Maggi: Kisah Pemilik Syarikat Tukul Yang Kemudiannya Menjual Mi Segera

Anda semua pasti pernah merasai keenakan mi segera ini bukan? Makanan ini sangat digemari oleh golongan pelajar serta mereka yang ingin menjimatkan duit.

Walaupun ianya kurang berkhasiat, tetapi rasanya yang enak serta murah menyebabkan ramai yang memilih makanan ini.

Yang lagi bestnya, bila kita sebut saja mi segera, pasti jenama Maggi berada di dalam kepala kita.

Tetapi kenalkah anda dengan imsan yang bertanggungjawab membangunkan jenama Maggi ini?

Berasal Dari Eropah

Kredit Gambar: yle

Kalau anda nak tahu, pengasas jenama Maggi ialah Julius Michael Johannes Maggi. Jadi anda tentu dapat mengagak bagaimana jenama ini mendapat namanya bukan?

Keluarga Julius Maggi sebenarnya berasal dari Itali, tetapi mereka kemudian berhijrah ke Switzerland. Beliau dilahirkan di Frauenfeld, Switzerland pada 9 Oktober 1846.

Berasal di dalam keluarga industrialis telah menyebabkan beliau tidak perlu bersusah payah memikirkan tentang hala tuju nasibnya.

Setelah kematian bapanya, Julius Maggi telah mengambil alih syarikat kilang tukul milik bapanya. Tetapi, nasibnya tidak begitu baik.

Ini kerana pada waktu itu, industri perkilangan mengalami kemerosotan. Ini memaksa beliau untuk memikirkan alternatif lain dalam perniagaannya.

Beliau memutuskan untuk bertukar kepada cabang perniagaan yang lain. Pertemuannya dengan seorang doktor bernama Fridolin Schuler telah mengubah hidup beliau.

Schuler mencadangkan kepada Julius untuk melibatkan diri dalam industri makanan. Konsepnya adalah dengan membantu golongan pekerja untuk mendapatkan makanan berkhasiat tanpa perlu menyediakan terlalu banyak alatan mahupun bahan untuk memasak.

Selama 2 tahun, mereka bekerja sama bereksperimen dengan pelbagai produk. Produk pertama keluaran mereka yang diperkenalkan di pasaran Swiss adalah produk berasaskan kekacang.

Tetapi, produk ini mengalami kegagalan yang teruk. Setelah itu, beliau membangunkan pula konsep ready-to-use soup.

Kredit Gambar: Nestle

Dan pada tahun 1886, beliau memperkenalkan sup segeranya yang pertama. Kejayaan sup segera ini telah memberikan peluang kepada Julius Maggi untuk memperkenalkan perasa Maggi pada tahun berikutnya dan pelbagai lagi produk turut diperkenalkan.

Kejayaan demi kejayaan telah berjaya diraih sehinggakan beliau mampu membuka beberapa lagi francais di serata dunia. Beliau telah berjaya menjadikan jenama ini jenama antarabangsa yang terkenal.

Julius Maggi akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1912 akibat penyakit strok. Syarikat ini kemudian menjadi hak milik Nestle pada tahun 1947 dan masih kekal sehingga ke hari ini.

Inovasi yang dilakukan oleh Julius Maggi akhirnya menjadikan mi segera ini dikenali satu dunia.

Sumber Rujukan: Research Pedia

Sesiapa yang rasa nak mulakan perubahan tetapi masih rasa kurang keyakinan diri. Rasa lemah semangat untuk bertindak. Rasa macam semua benda dia buat, tak menjadi. Penat buat kerja. Pernah rasa nak GIVE UP! Hampir BURN OUT!

Dapatkan buku “Percaya Sebelum Berjaya” Edisi Terkini. Apa bestnya buku ni?

InsyaAllah, Buku PSB ni telah terbukti membantu beribu pembacanya untuk:

🔥 Lebih bermotivasi untuk mengejar impian dan cita-cita

🔥 Lebih keyakinan untuk berhadapan dan mengatasi masalah yang menghalang impian tercapai

🔥 Lebih jelas bagaimana untuk mengatasi mental block yang menyebabkan usaha anda terbantut

🔥 Lebih konsisten dengan usaha dan tindakan agar pantas mencapai kejayaan.

🔥 Mencapai ketenangan yang luar biasa kerana mampu berdamai dengan kekecewaan demi kekecewaan

Dapatkannya sekarang di -> www.PercayaBerjaya.com

Previous ArticleNext Article

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.