Nak Buat Duit Dalam Aset Digital (Kripto)? Ini Resolusi Shariah Berkenaan Aset Digital Oleh Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti

Ramai hari ini yang telah mula pelaburan aset digital (kripto) khususnya dengan pengumuman Suruhanjaya Sekuriti yang memberi pengesahan kepada tiga platform digital iaitu Luno, Tokenize, dan Sinegy.

Minat terhadap aset digital ini dikuatkan lagi dengan Resolusi Shariah oleh Majlis Penasihat Shariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti pada 29 Jun 2020 dan 20 Julai 2020 yang lepas.

Walaubagaimapun, masih ramai yang tertanya-tanya dan keliru dengan hukum pelaburan aset digital.

Dalam resolusi tersebut, MPS telah membincangkan tiga isu:

  1. Adakah aset digital boleh dianggap sebagai aset menurut perspektif Shariah?
  2. Adakah aset digital dikira sebagai matawang atau barang dagangan?
  3. Bagaimana menentukan status Shariah token digital?

Sebelum ini, terdapat perbezaan di antara aset digital, matawang digital, dan token digital.

Berdasarkan resolusi tersebut, aset digital merujuk kepada kedua-dua matawang digital dan token digital.

Matawang digital pula dibahagikan kepada dua jenis, satu yang disandarkan kepada teknologi semata-mata seperti Bitcoin, Litecoin, Ripple dan sebagainya dan jenis kedua adalah yang disandarkan kepada aset ribawi seperti emas dan perak.

Antara matawang digital yang disandarkan kepada aset ribawi adalah GoldX yang dikeluarkan oleh HelloGold.

MPS membuat resolusi bahawa matawang digital yang disandarkan kepada teknologi tidak dikira sebagai matawang dalam perspektif Shariah, maka ianya tidak boleh disamakan dengan pelaburan FOREX yang tertakluk kepada ketetapan Shariah dalam bab perdagangan matawang.

Bagi matawang digital yang disandarkan kepada aset ribawi pula, maka ketetapan Shariah terhadap perdagangan matawang adalah tertakluk. Ketetapan paling utama adalah ia perlu dilakukan secara lani (spot) dan semisal.

Bagi token digital pula, MPS merumuskan bahawa ianya adalah barang dagangan dan bukannya matawang.

Bagi menentukan status Shariah token digital, ia perlu dipastikan bahawa hasil atau perolehan daripada jualan token digital itu haruslah digunakan untuk projek atau aktiviti yang patuh Shariah dan segala manfaat kepada pemegang token digital itu haruslah patuh Shariah.

Itulah rumusan ringkas daripada resolusi Shariah tentang aset digital oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti, ia boleh dibaca di pautan: Aset Digital Menurut Perspektif Syariah (KEPUTUSAN MAJLIS PENASIHAT SYARIAH
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 31 Disember 2020)

Ditulis oleh Arham Merican, Pengurus Shariah di sebuah institusi kewangan negara dan pemegang sijil Islamic Financial Planner (IFP). Merupakan lepasan Sarjana dalam bidang Pengajian Pembangunan, Fakulti Ekonomi Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi di [email protected].

Boleh rujuk di sini bagaimana untuk Mulakan Pelaburan Aset Digital Yang Sah Dan Patuh Syariah Hari Ini Dengan Luno.

Bagi mereka yang telah siap akaun Luno dan belum claim bonus RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma, masukkan kod F9S7R8. Klik di bahagian Rewards dan masukkan kod F9S7R8.

Bila kita deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250 (tak termasuk fees Luno), nanti dapat RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.

Previous ArticleNext Article

FCPO: Penurunan Harga Kian Menguat

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak pada hari Jumaat apabila menyusut MYR76 untuk ditutup pada harga MYR4,475. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,560. Ia mencecah paras tertinggi intrahari pada MYR4,577 sebelum kegiatan jualan yang besar mengheretnya ke arah paras terendah sesi tersebut pada MYR4,455. Ia kemudiannya menutup dagangan berhampiran paras terendah sesi hari itu dengan corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan FCPO menurun ke arah paras sokongan terdekat bernilai MYR4,390. RSI berada dalam zon menurun, lalu memberikan isyarat bahawa momentum menurun adalah kukuh dan mungkin akan berlarutan. Komoditi ini sekarang diramalkan untuk menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana sentimen menurun jelas menguasai pasaran.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih dikekalkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,600.