Tutorial Beli Emas Secara Online

Nak simpan emas ini mudah.
Tak perlu berhutang.
Tak perlu buat loan bank.
Tak perlu tunjuk payslip.

Beberapa bulan yang lalu, harga emas mencatatkan paras tertingginya dalam sejarah. Maka ramailah orang berpusu-pusu untuk mendapatkan emas di kedai emas yang berdekatan.

Tetapi tahukah anda terdapat cara mudah untuk beli emas iaitu secara online?

Ya, prosesnya sangat mudah:

1. Layari laman web https://www.kabgold.my dan lengkapkan borang pendaftaran

2. Semak emel dalam inbox dan klik ‘Verify Email Address’

3. Login dan anda boleh lihat sejarah harga emas bagi tempoh beberapa hari kebelakangan ini. Tekang butang ‘Buy Now’

4. Anda akan dibawa ke profil page dan anda boleh lihat tarikh anda menjadi ahli dan jumlah simpanan yang ada. Tekang butang ‘Buy Now’

5. Pilih berat emas yang ingin dibeli, minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM68 (berdasarkan harga emas RM272 segram). Tekan butang ‘Continue with Purchase’

6. Sahkan pembelian emas dan tekan butang ‘Proceed To Payment’

7. Bayar guna FPX dan pilih akaun bank pilihan anda

8. Cetak resit rasmi

Tahniah, anda telah berjaya beli emas pertama anda secara online.

Siapa Di Sebalik KAB Gold Ini?

Datuk Dr. Mohd Daud bin Bakar adalah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie. Beliau menyumbang bakti sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Astana International Financial Centre (AIFC), Kazakhstan, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, First Abu Dhabi Bank (UAE), dan juga Permodalan Nasional Berhad. 

Mohamed Khairul Anuar bin Mohd Basri atau lebih dikenali sebagai Ustaz KAB adalah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, KAB Goldynamics Sdn. Bhd. Beliau juga adalah pemilik Kumpulan Syarikat KAB iaitu KAB Media, KAB Foods and Beverages, Pertubuhan KAB dah Koperasi KAB. 

Apakah Potensi Pelaburan Emas?

Boleh tahan juga dengan 44.56% dalam masa 5 tahun, atau 8.91% setahun. Siapa sangka emas boleh bagi pulangan setinggi ini.

Rasa-rasanya harga emas akan naik lagi ke tak?

Siapa Yang Memantau Pelaburan Emas Di Malaysia?

Sebarang bentuk pelaburan memang dipantau secara aktif oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada setiap masa. Walaupun begitu, urusniaga jual beli emas dan perak tidak memerlukan permit atau lesen khas.

Cuma, jika ada syarikat jual beli emas yang bermasalah atau berpotensi untuk menjadi masalah, BNM akan menyenaraikan nama syarikat tersebut dalam senarai Consumer Alert List.

BNM juga berhak membuat serbuan atau mengambil apa-apa tindakan di bawah undang-undang jika menerima aduan daripada anggota masyarakat.

Jadi sebelum membuat sebarang pelaburan emas, perlu berhati-hati dan buat due diligence yang secukupnya. Paling penting, beli emas mesti boleh dapat emas.

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM64.50 (berdasarkan harga emas RM258 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

FCPO: Trend Penurunan Tetap Kukuh

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami tekanan jualan yang kukuh pada hari Khamis dengan menyusut MYR51 untuk ditutup pada paras lebih lemah pada MYR4,506. Komoditi ini membuka sesi dagangan semalam pada harga MYR4,551. Ia kemudiannya mencapai paras tertinggi intrahari pada MYR4,570 dan paras terendah intrahari pada MYR4,504 sebelum menutup dagangan pada harga MYR4,506. Corak lilin menurun yang panjang mengesahkan lagi bahawa garis SMA 50 hari sudah menjadi paras rintangan atas selepas komoditi ini jatuh bawah garisan purata.

Hal ini menunjukkan bahawa sentimen pasaran menurun mempunyai kelebihan teknikal sekarang dan FCPO bakal menguji paras sokongan MYR4,390. Penembusan menurun pada paras sokongan akan menyambungkan pergerakan ke bawah ke arah paras MYR4,300. Ambil maklum bahawa dalam keadaan pasaran menurun, sokongan mungkin akan menjadi lebih lemah. Memandangkan pedagang yang meramalkan penurunan sedang menguasai pasaran, kami kekalkan bias dagangan negatif.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi tetap kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390, diikuti oleh paras seterusnya pada MYR4,300. Paras rintangan pertama sekarang pula ialah MYR4,600, dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,700.