Jim Simons, Pakar Matematik Yang Menggegar Wall Street

Mungkin kita pernah degar ungkapan yang dikeluarkan oleh pelabur lagenda dunia Warren Buffett, mengenai konsep pelaburan yang diamalkan olehnya. Beliau berkata kita tidak perlu memiliki IQ yang sangat tinggi untuk membuat keuntungan dengan pelaburan saham.

Dalam dunia pelaburan saham, ia bukanlah satu permainan di mana mereka yang mempunyai IQ 160 akan menewaskan mereka yang mempunyai IQ 130, tetapi ia bergantung kepada sejauh mana tahap rasional yang dimiliki untuk menunggu tempoh waktu yang sesuai bagi meraih keuntungan dalam pelaburan.

Kata-kata yang diungkapkan oleh Warren Buffett itu ada benarnya kerana kita tidak memerlukan IQ yang begitu tinggi untuk berjaya dalam pelaburan saham. Sebaliknya kita memerlukan emosi yang stabil bagi menjana keuntungan.

Tapi tahukah anda, jika kita mempunyai IQ yang tinggi dan emosi yang sangat stabil, kita akan berjaya dengan lebih cepat berbanding dengan pelabur biasa?

Dua benda itulah yang dimiliki oleh Jim Simons, seorang pakar matematik terkenal Amerika Syarikat dan juga pengurus salah sebuah hedge fund yang terkenal di dunia.

Jim Simons merupakan pengerusi kepada syarikat hedge fund Renaissance Technologies yang berpangkalan di New York.

Permulaan Jim Simons

Beliau mendapat ijazah dalam bidang Matematik daripada salah sebuah universiti yang berprestij di dunia iaitu Massachusetts Institute of Technology (MIT) pada usia 20 tahun. Beliau seterusnya berjaya mendapat PHD daripada University of California, Berkeley ketika baru berusia 23 tahun.

Jim Simons kemudian menjadi tenaga pengajar dan mengajar di Universiti Harvard dan juga di MIT.

Beliau kemudiannya dipanggil untuk menyertai sebuah agensi kerajaan Amerika Syarikat iaitu National Security Agency (NSA), yang memerlukan ahli matematik berwibawa untuk melakukan tugasan penting.

Tugasnya di sana adalah untuk memecah kod rahsia bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan oleh agensi tersebut ketika era Perang Dingin. Jim Simons berkerja di NSA selama empat tahun sebelum diberhentikan.

Faktor utama bukanlah disebabkan masalah displin atau pecah amanah, tetapi akibat mengkritik ketuanya yang menyokong peperangan yang melibatkan Amerika Syarikat dengan Vietnam.

Beliau tidak setuju dengan kenyataan ketua agensinya yang merupakan penyokong tegar Jeneral Maxwell D. Taylor yang menyokong penuh penaklukan Amerika Syarikat ke atas Vietnam.

Jim Simons mempunyai pandangan berbeza dan tidak suka dengan penglibatan negaranya dalam peperangan tersebut lalu telah mengkriktik Jeneral Maxwell D. Taylor melalui akhbar. Selepas peristiwa tersebut, beliau telah diberhentikan kerja.

Membawa Haluan Sendiri

Kredit Gambar: Wikipedia

Jim Simons kemudiannya kembali ke dalam dunia akedemik. Ketika berusia 37 tahun, beliau berjaya memenangi anugerah berprestij dalam bidang matematik di Amerika Syarikat iaitu anugerah Oswald Veblen Prize in Geometry.

Kerjayanya sebagai pelabur saham bermula ketika berusia awal 40-an di mana ketika itu, beliau tidak mempunyai wang yang banyak untuk menampung kehidupannya.

Pada permulaaan kerjayanya sebagai seorang pelabur di Wall Street, beliau sering bernasib baik kerana dapat memperolehi keuntungan yang banyak.

Lama-kelamaan, Jim Simons mula menyedari bahawa turun naik harga saham di dalam pasaran boleh ditentukan jika beliau berjaya membina  satu model matematik yang boleh menjangka pergerakan harga saham.

Beliau seterusnya menubuhkan syarikat hedge fundnya sendiri pada tahun 1982 yang diberi nama Renaissance. Ianya diambil daripada perkataan Perancis yang bermaksud ‘kelahiran semula’.

Ambil Pakar Matematik Dan Fizik Untuk Membantu

Kredit Gambar: WSJ

Jim Simons terkenal dengan mengambil penganalisis dari kalangan ahli matematik dan ahli fizik berbanding dengan syarikat hedge fund lain yang mengambil penganalisis yang pernah ada pengalaman Wall Street.

Di antara keunikan Renaissance Technologies berbanding dengan hedge fund yang lain adalah pada era 1980-an, mereka mengunakan data saham yang lepas dan juga kadar faedah yang dikenakan oleh kerajaan; bagi membina satu model alogoritma yang membolehkan syarikat tersebut menjana keuntungan dalam pelaburan saham.

Kaedah ini nampak normal pada hari ini kerana kita telah dibantu dengan sistem komputer yang canggih, yang boleh diakses oleh mana-mana pelabur untuk buat analisa saham-saham yang berpotensi.

Antara produk yang terkenal yang disediiakan oleh hedge fundnya adalah Medallion fund.

Secara purata, Renaissance Technologies berjaya memberikan pulangan yang tinggi kepada para pelanggan mereka. Purata pulangan yang diperolehi adalah sebanyak 66% setahun.

Caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pelanggan mereka adalah merupakan yang tertinggi di Amerika Syarikat iaitu sebanyak 27%.

Jim Simons telah meletakkan jawatan sebagai CEO Renaissance Technologies pada tahun 2010.

Beliau mempunyai badan kebajikannya tersendiri iaitu Simons Foundation’s yang ditubuhkan pada tahun 1994 dan telah menyumbang sebanyak USD2.7 bilion bagi membantu memajukan ilmu sains dan matematik di institusi-institusi pendidikan awam di Amerika Syarikat.

Kini, beliau merupakan salah seorang terkaya dunia dengan nilai kekayaan sebanyak USD21.5 bilion.

Begitulah hebatnya nilai ilmu apabila digabungkan dengan pelaburan saham.

Sumber Rujukan:

First Step Melabur Di Wall Street

Dah lama pendam niat nak melabur saham di Wall Street?
Nak ada pegangan saham syarikat yang terkemuka di dunia seperti FacebookGoogleTesla dan banyak lagi?
Nak merasa buat duit ekstra dalam USD?

Kami tahu kebanyakan buku-buku yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…

Jangan risau…

Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang mudah difahami.

Tak kira anda pelabur baru atau lama, e-book ini memang sesuai untuk anda.

Dalam e-book ini, anda akan belajar:
• 3 indeks yang ada di Wall Street
• Cara pilih saham-saham yang berkualiti
• Cara pilih saham mengikut kriteria
• Teknik yang berkesan untuk beli saham Wall Street
• Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
 Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham Wall Street
• Dua screener percuma

Dapatkannya sekarang di -> eBook Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.