Costco, Pesaing Amazon Dan Walmart Yang Menggunakan Strategi Tersendiri

E-commerce bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia perniagaan. Namun kita dapat lihat bagaimana e-commere berkembang dengan sangat mendadak apabila pandemik Covid-19 melanda dunia.

Malah negara ekonomi terbesar dunia seperti Amerika Syarikat turut berkembang maju di dalam pasaran e-commerce.

Di sebalik itu, banyak syarikat gedung beli-belah di Amerika Syarikat terpaksa diisytiharkan muflis kerana mereka tidak mampu untuk bersaing seperti Sears. Ada juga yang terpaksa mengecilkan operasi mereka seperti Target.

Namun perkara ini tidak berlaku kepada Costco, yang kini merupakan pesaing yang hebat kepada Amazon dan Walmart di dalam industri peruncitan.

Apakah rahsia mereka?

Sejarah Ringkas Costco

Kredit Gambar: Amazon

Semuanya bermula apabila pada tahun 1976, Sol Price telah membuka sebuah warehouse untuk membeli-belah yang dikenali sebagai Price Club.

Kemudian pada tahun 1983, dua orang usahawan iaitu Jeffrey H. Brotman dan James D. Sinegal telah mengasaskan Costco. Pada tahun 1993, Costco telah membeli Price Club kerana tertarik dengan model perniagaan mereka dan digelar Price Costco.

Pada tahun 1997, syarikat ini secara rasminya bertukar nama menjadi Costco.

Strategi Unik Yang Digunakan Costco

Ketika gedung beli-belah lain terpaksa bersaing untuk mendapatkan pelanggan dengan pelbagai teknik pemasaran, Costco pula mengenakan caj untuk sesiapa sahaja yang ingin membeli barangan di gedung mereka.

Tindakan ini nampak pelik tetapi ianya telah berjaya menjadikan Costco salah sebuah gedung beli-belah yang terbesar di Amerika Syarikat.

Caj yang dikenakan kepada pelanggan mereka untuk menjadi ahli adalah sekitar USD60 ke USD120 setahun. Walaupun mengenakan caj yang agak tinggi, teknik ini berjaya meningkatkan bilangan pelanggan mereka untuk ke gedung beli-belah tersebut.

Costco kini mempunyai seramai 90 juta ahli yang berdaftar dan mereka semua adalah pengguna aktif yang membeli di Costco.

Kredit Gambar: Eat This

Harga yang ditawarkan adalah agak murah jika dibandingkan dengan tempat lain kerana menggalakkan orang ramai membeli secara pukal.

Costco turut menggunakan strategi di mana mereka menempatkan hanya 4000 jenis barangan berbanding dengan pesaing yang lain yang rata-rata mempunyai 30,000 ke 150,000 barangan dalam gedung mereka.

Walaupun mempunyai jumlah yang kecil, barangan yang terdapat di dalam Costco adalah berkualiti tinggi dan sangat murah. Disebabkan ini jugalah, ianya membuat pelanggan tidak pening kepala ketika ingin membuat pilihan.

Mereka juga mempunyai food court yang menawarkan harga yang murah kepada pelanggan mereka. Ini telah menarik orang ramai untuk berbelanja di Costco.

Selain daripada mengutamakan pelanggan, Costco turut mengambil berat hal-ehwal pekerja mereka. Gaji yang dibayar oleh Costco adalah yang paling tinggi jika dibandingkan dengan pekerja gedung lain di Amerika Syarikat.

Gaji minimum bagi para pekerja di Amerika Syarikat adalah USD7.25 sejam tetapi Costco membayar pekerja mereka sebanyak USD16 sejam.

Menurut Costco, jika pekerja merasa gembira di tempat kerja, mereka akan memberikan dedikasi sepenuhnya.

Perkembangan Costco Ketika Pandemik

Ketika permualaan pandemik, Costco mengalami kejatuhan disebabkan ramai pelanggan tidak dapat pergi ke gedung mereka.Namun setelah keadaan menjadi terkawal, perniagaan Costco semakin pulih sejak bulan Julai tahun lepas.

Charlier Munger yang tidak gemar untuk diversify dalam pelaburan, telah memilih Costco sebagai salah satu pegangan di dalam portfolio pelaburan keluarganya. Mesti ada sebab beliau memilih Costco ni kan?

Sumber Rujukan:

Harga Saham Costco Steady Naik

Kredit: Trading View

Tahukah anda bahawa Costco disenaraikan di pasaran saham NASDAQ di Amerika Syarikat?

Dan harga saham Costco telah meningkat 26% dalam masa setahun?

Mulakan Pelaburan Saham di Wall Street

Nak cuba buat duit USD pula dalam pasaran saham? Wall Street adalah jawapannya. 

Ada yang masih kata saham-saham dekat Wall Street MAHAL

Dengan USD 250 (RM1,050), anda boleh membeli saham-saham patuh syariah PALING UNTUNG untuk suku pertama 2021 di Wall Street seperti:

  1. KOSS (USD 18.80): kenaikan 462%
  2. ICGN (USD 9.63): kenaikan 341%
  3. EYES (USD 7.42): kenaikan 282%
  4. LODE (USD 3.83): kenaikan 227%
  5. MVIS (USD 17.97): kenaikan 165%

Di Wall Street, tiada HAD (limit) keuntungan mahupun kerugian ye. Dan jangan risau, banyak saham patuh syariah yang tersenarai.

Contohnya harga saham syarikat teknologi yang melombong Bitcoin seperti Bit Digital (BTBT) naik melambung sehingga 5,382% pada awal 2021.

Cuma kena lah ingat  High Risk, High Return. Jangan sampai No Return pula. 

Segalanya MUNGKIN di Wall Street. Ciptalah peluang anda di sini.

Daftar Webinar Saham Wall Street 3.0
bersama
Tuan Mukhriz Mangsor

Tarikh : 29 & 30 Mei 2021 (2 hari)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Platform: Zoom

Dapatkan maklumat lanjut di Webinar Saham Wall Street.

Program ini tidak melibatkan dagangan dalam Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.

Previous ArticleNext Article

Akhirnya Ada Parti Politik Berani Tunjuk Ke Mana Duit Kempen Mereka Pergi

Parti BERSAMA sedang mendahului parti-parti lain dalam satu perkara yang jarang berlaku dalam politik Malaysia dengan mengemukakan data perbelanjaan pilihan raya kepada umum. Sumber: Malaysiakini – Bersama dedah belanja hampir RM800,000 kempen PRN Johor

Bagi sesetengah orang, mungkin ini sekadar laporan perbelanjaan kempen.

Tetapi kalau kita lihat dari sudut pelaburan dan kewangan, sebenarnya ada satu prinsip yang sangat mudah:

Kalau kita mahu orang percaya dan memberikan duit kepada kita, kita perlu bersedia untuk menunjukkan bagaimana duit itu diuruskan.

Bayangkan kita mahu melabur RM100,000 dalam sebuah syarikat.

Kita tentu mahu tahu berapa hasil syarikat, berapa kos operasi, berapa hutang, berapa keuntungan dan bagaimana pengurusan menggunakan wang syarikat.

Kalau pengurusan syarikat berkata,

“Percayalah. Kami akan urus duit dengan baik.”

Tetapi apabila kita minta penyata kewangan, mereka enggan tunjukkan, kita sendiri mungkin akan fikir dua tiga kali sebelum melabur.

Dalam pelaburan, ketelusan adalah sebahagian daripada kepercayaan.

Begitu juga dengan politik.

Dan di sinilah pendedahan BERSAMA menjadi menarik untuk diperhatikan.

Daripada jumlah perbelanjaan kepada sumber dana, rakyat diberikan peluang untuk melihat sendiri bagaimana wang kempen dikumpulkan dan dibelanjakan. Dalam penyata yang dilaporkan Malaysiakini, antara sumber dana ialah kutipan yuran keahlian, majlis makan malam pengumpulan dana dan sumbangan peribadi, manakala perbelanjaan termasuk deposit SPR, bahan kempen dan kerja pembersihan selepas kempen.

Patutkah ketelusan kewangan seperti ini menjadi satu standard baharu dalam politik Malaysia?

Menariknya, idea ketelusan kewangan politik ini bukanlah sesuatu yang baru. Pada 2012, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah mencadangkan supaya semua sumbangan kepada parti politik dimasukkan ke dalam akaun rasmi parti, disertakan resit dan akaun tersebut diaudit setiap tahun.

Lebih sedekad kemudian, isu yang sama masih relevan. Bezanya, kali ini kita mula melihat parti politik mengambil langkah untuk mendedahkan sendiri data perbelanjaan pilihan raya kepada umum.

1. Rakyat adalah penyumbang kepada sistem politik

Parti politik mungkin menerima sumbangan daripada individu atau organisasi, tetapi dalam konteks yang lebih luas, aktiviti politik akhirnya berkait dengan wang dan sumber awam.

Sebab itu rakyat mempunyai kepentingan untuk tahu bagaimana sesebuah parti menguruskan kewangan kempen mereka.

Kalau kita boleh meminta syarikat yang kita labur supaya telus, tidak salah untuk kita mengharapkan tahap ketelusan yang lebih tinggi daripada organisasi politik.

2. Duit yang masuk dan duit yang keluar perlu boleh dikesan

Dalam dunia kewangan, kita bukan hanya tengok jumlah duit.

Kita mahu tahu cash flow.

Berapa duit masuk?

Dari mana?

Berapa duit keluar?

Dibelanjakan untuk apa?

Siapa penerimanya?

Perkara yang sama boleh diaplikasikan kepada kewangan politik.

Apabila data perbelanjaan pilihan raya didedahkan, rakyat boleh mula melihat aliran wang tersebut, bukannya hanya mendengar dakwaan bahawa semuanya diuruskan dengan baik.

3. Ketelusan mengurangkan information asymmetry

Dalam pelaburan, ada masalah yang dipanggil information asymmetry.

Maksud mudahnya, pihak pengurusan mungkin mempunyai lebih banyak maklumat berbanding pelabur.

Sebab itu syarikat perlu menyediakan laporan kewangan supaya pelabur tidak membuat keputusan dalam keadaan terlalu banyak maklumat yang disembunyikan.

Politik pun sama.

Parti tahu berapa banyak duit yang mereka terima dan bagaimana ia dibelanjakan.

Rakyat pula hanya nampak kempen di luar.

Jadi apabila data kewangan dibuka, jurang maklumat antara parti dan rakyat dapat dikurangkan.

4. Rakyat boleh menilai kecekapan penggunaan wang

Dalam pelaburan, kita bukan sekadar bertanya:

“Berapa banyak duit syarikat belanjakan?”

Kita juga akan bertanya:

“Apa yang kita dapat daripada duit tersebut?”

RM1 juta dibelanjakan untuk pemasaran tetapi jualan tidak meningkat, kita akan mula persoalkan keberkesanannya.

Begitu juga perbelanjaan pilihan raya.

Apabila data tersedia, kita boleh mula bertanya:

Berapa kos kempen setiap kawasan? Berapa banyak dibelanjakan untuk media sosial? Berapa untuk logistik? Berapa untuk bahan kempen?

Ini membuka ruang untuk menilai kecekapan, bukan sekadar jumlah perbelanjaan.

5. Kita sebenarnya bukan pelik kalau melihat amalan ini di negara lain

Pendedahan kewangan politik bukan sesuatu yang asing di peringkat antarabangsa.

Di United Kingdom, Electoral Commission menerbitkan maklumat berkaitan sumbangan, pinjaman dan perbelanjaan parti politik serta calon kepada umum.

Di Amerika Syarikat, Federal Election Commission (FEC) pula menyediakan pangkalan data awam yang membolehkan orang ramai melihat maklumat kewangan kempen, termasuk sumbangan dan perbelanjaan calon serta jawatankuasa politik.

Di Australia, Australian Electoral Commission (AEC) juga mempunyai sistem funding and disclosure untuk meningkatkan ketelusan kewangan parti politik, calon dan pihak yang terlibat dalam pilihan raya.

Maknanya, idea untuk rakyat melihat money in dan money out dalam politik sebenarnya bukan sesuatu yang pelik.

Bezanya, di sesetengah negara ia merupakan sebahagian daripada sistem pendedahan yang diwajibkan dan diselia oleh badan pilihan raya.

Jadi kalau parti politik Malaysia mula mengambil inisiatif untuk membuka data kewangan mereka kepada umum, ia boleh dilihat sebagai satu langkah ke arah budaya politik yang lebih telus.

6. Boleh membina rekod kewangan yang boleh dibandingkan

Pelabur tidak menilai syarikat berdasarkan satu laporan sahaja.

Mereka melihat prestasi dari tahun ke tahun.

Begitu juga dengan parti politik.

Kalau setiap pilihan raya mereka mendedahkan data kewangan, lama-kelamaan akan wujud satu rekod yang boleh dibandingkan.

Berapa banyak dana diterima?

Berapa banyak yang dibelanjakan?

Adakah perbelanjaan semakin cekap?

Adakah kos kempen meningkat?

Adakah sumber pembiayaan berubah?

Ini menjadikan rakyat bukan sekadar pengundi, tetapi pihak yang boleh membuat penilaian berdasarkan data.


Sebab itu kami melihat pendedahan perbelanjaan pilihan raya sebagai satu langkah yang positif.

Bukan kerana mendedahkan data automatik bermaksud sesebuah parti itu lebih baik daripada parti lain.

Tetapi kerana ketelusan memberikan kita maklumat untuk membuat penilaian sendiri.

Dalam pelaburan, kita selalu diajar:

Jangan melabur hanya kerana percaya. Tengok laporan kewangan.

(Walaupun… tengok laporan kewangan pun belum tentu tak kena scam!)

Dalam politik pun mungkin prinsip yang sama patut digunakan:

Jangan hanya dengar janji. Tengok juga bagaimana wang diuruskan.

Kalau lebih banyak parti mula melakukan perkara yang sama, kita mungkin dapat membina satu budaya politik yang lebih matang di mana data kewangan menjadi sebahagian daripada akauntabiliti politik, bukan sesuatu yang perlu disembunyikan.

Kerana akhirnya, sama ada kita bercakap tentang melabur dalam sebuah syarikat atau memilih sebuah parti politik, prinsipnya hampir sama:

Beri kita data. Kemudian biar rakyat membuat penilaian.

Penafian: Artikel ini bertujuan membincangkan kepentingan ketelusan dan pendedahan kewangan dalam politik dari perspektif kewangan dan tadbir urus. Ia bukan bertujuan menyokong atau menolak mana-mana parti politik, calon atau individu. Sebarang angka, fakta dan maklumat berkaitan perbelanjaan kempen adalah berdasarkan sumber yang dinyatakan dan hendaklah dirujuk kepada sumber asal untuk konteks penuh.