Kenapa Perniagaan Perlu Mempunyai Kelulusan Halal?

Secara global, terdapat 1.8 bilion orang Islam manakala di Malaysia, populasi umat Islam adalah  sebanyak 61.3% penduduk. Secara umumnya, anda perlu mendapatkan sijil halal sekiranya anda berada dalam industri F&B. 

Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan bagi makanan halal daripada perspektif keagamaan dan pensijilan tersebut diperakui. Namun, kedua-duanya memberi manfaat yang amat besar.

Sains Di Sebalik Makanan Halal

Mengikut terjemahan langsung, halal bermaksud “dibenarkan” dalam bahasa Arab. Daripada perspektif syariah, makanan halal adalah makanan yang mematuhi undang-undang Islam, seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran.

Daripada segi haiwan yang halal atau haram dimakan, senarainya adalah sangat luas. Ramai sudah sedia maklum bahawa khinzir adalah haiwan yang haram. Tetapi begitu juga haiwan daratan pemangsa seperti singa, harimau, kucing, dan sebagainya. Sama juga seperti burung-burung pemangsa (yang berburu menggunakan kuku) seperti burung helang dan sebagainya.

Senarai penuh haiwan-haiwan yang dikategorikan sebagai halal dan haram boleh didapati di sini.  Namun begitu, untuk tujuan artikel ini, kita hanya akan menumpukan pada proses penyembelihan haiwan yang halal. Dalam proses bukan halal, tukang daging biasanya menyembelih haiwan dengan memotong kepalanya sepenuhnya. Perkara ini berlaku terutamanya bagi penyembelihan ayam.

Melalui proses ini, jantung haiwan tersebut akan segera berhenti untuk mengepam darah. Apabila tiada daya penggerak untuk mengepam darah keluar dari badan, darah itu bertakung di sebahagian urat dan arteri. Hal ini dapat mencemarkan darah seterusnya menjejaskan daging haiwan.

Sains membuktikan bahawa darah merupakan medium yang paling mudah menyebabkan pertumbuhan bakteria. Tubuh manusia lebih terdedah kepada jangkitan dan penyakit berbahaya apabila memakan daging sedemikian.

Kaedah halal penyembelihan haiwan pula adalah berbeza. Urat leher utama haiwan tersebut akan dipotong dan ini menyebabkan darah mendapat tekanan yang tinggi di dalam urat. Oleh sebab itu, darah akan mengalir keluar dari tubuh haiwan, yang berhubung ke atrium jantung tanpa sebarang masalah.

Kaedah penyembelihan haiwan seperti  ini mengekalkan hubungan antara jantung dan otak haiwan.  Ia membolehkan haiwan bernafas secara semula jadi.  Oleh itu, jantung akan terus mengepam sehingga semua darah dari badan disingkirkan dan hanya daging yang tersisa. Dengan kaedah ini, pencemaran tidak akan berlaku dan daging yang tulen dan halal dapat dihasilkan.

“Toyyiban” Dalam Pensijilan Halal

Di Malaysia, pensijilan halal dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pensijilan ini adalah untuk memastikan produk F&B menepati konsep “Halalan Toyyiban”.

Istilah “halalan” menunjukkan pematuhan terhadap garis-garis panduan asas syariah. Manakala istilah “toyyiban” pula melebihi garis-garis panduan tersebut. Mereka menggunakan ciri-ciri untuk membuat sesuatu yang baik, tulen dan sihat.

Oleh itu, pensijilan halal juga akan memeriksa perkara-perkara seperti pengeluaran, penyediaan, pengendalian dan penyimpanan produk makanan. Ini adalah untuk memastikan bahawa bukan sahaja ianya halal tetapi juga selamat, bersih, berkhasiat dan berkualiti.

Oleh yang demikian, walaupun produk makanan tertentu halal dari perspektif syariah, ia mungkin tidak akan diberikan sijil halal kerana ia tidak melepasi pemeriksaan dari segi “toyyiban”.

Mempunyai pensijilan halal adalah serupa dengan kelulusan piawaian pengurusan yang baik seperti ISO. Mempunyai pensijilan halal bermakna produk anda mempunyai kualiti. Oleh itu, jika anda adalah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam industri F&B, mempunyai persijilan halal adalah suatu kelebihan bagi anda!

Terdapat Juga Perbankan Halal

Jika anda seorang usahawan, anda mungkin menginginkan pembiayaan Islam untuk membantu meningkatkan perniagaan anda. Sedania Innovator telah memperkenalkan As-Sidq, sebuah sistem perdagangan komoditi tawarruq bagi institusi kewangan. Sebagai penyelesaian, sistem ini membantu FSI untuk memasarkan, mengenalpasti dan meluluskan pembiayaan Islam.

Sistem perdagangan ini boleh menggunakan kredit telekomunikasi sebagai komoditi dagangan. Hal ini menjadikan perdagangan lebih tepat, dapat dilakukan pada masa yang nyata dan bebas daripada Bursa. Manfaatnya termasuklah operasi secara  24/7 dan tanpa cawangan. Waktu pembayaran adalah kurang daripada 10 minit. Waktu operasi pentadbiran juga dapat dikurangkan lebih dari 60% hingga kira-kira 3 jam bekerja oleh seseorang per transaksi.

Dikarang oleh Sedania As Salam Capital. Diterjemah dan disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.

Tentang Sedania As Salam Capital Sdn Bhd

As-Sidq (TM) adalah sebuah platform perisian dipaten milik oleh Sedania As Salam Capital Sdn Bhd yang kukuh dan berskala dengan rekod prestasi terbukti lebih daripada 350,000 transaksi bernilai RM38 bilion. Perkhidmatan patuh syariah sepenuhnya, yang mudah diintegrasikan ke dalam mana-mana sistem dan proses sedia ada melalui API, kini digunakan oleh lebih daripada 40 institusi kewangan dan 7 bank di Malaysia. Misi teras As-Sidq (TM) adalah untuk membantu pelanggan mencari produk kewangan Islam yang sempurna dan menyampaikannya kepada mereka dalam masa yang sesingkat mungkin.

Sebagai peneraju industri dalam platform perdagangan komoditi Tawarruq untuk kewangan peribadi Islam, As-Sidq (TM) membantu institusi-institusi kewangan untuk memasar, mengenal pasti dan meluluskan pembiayaan peribadi Islam dengan menawarkan pemeriksaan profil pelanggan yang komprehensif dari DSR kepada CTOS / CCRIS. Ini membolehkan penyerahan petunjuk hangat yang membolehkan kelulusan hampir dijamin.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Malaysia Cadang Perluas Pengiktirafan Sijil Halal JAKIM Ke Lebih Banyak Negara — Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) — Malaysia bercadang untuk memperluaskan pengiktirafan sijil Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ke lebih banyak negara menerusi kerjasama diplomasi Halal.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata setakat ini di peringkat global terdapat 88 buah negara yang telah mengiktiraf sijil Halal JAKIM.

Beliau berkata terdapat juga cadangan daripada beberapa negara-negara untuk menempatkan kilang mereka di Malaysia bagi memperoleh sijil Halal JAKIM dan kemudiannya mengeksport produk mereka ke seluruh dunia.

“Ini akan memberikan lebih keuntungan kepada Malaysia dari segi penambahan nilai eksport, peluang pekerjaan dan pemindahan teknologi daripada syarikat terbabit.

“Terdapat negara-negara yang masih mahukan sijil (Halal) JAKIM, jadi kita menjemput syarikat-syarikat itu untuk membuat pelaburan di Malaysia,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Perniagaan Halal Sedunia (WHBC) 2024 di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata semasa kunjungan beliau ke China baru-baru ini hasil daripada perbincangan meja bulat dengan syarikat-syarikat terdapat permintaan untuk menggunakan logo (Halal) JAKIM sebagai lambang untuk pasaran antarabangsa kerana ia diterima dan dipercayai di seluruh dunia.

“Jadi, Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) perlu berkerjasama dengan JAKIM dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) supaya syarikat-syarikat itu diberikan kemudahan untuk melabur di sini dan mengambil pekerja tempatan menjadi ahli profesional serta teknikal bagi pengeluaran produk berkenaan.

“Saya juga telah mengkoordinasikan dengan kerajaan negeri supaya menyediakan tanah untuk dibeli atau disewa bagi pembinaan kilang,” katanya.

WHBC 2024 yang diadakan bersempena dengan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 adalah untuk memupuk dialog dan kerjasama yang akan memacu inovasi dan pertumbuhan dalam ekonomi Halal yang semakin berkembang.  

Pengerusi HDC Khairul Azwan Harun berkata persidangan itu bertujuan untuk mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju pemikiran dalam industri Halal dan mempercepatkan kerjasama yang memberi impak dalam kalangan pemegang kepentingan Halal.

“Kami menjangkakan pertukaran idea dan strategi yang dinamik dengan lebih 500 tetamu terhormat, termasuk duta, pegawai kerajaan, pemimpin perniagaan, persatuan perdagangan dan wakil akademik,” katanya dalam ucapan beliau pada WHBC.

— BERNAMA