10 Kunci Kejayaan Bagi Insan Yang Dahagakan Kejayaan

Pepatah No Pain, No Gain merupakan gambaran yang tepat bagi orang yang hendak berjaya dalam kehidupan dan kerjaya mereka. Setiap kejayaan yang diperolehi tidak datang dengan bergolek tanpa pengorbanan yang tinggi.

Kunci kejayaan sebenar adalah terletak kepada displin diri dan bukan hanya bergantung kepada kebijaksanaan yang dimiliki semata-mata. Orang yang mempunyai tabiat yang positif merupakan orang yang semakin dekat dengan kejayaan kerana meletakkan diri mereka dalam persekitaran yang berjaya.

Berikut adalah langkah yang perlu dilakukan oleh diri kita jika kita hendak berjaya dalam kerjaya ataupun kehidupan seharian.

1. Focus on 24

Masa merupakan sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan seorang manusia. Tidak kira kaya atau miskin, tua atau muda, kita mempunyai waktu yang sama dalam tempoh sehari.

Berjayanya seseorang individu berbanding dengan yang lain adalah disebabkan pengurusan masa yang betul.

Pengurusan masa yang betul dapat meningkatkan produktiviti kita dalam kehidupan seharian. Kita tidak boleh mencapai sesuatu matlamat jangka masa panjang hanya dalam masa satu hari sahaja.

Masa yang terbuang dengan perkara yang tidak memberi manfaat tidak dapat dikembalikan walaupun kita mempunyai jumlah simpanan yang besar dalam bank kita.

Pepatah Arab menyatakan masa ibarat pedang dapat membunuh kita tanpa kita sedari. Apa yang penting dalam pengurusan masa adalah dengan memberi fokus kepada benda yang kita nak dalam hidup kita.

Jadi kita perlu bertanyakan dengan diri kita tentang penggunaan masa selama 24 jam sehari itu.

2. Make Success A Habit

Untuk berjaya, kita perlu mempunyai tabiat seperti orang yang berjaya dalam kehidupan. Dengan kata lain kita perlu bersikap positif untuk berjaya.

Sikap memainkan peranan yang sangat penting berbanding dengan kebijaksanaan yang kita miliki. Kita mesti mengubah sikap kita kepada yang lebih baik jika mahu berjaya dalam jangka masa yang panjang.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh pusat psikologi yang berpengkalan di Eropah, manusia boleh membentuk diri mereka atau merubah sesuatu tabiat atau sikap dalam diri mereka dengan mengamalkan tabiat yang positif ataupun sikap yang positif selama 66 hari secara konsisten.

3. Put Ourself First

Kita mesti mengutamakan diri kita dahulu sebelum orang lain. Itu adalah ciri-ciri orang yang hendak berjaya.

Kita perlu mengubah diri terlebih dahulu sebelum kita nak mengubah kawan-kawan ataupun keluarga kita untuk turut sama berjaya dalam hidup mereka bagi mencapai matlamat yang mereka telah tetapkan. Begitu juga dalam hal ehwal kewangan, kita mesti mengutamakan diri kita dahulu dengan menyimpan duit sebelum berbelanja.

4. Create A Power List

Membuat senarai to do list adalah satu langkah untuk mencapai matlamat dalam kehidupan seharian. Cara terbaik untuk membuat to do list adalah dengan membuatnya sebelum kita tidur bagi aktiviti harian untuk hari esok. Kita mesti menyenaraikan beberapa cara yang perlu kita lakukan untuk esok hari.

Menurut Brian Tracy yang merupakan seorang pakar motivasi terkenal Amerika Syarikat, beliau meletakkan perkara yang utama pada kedudukan nombor satu dan perkara yang kurang penting pada kedudukan yang terakhir dalam to do list beliau. To do list disediakan adalah untuk memberi panduan kepada tugas yang perlu disiapkan untuk meningkatkan produktiviti dalam kehidupan seharian.

Dengan menggunakan to do list kita mampu untuk membuat sesuatu perkara tanpa membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

5. Never Stop Being Curious

Perasaan ingin tahu merupakan salah satu ciri orang yang berjaya. Perasaan ingin tahu juga membuatkan seseorang itu berusaha mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah.

Sifat sebegini amat diperlukan oleh seorang usahawan yang ingin mencipta sesuatu yang baru di dalam pasaran. Seorang usahawan perlu mempunyai sifat ini bagi meningkatkan kreativiti dan inovasi.

6. Read Widely

Membaca adalah salah satu cara menuntut ilmu tanpa kos yang tinggi tetapi agak membosankan. Kebanyakan orang yang mempunyai matlamat yang tinggi selalu membaca buku paling kurang 2 jam sehari.

Kita perlu membaca buku kerana membaca dapat membentuk jati diri dan pemikiran yang kreatif serta inovatif. Kita perlu membaca buku setiap hari bagi mendapat ilmu baru untuk meningkatkan kejayaan dalam kehidupan seharian. 

7. View A Problem As A Solution

Orang yang berjaya perlu melihat setiap masalah itu sebagai satu peluang. Untuk berada pada tahap tersebut, kita perlu menyelesaikan setiap masalah yang kita hadapi dan melihat masalah itu sebagai satu penyelesaian.

Kita perlu menyelesaikan masalah diri sendiri sebelum dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang lain. Jika kita berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh diri sendiri, kita mungkin sudah bersedia untuk membantu orang lain dan secara tidak langsung dapat satu peluang untuk membina satu hubungan (peluang perniagaan) bagi menyelesaikan masalah orang lain.

Jangan fikir masalah yang kita hadapi Itu sebagai satu titik noktah dalam perjuangan hidup kita. Lakukan perubahan dengan melihatnya sebagai jalan penyelesaian. 

8. Look In So You Can Go Out

Memahami diri sendiri juga adalah salah satu ciri orang yang berjaya. Sebelum kita berjaya dalam sesuatu perkara, kita perlu mengetahui diri kita dengan sebenar-benarnya seperti mengetahui apa kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri kita supaya kita dapat mengatasi kelemahan tersebut dan menggunakan sepenuhnya kekutan yang ada pada diri.

Mengetahui kekuatan dan kelemahan kita kita dapat membentuk matlamat hidup yang lebih jelas berdasarkan kepada keupayaan diri.

9. Overcome Fear

Perasaan takut adalah satu perkara yang menghalang diri daripada mencapai kejayaan. Kita tidak perlu takut dengan perkara yang tidak sepatutnya seperti takut untuk mengambil langkah pertama untuk merubah diri kita.

Langkah pertama kepada perubahan yang lebih baik akan membawa kepada kejayaan dalam tempoh atau jangka masa yang tertentu. Kita tidak perlu takut untuk mencuba perkara yang baru selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran agamar, prinsip hidup dan undang-undang negara.

Cara untuk menghadapi ketakutan dalam diri adalah dengan berusaha untuk melakukan secara bersungguh-sungguh, buat perancangan yang rapi dan tenang berusaha. Jangan gopoh!

10. Don’t Multitask

Untuk berjaya dalam hidup, tidak semua perkara boleh dilakukan dalam satu-satu masa. Pepatah Melayu ada menyebut, jangan menyelam sambil minum air yang bermaksud, kita tidak boleh membuat dua perkara ini dalam satu masa atau kita berkemungkinan untuk lemas (gagal).

Ini kerana kita akan hilang fokus terhadap perkara yang sebenarnya perlu kita lakukan terlebih dahulu. Bagi menyelesaikan masalah ini, kita perlu fokus untuk menyelesaikan satu tugas sebelum beralih ke tugas yang lain.

Yang penting, jangan bertangguh dalam melaksanakan apa jua tugas yang perlu kita lakukan.

Sumber Rujukan: Reader’s Digest

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kita Bajet Insurans, Tapi Lupa Bajet Check-up

Hampir setiap ketua keluarga mempunyai bajet yang cukup terperinci untuk perlindungan kesihatan samada menerusi insurans atau takaful.

Di Majalah Labur, kami percaya ramai pembaca setia kami rata-rata bersetuju yang sejumlah 5% – 15% dari gaji bulanan adalah amaun yang cukup sihat untuk perlindungan kesihatan.

Akan tetapi, ada satu perkara yang sering tidak mempunyai bajet khusus: pemeriksaan kesihatan berkala.

Kita lebih mudah menyediakan RM200 untuk membaiki sesuatu selepas rosak berbanding memperuntukkan sejumlah wang untuk memastikan masalah itu dapat dikenal pasti lebih awal.

Baca : 5 Perkara Medical Card Boleh Bantu Yang Tak Ramai Orang Tahu!

Dalam kewangan peribadi, cara berfikir seperti ini mungkin kelihatan kecil. Tetapi apabila melibatkan kesihatan, penangguhan boleh membawa kepada keadaan yang memerlukan lebih banyak masa, rawatan dan perbelanjaan.

Sebab itu preventive healthcare wajar dilihat sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan keluarga, bukan sekadar perbelanjaan tambahan.

Ada bajet insurans. Bagaimana dengan bajet kesihatan?

Insurans atau takaful penting untuk melindungi kewangan apabila berlaku keadaan yang memerlukan rawatan atau kemasukan ke hospital.

Tetapi perlindungan kewangan tidak semestinya bermaksud kita tidak perlu menyediakan bajet untuk penjagaan kesihatan rutin.

Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan untuk mengenal pasti faktor risiko, memberi nasihat pengurusan risiko dan membuat rujukan lanjut jika diperlukan.

pemeriksaan kesihatan

Pada asasnya, terdapat perbezaan antara:

“Saya mempunyai perlindungan jika sesuatu berlaku”

dengan

“Saya memperuntukkan wang untuk mengetahui keadaan kesihatan saya secara berkala.”

Kedua-duanya memainkan peranan yang berbeza dalam perancangan kewangan kesihatan.

Kesilapan ibu bapa : tunggu anak sakit baru bawa berjumpa doktor gigi

Perkara ini lebih mudah berlaku dalam kalangan ibu bapa. Anak tidak mengadu sakit, jadi pemeriksaan ditangguhkan. Gigi susu pula dianggap tidak begitu penting kerana akhirnya akan tanggal.

Apabila sakit mula berlaku, barulah ibu bapa mencari rawatan. Masalahnya, ketiadaan sakit tidak semestinya bermaksud tiada masalah.

Masalah ini yang cuba diketengahkan oleh Dr. A’tikah U’zed (Doktor Gigi di Klinik Pergigian Aesira) yang melihat ada keperluan untuk ibu bapa di Malaysia mengkhususkan wang untuk rawatan gigi anak mereka atau mereka sendiri!

pemeriksaan kesihatan gigi

Penegasan ini nampak ada intinya selepas kami melihat bahawa data National Oral Health Survey of Adults (NOHSA) 2020 menunjukkan ;

“Prevalens karies dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas ialah 85.1%, manakala dalam kumpulan umur 15–19 tahun pun prevalensnya masih 51.7%. Dalam kalangan orang dewasa yang mempunyai gigi, 40.7% mempunyai keperluan rawatan restoratif, 28.9% keperluan cabutan dan 4.5% keperluan rawatan endodontik.”

Masalah gusi juga tidak semestinya bermula dengan kesakitan.

NOHSA 2020 mendapati hanya 5.1% populasi bergigi mempunyai periodontium yang sihat, sementara 38.2% mempunyai periodontitis. KKM turut menerangkan bahawa penyakit periodontal boleh tidak disedari kerana pada peringkat awal ia boleh berlaku tanpa sakit.

Ini menjadikan pemeriksaan berkala satu perkara yang relevan bukan sahaja kepada kesihatan, tetapi juga kepada cara keluarga merancang perbelanjaan.

Kos rawatan gigi sebenarnya boleh dilihat sebagai kos tahunan

BilRawatanAnggaran kosKekerapan /Perspektif
1Konsultasi & pemeriksaan gigiRM30–RM1006–12 bulan / mengikut risikoKos asas untuk mengetahui keadaan gigi sebelum membuat keputusan rawatan
2X-ray gigi kecil (periapikal/bitewing)RM30–RM80Jika diperlukan doktorMembantu melihat masalah yang tidak jelas melalui pemeriksaan biasa
3X-ray panoramic (OPG)RM80–RM200Jika diperlukanBiasanya untuk penilaian keseluruhan rahang, gigi bongsu atau perancangan tertentu
4Scaling & polishingRM80–RM250Mengikut keadaan gigi/gusiPenjagaan berkala yang boleh dimasukkan dalam bajet pergigian tahunan
5Rawatan fluoridaRM50–RM120Berdasarkan risiko, terutama kanak-kanakPreventive care yang boleh dirancang lebih awal
6Fissure sealant±RM50–RM100/gigiTerutama gigi tertentu kanak-kanakPerbelanjaan pencegahan yang dibuat berdasarkan penilaian doktor
7Tampalan gigiRM80–RM300/gigiApabila terdapat kariesContoh kos rawatan yang mungkin timbul selepas pemeriksaan
8Cabutan gigi biasaRM80–RM300/gigiJika gigi tidak dapat dikekalkan / perlu dicabutKos meningkat berbanding penjagaan rutin apabila masalah memerlukan prosedur
9Rawatan saluran akar (root canal)±RM600–RM2,000/gigiUntuk gigi dengan masalah pulpa tertentuContoh bagaimana rawatan boleh menjadi lebih kompleks dan memerlukan bajet lebih besar
10Pembedahan gigi bongsu±RM800–RM2,500/gigiJika impaksi/kerumitan memerlukan pembedahanContoh kos prosedur yang lebih besar dan sukar dirancang sebagai perbelanjaan rutin

Semak : Senarai Harga Rawatan Gigi Terkini

Daripada melihat pergigian sebagai:

“Berapa saya perlu bayar apabila gigi sakit?”

lebih baik keluarga melihatnya sebagai:

“Berapa bajet saya perlu sediakan setiap tahun untuk penjagaan gigi?”

Ini tidak bermaksud seseorang perlu menjalani rawatan setiap tahun.

Sebaliknya, bajet tersebut boleh merangkumi pemeriksaan, penjagaan pencegahan dan rawatan yang diperlukan berdasarkan penilaian doktor gigi.

Kekerapan pemeriksaan pula bukan satu angka yang wajib sama untuk semua orang. Sesetengah individu mungkin memerlukan pemeriksaan lebih kerap berdasarkan risiko karies, keadaan gusi, sejarah rawatan dan faktor kesihatan lain.

Matlamatnya ialah tidak menunggu sehingga keadaan menjadi kecemasan sebelum mula merancang.

Contohnya, gigi jarang bukan semata-mata soal kosmetik

Ambil contoh diastema, atau gigi jarang.

Menurut Dr. A’tikah U’zied, diastema ialah ruang antara dua gigi yang paling kerap dilihat pada gigi hadapan atas.

Ia boleh berkait dengan saiz gigi berbanding rahang, faktor struktur semula jadi atau tabiat tertentu. Antara perkara yang boleh diperhatikan ialah ruang yang jelas antara gigi atau ruang yang semakin melebar.

Tidak semua diastema memerlukan rawatan.

Baca : Mencari Medical Card Terbaik? Tipu Semua Tu. Fahamkan 5 Perkara Ini

Tetapi apabila ibu bapa atau individu menyedari perubahan pada kedudukan atau jarak gigi, pemeriksaan memberikan peluang untuk menentukan sama ada ia sekadar variasi normal atau sesuatu yang memerlukan pemantauan atau rawatan.

Inilah konsep financial planning yang sering terlepas pandang.

Pemeriksaan bukan bermaksud kita sudah bersetuju untuk menjalani rawatan.

Pemeriksaan bermaksud kita mendapatkan maklumat terlebih dahulu.

Dengan maklumat itu, keluarga boleh membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan, bila ia perlu dilakukan dan bagaimana perbelanjaannya boleh dirancang.

Jadi, enam bulan atau setahun sekali?

Jawapannya bergantung kepada individu.

Jadual pemeriksaan gigi sepatutnya mengambil kira keadaan gigi dan gusi, tahap risiko, umur, sejarah rawatan serta penilaian doktor gigi.

Bagi sesetengah orang, pemeriksaan enam bulan sekali mungkin sesuai. Bagi yang lain, doktor mungkin mencadangkan sela masa yang berbeza.

Yang penting ialah jangan menjadikan “tidak sakit” sebagai satu-satunya ukuran untuk menentukan sama ada pemeriksaan diperlukan.

Konsep yang sama digunakan dalam kesihatan secara umum. KKM menerangkan bahawa saringan kesihatan bertujuan membantu mengenal pasti faktor risiko dan penyakit lebih awal supaya pengurusan dapat dimulakan.

Bagaimana keluarga boleh masukkan kesihatan dalam financial planning?

Satu pendekatan mudah ialah membahagikan perancangan kepada beberapa lapisan:

Pertama, perlindungan.
Insurans atau takaful untuk risiko kesihatan yang besar, mengikut kemampuan dan keperluan keluarga.

Kedua, dana kecemasan.
Simpanan tunai untuk perbelanjaan kesihatan atau kecemasan yang tidak dirancang.

Ketiga, preventive healthcare.
Bajet tahunan untuk pemeriksaan dan saringan yang bersesuaian dengan umur serta faktor risiko.

Keempat, penjagaan rutin.
Termasuk pergigian dan keperluan kesihatan lain yang boleh dijangka.

Dengan cara ini, kesihatan tidak hanya muncul dalam bajet apabila sesuatu sudah berlaku.

Baca : Permintaan Sektor Penjagaan Kesihatan Diunjur Meningkat Bagi Jangka Panjang

Kesihatan juga perlukan bajet sebelum ia menjadi kecemasan

Financial planning yang baik bukan sekadar mempunyai wang apabila berlaku masalah.

Ia juga tentang mengetahui perbelanjaan yang boleh dijangka, menyediakan ruang untuk penjagaan berkala dan membuat keputusan berdasarkan maklumat sebelum keadaan menjadi mendesak.

pemeriksaan kesihatan

Pemeriksaan kesihatan tidak menjamin seseorang akan terlepas daripada penyakit atau rawatan mahal. Begitu juga pemeriksaan gigi tidak menjamin seseorang tidak akan memerlukan prosedur kompleks pada masa hadapan.

Namun, pemeriksaan memberikan sesuatu yang penting dalam perancangan kewangan:

maklumat lebih awal.

Dan maklumat lebih awal memberikan keluarga peluang untuk membuat keputusan dengan lebih tenang, sama ada perlu merawat sekarang, memantau dahulu atau menyediakan bajet untuk rawatan pada masa akan datang.

Jadi, apabila menyediakan bajet keluarga untuk tahun hadapan, jangan hanya tanya:

“Berapa saya perlu simpan kalau saya jatuh sakit?”

Tanya juga:

“Berapa yang saya sanggup peruntukkan untuk mengetahui keadaan kesihatan saya sebelum ia menjadi kecemasan?”

Kerana dalam pengurusan kewangan kesihatan, bil rawatan bukan satu-satunya kos yang perlu difikirkan.

Masa, ketidakselesaan, kehilangan produktiviti dan keputusan yang dibuat ketika keadaan sudah mendesak juga mempunyai nilai.

Preventive healthcare bukan tentang berbelanja sebanyak mungkin untuk kesihatan.

Ia tentang merancang supaya kesihatan tidak menjadi kejutan kewangan kepada keluarga.

Artikel ini bertujuan memberikan maklumat umum dan bukan pengganti nasihat doktor atau doktor gigi. Keperluan pemeriksaan, saringan dan rawatan berbeza mengikut keadaan individu.