Luno Memperkenalkan Bitcoin Cash Kepada Pengguna Malaysia

Luno mengumumkan ia adalah bursa aset digital pertama yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang menawarkan Bitcoin Cash (BCH) di platformnya. Selepas pengumuman Bitcoin Cash sebagai aset digital kelima di Malaysia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia baru-baru ini, rakyat Malaysia kini boleh membeli, menjual, dan belajar mengenai Bitcoin Cash di Luno mulai hari ini. Bitcoin Cash kini menjadi sebahagian daripada senarai tawaran aset digital Luno yang semakin berkembang di Malaysia merangkumi Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Ripple (XRP), dan Litecoin (LTC).

Bitcoin Cash dilancarkan pada Ogos 2017 kerana terdapat kemas kini yang diaktifkan oleh komuniti Bitcoin untuk protokol atau kod teknologi blockchain Bitcoin yang asal. Motif utamanya adalah untuk meningkatkan ukuran blok dalam teknologi blockchain Bitcoin dari 1MB ke 32MB bagi memudahkan proses transaksi kewangan. Hasilnya, Bitcoin Cash dianggap oleh beberapa pihak sebagai alternatif sistem yang lebih cepat dan lebih murah berbanding Bitcoin. Sama seperti Bitcoin, Bitcoin Cash mempunyai bekalan maksimum 21 juta dengan lebih daripada 18 juta kini dalam edaran semasa. Bitcoin Cash adalah salah satu mata wang kripto yang kerap diperdagangkan di dunia dengan permodalan pasaran sebanyak USD18,767,589,942 (RM77,313,086,766).

Bercakap mengenai pengenalan Bitcoin Cash di Luno, Aaron Tang, Pengurus Negara Luno Malaysia berkata, “Oleh kerana semakin ramai rakyat Malaysia terlibat dalam mata wang kripto, Bitcoin Cash menawarkan pilihan baru bagi mereka yang ingin mempelbagaikan portfolio pelaburan. Selain itu, Bitcoin Cash berada di antara 15 mata wang kripto teratas paling kerap diperdagangkan di seluruh dunia. Kami hanya menyenaraikan aset digital yang selamat, bereputasi, dan mempunyai faedah utiliti yang diperlukan pelanggan-pelanggan kami. Sebab itulah kami memperkenalkan Bitcoin Cash setelah meminta persetujuan daripada pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kami berharap pengenalan Bitcoin Cash di platform kami dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mendalami mata wang kripto dengan lebih jauh dan mengetahui tentang kelebihan yang ditawarkan, sama ada untuk perdagangan atau pelaburan.”

Tentang Luno

Luno merupakan syarikat mata wang kripto global terkemuka yang mempunyai misi untuk menaik taraf dunia ke sistem kewangan yang lebih baik. Diasaskan bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Marcus Swanepoel dan Ketua Pegawai Teknologi Timothy Stranex, Luno dilancarkan pada 2013 dan telah membina pasukan hampir 400 orang, beribu pejabat di London dengan pusat serantau di Singapura dan Cape Town. Mempunyai lebih daripada 7 juta pengguna yang merangkumi lebih dari 40 negara, produk dan perkhidmatan Luno menjadikannya selamat dan senang untuk dibeli, dijual, disimpan dan mempelajari mengenai mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum.

Luno telah disokong oleh beberapa pelabur terkemuka dunia termasuk Balderton Capital, RMI, Naspers dan Venturra, sebelum baru-baru ini diambil alih oleh Digital Currency Group (DCG)

Laman Web: www.luno.com

Media Sosial: Facebook

Aplikasi Mudah Alih: Android dan iOS

Boleh rujuk di sini bagaimana untuk Mulakan Pelaburan Aset Digital Yang Sah Dan Patuh Syariah Hari Ini Dengan Luno.

Bagi mereka yang telah siap akaun Luno dan belum claim bonus RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma, masukkan kod F9S7R8. Klik di bahagian Rewards dan masukkan kod F9S7R8.

Bila kita deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250 (tak termasuk fees Luno), nanti dapat RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.

Baca juga: Aset Digital Menurut Perspektif Syariah (KEPUTUSAN MAJLIS PENASIHAT SYARIAH SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 31 Disember 2020)

Previous ArticleNext Article

PTPTN salur RM285,500 Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI

TANJONG MALIM, 29 September 2026 — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan Bantuan Lestari Siswa MADANI berjumlah RM285,500 kepada 571 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi meringankan beban kewangan mereka.

Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata setiap pelajar menerima bantuan RM500 secara sekali bayar (one-off) dan tidak perlu dibayar balik, dengan bayaran dikreditkan ke akaun pelajar mulai 2 Oktober ini.

Beliau berkata inisiatif itu merupakan antara usaha PTPTN membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan supaya dapat meneruskan pengajian tanpa terlalu dibebani masalah kewangan.

“PTPTN berbesar hati untuk menyampaikan Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI yang melibatkan jumlah keseluruhan RM285,500.

“Setiap pelajar akan menerima RM500, tak perlu bayar balik. Ini yang kita berikan secara percuma dan secara one-off,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI, semalam.

Ahmad Dasuki berkata PTPTN memperuntukkan RM120 juta bagi inisiatif berkenaan, dengan kira-kira 5,000 pelajar telah diluluskan setakat ini, namun hanya 1,500 pelajar menerima manfaat tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan pelajar yang memenuhi syarat, khususnya mereka yang merupakan anak penerima eKasih dan belum memohon pinjaman PTPTN, supaya mendapatkan maklumat lanjut dan memanfaatkan peluang berkenaan.

Beliau berkata PTPTN bukan sahaja berperanan menyediakan pinjaman pendidikan, malah turut memberi penekanan terhadap budaya menabung menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Beliau berharap Bantuan Lestari Siswa MADANI dapat menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik selain meningkatkan taraf hidup keluarga dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

“PTPTN tetap komited untuk memastikan agenda pendidikan negara terus dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif yang sedang kita usahakan sekarang, selari dengan moto PTPTN, ‘Peluang Kejayaan Anda’,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata bantuan berkenaan amat bermakna kepada universiti memandangkan hampir 11,000 daripada kira-kira 30,578 pelajar UPSI merupakan golongan B40.

Beliau berkata perkara itu menggambarkan besarnya amanah dan tanggungjawab UPSI dalam memastikan kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka sentiasa terpelihara.

“Agenda kebajikan mahasiswa bukan agenda sampingan. Ia merupakan satu agenda penting yang kita bawa untuk memastikan perjalanan pendidikan adik-adik menimba ilmu di Bumi Mualim ini sepanjang tiga, empat tahun terjaga,” katanya.

Hadir sama Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Perak, Andi Nurali Mohamed; Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed.

Gambar 1: Ahmad Dasuki (tiga dari kanan, atas) bergambar bersama para pelajar UPSI yang merupakan penerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 2: Ahmad Dasuki bergambar bersama para pelajar UPSI yang menerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 3: Ahmad Dasuki (empat dari kanan) ketika menyerahkan cek cura Bantuan Lestari Siswa Madani yang bernilai RM285,500 kepada Norkhalid (tiga dari kiri) pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT UPSI