Tan Sri Leong Hoy Kum, Mah Sing: Taikun Hartanah

Masih ingatkah anda sebuah syarikat perdagangan plastik, Mah Sing yang mengalami krisis margin yang rendah pada era tahun 90-an yang lalu? Kini, Mah Sing adalah antara syarikat yang berjaya dalam bidang hartanah di negara kita.

Mereka sering menawarkan pelbagai kempen yang hebat untuk para pelanggannya.

Bagaimana syarikat ini boleh berkembang dan menempuh kejayaan dalam bidang hartanah? Siapa tahu, mereka juga mempunyai kisah kejayaan yang penuh inspirasi untuk kita jadikan contoh. 

Jom ikuti kisah kejayaan Hoy Kum, Mah Sing dalam bidang hartanah.

Permulaan Syarikat Milik Hoy Kum, Mah Sing

Sejak Hoy Kum mengambil alih perniagaan daripada mendiang bapanya pada tahun 1994, syarikat Mah Sing telah memperoleh reputasi sebagai salah satu pembangunan hartanah yang berjaya di Malaysia.

Syarikat ini sentiasa dikenali kerana perkhidmatan kepada pelanggannya amat memuaskan. Mah Sing juga menggunakan strategi pemasaran yang baik untuk berkembang maju. Walau bagaimanapun, kejayaan syarikat ini adalah daripada hasil kebijaksanaan Hoy Kum.

Sukar untuk membayangkan perjalanan awal Mah Sing sebagai perusahaan sederhana firma perdagangan plastik pada tahun 1965 yang telah dimulakan oleh mendiang bapanya. Untuk pengetahuan anda, sebelum Syarikat Mah Sing menceburi bidang hartanah, ia dianggap sebagai pengeluar plat nombor terbesar di Malaysia dan memiliki salah satu mesin cetak plastik terbesar di ASEAN.

Puncak Kejayaan Hoy Kum, Mah Sing Dalam Bidang Hartanah

Kredit Gambar: Dagang News

Pada awalnya, syarikat ini menghadapi kesukaran untuk berurusan kerana tidak memiliki kakitangan pekerja yang ramai pada ketika itu. Namun, Hoy Kum berpeluang untuk membeli banyak hartanah di Selangor dengan harga yang sangat berpatutan.

Selama lima tahun perusahaan hartanah itu beroperasi, tidak banyak perubahan yang berlaku sehinggalah muncul kejayaan besar di Johor dengan pelancaran perbandaran Sri Pulai Perdana pada tahun 2000.

Beliau kemudiannya melakukan sesuatu yang belum pernah dilihat sebelumnya di Malaysia dengan menubuhkan sebuah komuniti berpagar yang pertama. Komuniti tersebut terdiri daripada rumah-rumah bersambung dan mempunyai halaman Rom eksotik dan Central Park neo-klasik seluas 12 ekar yang pertama di Johor Bahru. Dari situlah bermulanya kejayaan Hoy Kum, Mah Sing dalam bidang hartanah.

Kesimpulannya, terdapat beberapa perkara yang boleh kita pelajari daripada kejayaan Hoy Kum dan Mah Sing dalam bidang hartanah. Kejayaan itu tidak datang dalam masa yang singkat. Ia memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi seperti mana yang dilakukan oleh Hoy Kum dalam bidang hartanah.

Mah Sing juga telah berkembang ke Malaysia Timur dengan projek hartanah Sutera Avenue di Sabah pula. Dan siapa sangka, syarikat hartanah ini turut mengembangkan lagi sayapnya dengan terlibat dalam sektor sarung tangan getah yang berpotensi untuk mendatangkan keuntungan yang besar di masa hadapan.

Sumber Rujukan: EdgeProp

This image has an empty alt attribute; its file name is faizu-ridzuan-webinar-6.6.2021-700x394.jpg

Pada tahun 2020, waktu PKP pertama, Tuan Faizul Ridzuan telah membuat 6 ramalan yang satu persatu menjadi kenyataan.

1. PKP mustahil hanya 2 minggu, akan berakhir pada bulan Jun 2020

2. Kita berada dalam recession yang paling teruk dalam sejarah moden Malaysia – Disahkan selepas beberapa minggu oleh World Bank

3. Interest bakal jatuh banyak akibat recession. Hari ni interest rate kita adalah pada kadar terendah dalam masa 50 tahun.

4. Bull run bagi saham dalam jangka masa 12-24 bulan sehingga boleh buat pulangan lebih daripada 100%. 2 bulan lepas ramalan saya, volume bursa naik pecah rekod 

5. Transaksi hartanah tahun 2020 akan jadi tahun paling teruk sejak tahun 2000, dan kita akan sampai market bottom. Sila nantikan data NAPIC yang akan keluar lagi beberapa minggu.

6. Property bull run akan tiba dalam masa 5 tahun

Terlepas nak hadiri webinar percuma Tuan Faizul Ridzuan minggu-minggu yang lalu? Jom kita sertai webinar seterusnya yang akan diadakan pada hari Ahad, 25 Julai 2021, jam 9 malam.

Daftar sekarang di -> Webinar Faizul Ridzuan

Previous ArticleNext Article

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman