
Photo by Luke Barky from Pexels
Sub Topik
Kaum lelaki merupakan ketua keluarga serta pemimpin bagi kaum wanita. Seorang ketua atau pun pemimpin haruslah bijak dalam memimpin anggota-anggotanya.
Seorang pemimpin yang baik perlulah berilmu agar dapat membimbing orang yang dipimpinnya ke jalan yang benar. Salah satu faktor utama perceraian adalah kerana rumahtangga tersebut dilanda masalah kewangan.
Bagi golongan wanita, jom kita kenali ciri-ciri lelaki yang bijak mengurus kewangan. Mungkin ada di antara ciri-ciri ini telah pun ada pada suami atau kekasih anda.
1. Mempunyai Ilmu Dalam Pengurusan Kewangan
Lelaki yang bijak mengurus kewangan biasanya mereka ini mempunyai ilmu pengetahuan dalam bab-bab pengurusan kewangan. Sekiranya mereka mempunyai wang walaupun tak banyak, mereka tahu cara untuk mengurusnya.
Bagi mereka yang sudah berkeluarga, tentunya mereka tidak akan boros, kerana sikap boros ini akan menghancurkan kewangan keluarga. Justeru, mereka akan pandai menyimpan dan berjimat-cermat.
2. Mempunyai Simpanan Masa Depan

Biasanya lelaki yang bijak urus kewangan ini juga mempunyai simpanan masa depan. Bagi lelaki yang bujang, mereka ada buat simpanan untuk kahwin dan simpanan peribadi.
Sekiranya mengalami masalah, mereka tidak mengharapkan bantuan kewangan daripada orang lain kerana sudah pun bersedia.
3. Mempunyai Perlindungan Takaful
Lelaki yang mempunyai perlindungan takaful juga boleh dikategorikan sebagai lelaki yang bijak mengurus kewangan. Ini kerana dengan perlindungan takaful, sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau musibah; mereka sudah pun mempunyai perlindungan takaful tersebut.
Sekiranya anda belum mempunyai perlindungan takaful, hubungu ejen takaful dan ambil secepat mungkin.
4. Mempunyai Kemahiran Asas
Lelaki yang bijak urus kewangan juga biasanya tahu kemahiran asas seperti membaiki paip bocor, pandai mengemas dan sebagainya.
Dengan semua perkara asas dilakukan dengan sendiri, secara automatiknya mereka tidak mengeluarkan wang yang banyak untuk mengupah orang.
Bila dibuat sendiri, ianya bukan setakat jimat wang malah diri sendiri pun berpuas hati kerana hasil daripada titik peluh sendiri.
5. Hidup Dengan Kemampuan

Biasanya kita dengar kaum perempuan sahaja kalau bab-bab nak menunjuk betul tak? Kaum lelaki pun ada juga yang jenis suka menunjuk-nunjuk.
Namun, lelaki yang bijak urus kewangan ini, dia hidup dengan kemampuannya sahaja. Lelaki yang hidup dengan kemampuan kewangan biasanya bebas daripada hutang jahat dan tiada masalah kewangan.
6. Tidak Membazir
Biasanya lelaki yang bijak urus kewangan ini tidak suka membazir. Mereka akan menggunakan sesuatu barang atau peralatan itu sehingga rosak, barulah mereka akan menukarnya kepada yang baru.
7. Tidak Merokok
LLelaki yang tak merokok, tak membazirkan duit untuk membeli rokok, sebaliknya menggunakan duit tersebut untuk keperluan lain.
Cuba anda bayangkan jika sekotak rokok harganya RM15 dan para perokok biasanya akan menghabiskan sekotak sehari, ini bermakna RM15 telah dibazirkan ke perkara yang sia-sia.
Kalau sebulan dah berapa ringgit tu?
8. Tidak Tukar Aksesori Kereta

Lelaki dengan kereta biasanya tidak boleh dipisahkan, ada yang menganggapnya sebagai ‘isteri’ kedua. Namun, lelaki yang bijak urus kewangan, mereka tidak akan sewenang-wenangnya menukar aksesori kereta seperti menukar baju.
Sebaliknya akan tukar atau upgrade kereta tersebut apabila rosak atau lusuh sahaja.
9. Tidak Peduli Jika Kawan ‘Lebih’ Daripada Diri Sendiri
Lelaki bila lihat rakan atau kawan mereka lebih daripada diri mereka, pastinya ego mereka tercabar. Betul tak?
Tambah-tambah bila kawan asyik tayang telefon baru, motor baru, kereta baru dan bermacam-macam lagi.
Namun, bagi lelaki bijak urus kewangan, mereka bertenang dan steady sahaja melihat kawan yang lain. Mereka tidak peduli sama sekali asalkan mereka banyak wang dan poket penuh.
10. Ada Aset Sendiri Di Usia Muda
Lelaki yang mempunyai aset sendiri pada usia muda, bermakna mereka telah pun ada kesedaran betapa pentingnya aset. Dengan adanya aset pada usia muda ini, masa depan kewangannya pasti lebih cerah.
Jangan salah faham, aset tidak semestinya dalam bentuk hartanah. Saham dan emas juga adalah contoh aset yang boleh dimiliki.
11. Pandai Memasak

Ada lelaki yang pandai memasak sendiri, justeru mereka dapat berjimat. Tak perlu keluar duit yang banyak untuk makan di luar atau pesan makanan setiap masa.
Biasanya para lelaki yang pandai memasak adalah mereka yang suka berjimat-cermat. Adakalanya mereka juga pandai buat duit tepi dengan menjual makanan yang dimasak tadi.
12. Bijak Dalam Merancang Kewangan
Lelaki yang bijak dalam merancang kewangan adalah lelaki yang bijak dalam mengurus kewangan. Biasanya, lelaki jenis ini selalu ada bajet bulanan yang mereka akan ikut.
Tahu berapa banyak untuk simpan, untuk takaful, untuk melabur dan sudah pastinya mereka tahu bagaimana untuk berbelanja.
Cuba periksa pasangan anda, ada ke tak ciri-ciri di atas ini?
Sumber Rujukan: Harimau Mint Gold
Asingkan sedikit pendapatan anda dan tukarkan kepada bentuk emas. Kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan emas. Tak perlu 1 gram pun, minimum 0.25 gram.
Boleh mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold.

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM65 (berdasarkan harga emas RM260 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.
Prosesnya sangat mudah:
- Layari laman web KAB Gold
- Lengkapkan borang pendaftaran
- Verify emel
Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.










