Revenue Monster Dan ShopeePay Bergabung Untuk Kemudahan Pembayaran Tanpa Tunai PKP Ini

Revenue Monster – sebuah syarikat teknologi kewangan Malaysia yang mempelopori pendigitalan perniagaan telah mengumumkan usahasama baharu dengan ShopeePay Malaysia Sdn Bhd, perkhidmatan eDompet mudah alih bagi penyedia eDagang nombor satu di Malaysia. Usahasama ini mengintegrasikan Revenue Monster dan ShopeePay sebagai cara pembayaran yang memberikan penyelesaian pembayaran alternatif tanpa tunai kepada rakan niaga dan pelanggan di hampir 13,000 terminal perniagaan.

Solusi pembayaran bersatu Revenue monster menampilkan penerimaan pembayaran bagi 14 eDompet, Mastercard dan Visa serta FPX untuk pembayaran atas talian. Dengan pengumuman ini, solusi pembayaran Revenue Monster dijangka akan memberikan kemudahan dan meningkatkan kualiti pengalaman pembayaran bagi jutaan perniagaan di Malaysia yang beralih ke arah digital selari dengan SOP semasa yang ditetapkan bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dengan ShopeePay tersedia melalui Revenue Monster, kami dapat menawarkan lebih banyak pilihan pembayaran tanpa tunai kepada perniagaan di seluruh negara melalui penyatuan penyelesaian pembayaran. Ini merupakan langkah seterusnya dalam usaha kami membantu rakan niaga kami dari segi kedai atas talian mahupun fizikal,” kata Amanda Chin, CEO of Revenue Monster.

“Memasuki fasa ketiga PKP, pembayaran tanpa tunai menjadi satu aset yang amat penting bagi rakan niaga kami untuk menyediakan pengalaman pembayaran tanpa sentuhan bagi pelanggan. Dengan pengumuman ini, pengusaha akan dapat menggunakan perkhidmatan ini dan seterusnya membolehkan para pelanggan mereka membuat pembayaran tanpa tunai melalui 14 eDompet yang kami sediakan termasuk ShopeePay,” tambah beliau.

Kini, ShopeePay boleh diterima sebagai salah satu pilihan pembayaran setelah peniaga mendapatkan perkhidmatan penyelesaian kedai atas talian à la carte dari Revenue Monster – satu platform yang dapat membantu perniagaan untuk memiliki kedai dalam talian dengan pantas dan seterusnya mendapatkan lebih banyak pelanggan.

Dengan penambahan cara pembayaran baharu ini, rakan niaga di dalam jaringan Revenue Monster akan dapat memanfaatkan kempen rebat tunai ShopeePay yang berterusan di mana pelanggan akan menerima pulangan RM3 setiap hari dengan pembelian minima RM15, yang seterusnya akan membawa lebih nilai kepada pelanggan mereka.

Mengulas tentang pengumuman tersebut, Alain Yee, Ketua ShopeePay Malaysia berkata “Sebagai salah satu penyedia eDompet yang pantas berkembang di Malaysia, kami bertekad untuk menjadikan ShopeePay sebagai pilihan pembayaran tanpa tunai yang paling menyenangkan bagi rakyat Malaysia, terutamanya di waktu PKP 3.0. Gelombang ketiga jangkitan Covid-19 kini menjadi kritikal. Kita telah dinasihati untuk menjaga keselamatan dan menghindari kontak sebanyak mungkin, terutamanya di tempat awam. Kita harus memainkan peranan kita dalam membantu memutuskan rantaian jangkitan. Usahasama dengan Revenue Monster meningkatkan capaian dan penggunaan ShopeePay – menyediakan cara pembayaran yang lebih pantas, senang dan selamat untuk rakyat Malaysia apabila mereka berbelanja atas talian mahupun di kedai fizikal.”

Ekosistem Revenue Monster membolehkan rakan niaga mempercepatkan pendigitalan secara lebih lancar melalui peralatan digital seperti penyatuan penyelesaian pembayaran, pautan pembayaran satu klik melalui eInvoice dan LivePay, serta à la carte – penyelesaian kedai super dalam talian. Revenue Monster setakat ini telah memberikan manfaat kepada hampir 13,000 terminal perniagaan dalam industri makanan dan minuman, fesyen dan aksesori, peralatan rumah, kecantikan atau penjagaan peribadi, otomobil dan lain-lain.

Untuk berdaftar dengan Revenue Monster dan menerima ShopeePay sekarang, sila layari: www.revenuemonster.my

Tentang Revenue Monster

Ditubuhkan pada 2018, Revenue Monster adalah sebuah syarikat teknologi kewangan yang berpangkalan di Malaysia. Revenue Monster memperkenalkan penyelesaian untuk membantu pendigitalan perniagaan melalui ekosistem digital sepenuhnya.

Revenue Monster menggunakan gabungan unik kaedah pembayaran, program kesetiaan dan baucar, pemasaran media sosial dan teknologi perdagangan mudah alih bagi mencipta penyelesaian yang memberikan kawalan lebih kepada peniaga yang membawa kepada peningkatan nilai perniagaan jangka panjang.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Revenue Monster sila layari www.revenuemonster.my atau ikuti @RevenueMonster di media sosial.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.