Perlukah Simpan Rekod Kewangan?

Anda seorang peniaga? Dah daftar syarikat sole proprietorship atau milikan tunggal belum? Kalau dah, syabas. Kalau belum, cepat-cepatlah daftar tu ya.

Sama ada anda sudah atau belum daftar syarikat, penyimpanan rekod yang baik adalah penting untuk sesiapa sahaja yang terlibat dalam perniagaan kerana ia memudahkan untuk mengurus aliran tunai anda, memenuhi kewajipan cukai anda dan memahami perkembangan perniagaan anda.

Dengan menyimpan rekod syarikat anda, ia dapat membantu memaksimumkan semua perbelanjaan yang anda tuntut setiap tahun, sekaligus mengurangkan kewajipan cukai anda serta ianya dapat memantau hasil jualan anda.

Wajib Daripada Segi Undang-undang

Setiap perniagaan mesti menyimpan rekod selagi diperlukan oleh undang-undang. Adalah penting untuk berbuat demikian kerana pihak tertentu seperti Lembaga hasil Dalam Negeri atau Jabatan Cukai boleh meminta untuk melihat rekod terdahulu jika terdapat sebarang isu mengenai cukai anda.

Tempoh minimum untuk anda simpan rekod adalah 7 tahun dari tarikh terkini untuk memfailkan pulangan cukai anda. Apa yang perlu anda lakukan, simpan semua dokumen yang mengandungi butiran pembayaran, resit, pembelian kredit dan jualan, aset dan liabiliti. Jika anda tidak dapat menerima resit untuk perbelanjaan, buat nota kemudian catatkan butiran tersebut.

Memudahkan Akauntan Tutup Buku Tahunan

Satu perkara yang pasti, ia dapat membantu akauntan anda dalam pelbagai cara apabila menyiapkan dan mengemas kini akaun syarikat. Salah satunya, ia akan membantu akauntan syarikat untuk menyediakan akaun pada akhir tahun dengan cepat dan cekap.

Ianya disebabkan semua butiran dalam penyimpanan rekod memudahkan akauntan syarikat untuk ‘mengesan’ jualan dan belian untuk tempoh satu tahun keseluruhannya.

Selain itu, menyimpan rekod pasti akan membantu anda menyediakan maklumat yang anda perlukan untuk menguruskan kewangan syarikat anda dengan bijak. Malahan, penyimpanan rekod ini juga secara tidak langsung membantu anda untuk merancang ‘business plan‘ perniagaan anda supaya hasil jualan terus betambah.

Dengan erti kata lain, anda boleh merujuk kembali rekod anda dan meramalkan jualan pada masa akan datang untuk pertumbuhan perniagaan.

Dah Ada Rekod, Boleh Guna Untuk Majukan Lagi Syarikat

Dari perspektif yang lain, menyimpan rekod sebenarnya dapat membantu anda untuk menganalisa syarikat dengan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan perniagaan. Ini secara tidak langsung akan membantu menguruskan perubahan dan penambahbaikan dalam perniagaan anda.

Oleh itu, penyimpanan rekod juga berfungsi membantu anda merancang dan memenuhi komitmen kewangan seperti pemiutang atau penghutang. Malahan, rekod perniagaan boleh dikendalikan secara manual, berkomputer atau disimpan dalam talian.

Pastikan sistem yang anda gunakan mudah dioperasikan dan dalam pada masa yang sama, memudahkan urusan perniagaan anda.

Itulah sebabnya mengapa perniagaan mempunyai penyimpanan rekod yang baik dan memfailkannya secara sistematik supaya dapat menjadi rujukan di masa akan datang.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.