berpunca daripada tindakan Apple yang tidak mahu bekerjasama dengan Facebook di dalam isu yang hangat diperkatakan ini.

Sumber Rujukan: VOX

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.