7 Soalan Lazim Tentang Saham

Sebelum nak mula terlibat dalam pelaburan saham, pastinya banyak soalan hendak ditanya. Dan biasanya lebih banyak yang negatif berbanding yang positif.

Berikut merupakan beberapa kompilasi soalan yang popular dan sering kami dapat.

1. Apa Itu Akaun CDS?

Langkah pertama untuk beli dan jual saham adalah dengan membuka akaun CDS. Ilmu banyak di dada pun kalau tak ada akaun CDS pun tak guna juga.

Secara ringkasnya, akaun CDS adalah akaun yang dibuka dengan Bursa Malaysia dan merupakan tempat ‘menyimpan’ saham-saham yang dibeli.

Dulu, apabila beli saham, pelabur akan diberi sijil yang mengandungi maklumat berkaitan saham-saham yang dibeli. Sekarang, sijil seperti itu tidak wujud lagi, sebaliknya semua maklumat disimpan secara elektronik menerusi akaun CDS.

Akaun CDS boleh dibuka oleh individu berumur 18 tahun ke atas dan juga oleh syarikat, persatuan, pemegang amanah dan badan berkanun.

Kos untuk buka akaun CDS pula adalah RM10, tetapi ada broker yang menawarkannya secara percuma. Dan kita hanya boleh ada satu akaun CDS dengan setiap broker, tetapi boleh buka akaun CDS dengan banyak broker.

Baca: Tutorial Buka Akaun CDS Secara Online Guna Aplikasi Bursa Anywhere

2. Buka Akaun CDS Kena Ada Slip Gaji?

Memandangkan kebanyakan broker menawarkan perkhidmatan buka akaun CDS secara online tanpa perlu bersemuka dengan remisier atau walk-in ke mana-mana cawangan, maka kita perlu kemukakan dokumen peribadi seperti kad pengenalan dan penyata akaun bank.

Pihak broker perlu menjalankan proses ‘Know Your Customer’ dan kad pengenalan adalah bagi memastikan kita adalah siapa diri kita sebenarnya.

Penyata akaun bank pula penting sebagai akaun yang akan dipindahkan duit sekiranya kita ingin keluarkan duit daripada akaun CDS tadi dan juga untuk terima dividen daripada mana-mana syarikat yang kita jadi pemegang saham mereka.

Tapi perlu ke slip gaji?

Ada broker yang perlu, ada broker yang tak perlu. Tetapi slip gaji biasanya diperlukan untuk memastikan sumber pendapatan kita yang akan digunakan untuk melabur.

Secara logiknya kalau kita tak ada bukti sumber pendapatan, takkan kita boleh ada duit untuk melabur.

Baca: Tutorial Buka Akaun CDS Secara Online Guna Aplikasi Bursa Anywhere

3. Berapa Modal Minima?

Ini antara soalan paling popular. Sebenarnya tidak wujud modal minima. Di Bursa Malaysia, minimum pembelian adalah 1 lot bersamaan dengan 100 unit. Ini bermakna jika harga saham itu RM1 seunit, maka kita hanya perlukan modal RM100 (tak termasuk kos-kos lain).

Di pasaran saham Wall Street pula, minimum pembelian lebih rendah iaitu hanya 1 unit.

Baca: 5 Tips Melabur Saham Dengan Modal Kecil

4. Saham Sama Dengan Berjudi?

Inilah salah satu sebab mengapa orang ramai menjauhkan diri bila sebut pasal pasaran saham. Turun naik harga saham di pasaran bergantung kepada banyak faktor seperti ekonomi, politik, prestasi perniagaan, tingkah laku orang yang terlibat dalam pasaran, perkembangan teknologi, dan sebagainya.

Harga saham tidak turun atau naik ikut nasib. Selalunya ada alasan di sebalik setiap pergerakan atau hala tuju pasaran. Ini tidak seperti judi di kasino, di mana ianya bergantung sepenuhnya kepada nasib seseorang pemain.

Sama ada pasaran saham adalah perjudian atau tidak, bergantung kepada cara anda menggunakannya. Sudah tentu jika kita hanya memilih saham secara rawak dan semata-mata bergantung kepada nasib untuk berjaya, maka samalah kita seperti orang yang berjudi.

Walaubagaimanapun, jika kita mendekati pasaran saham secara profesional, belajar ilmu Fundamental Analysis dan Technical Analysis, buat penyelidikan yang rapi sebelum membeli atau menjual sesuatu saham, maka kita tidak bergantung kepada nasib dalam pelaburan.

Baca: Pelaburan Saham & Hukum Beberapa Bentuk Urusniaganya

5. Saham Sama Dengan Forex?

Tak sama. Walaupun teknik yang digunakan adalah sama (tengok chart).

Saham adalah pemilikan dalam sesebuah syarikat. Jadi apabila kita membeli saham, maksudnya kita membeli pemilikan (ekuiti) dalam sesebuah syarikat. Kita beli dan jual pemilikan.

Forex trading pula adalah beli dan jual matawang (boleh baca lagi tentang barang ribawi). Yang popular di kalangan orang kita (muda mudi) adalah Forex Trading Online. Sejak 2012 lagi instrumen ini telah difatwakan tidak patuh syariah (bukan kami yang kata, sila rujuk sini).

Ini kerana urusniaga Forex trading tersebut tidak mematuhi beberapa syarat yang menyebabkannya tidak patuh syariah.

Baca: Forex Trading Online, Perniagaan Atau Perjudian?

6. Nak Beli Saham Apa?

Bukan newbie saja yang tanya soalan ini, malah pelabur dengan bertahun-tahun pengalaman dalam pasaran saham pun akan tanya soalan yang sama.

Memang kita takkan boleh lari daripada dua ilmu yang power, iaitu Fundamental dan Teknikal.

Ilmu Analisa Fundamental akan menjawab soalan saham apa nak beli, manakala ilmu Analisa Teknikal akan menjawab bila masa terbaik untuk beli saham.

Baca: Ini Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut

7. Boleh Kaya Ke Dengan Saham?

Pasaran saham bukan tempat untuk jadi kaya dengan cepat. Jika sibuk dan tidak ada banyak masa, kaedah yang perlu digunakan adalah ‘simpan dan peram’ (seminggu, sebulan, setahun atau 5 – 10 tahun). Jika ada banyak masa, boleh jual dan beli setiap hari.

Kebanyakan pelabur yang berjaya seperti Warren Buffett, Peter Lynch, John ‘Jack’ Bogle dan ramai lagi yang kaya-raya; semuanya merupakan pelabur jangka masa panjang.

Nak kaya dalam saham boleh, tapi memerlukan ilmu yang betul dan masa.

Baca: Untung RM1 Juta Dalam Masa Setahun Lebih Dalam Saham


Ada banyak bahan bacaan percuma yang ajar teknik-teknik asas untuk melabur di pasaran saham. Nak cari semua memang memakan masa.

Pernah dengar tentang buku Malaysia Melabur Saham? Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat dalam pelaburan saham tetapi “ZERO” buku ini teramat sesuai.

This image has an empty alt attribute; its file name is 210115-MMS-Thumbnail-700x468.jpg

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

  • Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang.
  • Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
  • Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa -> Buku Malaysia Melabur Saham

Previous ArticleNext Article

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.