Senarai 30 Syarikat Yang Paling Cepat Berkembang

Sehingga hari ini ada 676 saham syarikat patuh syariah tersenarai di Bursa Malaysia. Tak tau nak beli saham syarikat apa? Apa kata anda pertimbangkan syarikat-syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh atau OK.

Bagaimana Nak Tahu Kedudukan Kewangan Syarikat Yang OK?

Senang je, tengok syarikat tersebut untung atau tidak? Kalau asyik rugi, maksudnya syarikat tersebut tidak diurus dengan baik. Sama juga macam kita berniaga, kalau asyik rugi memang tunggu masa tutup kedai. Jadi kalau kita melabur dalam saham syarikat yang bermasalah, silap haribulan harga saham merudum jatuh; habuk pun tak dapat.

Syarikat yang diurus dengan baik, setiap tahun mesti untungnya meningkat. Nak berkembang juga senang, boleh beli bangunan baru, ambil lebih ramai pekerja, paling penting dapat beri dividen yang baik kepada pelabur macam kita.

Dekat mana nak tengok laporan kewangan syarikat? Banyak sumber boleh dirujuk, antaranya laman web Bursa Malaysia sendiri dan laman web Bursa MarketPlace.

30 Syarikat Ini Mempunyai Perolehan Yang Tinggi

 

30 syarikat awam ini saham mereka berstatus patuh syariah di Bursa Malaysia. Perkara pertama yang dipertimbangkan untuk masuk dalam senarai ini adalah peningkatan peratusan perolehan/pendapatan (revenue) pada tahun 2016 berbanding tahun 2015.

Kita ambil contoh syarikat yang berada di kedudukan #1 iaitu My EG Services.

Syarikat My EG menunjukkan peningkatan sebanyak 99% perolehan pada tahun 2016 berbanding tahun 2015. Pertumbuhan perolehan sepanjang tempoh 3 tahun pula adalah sebanyak 54.4%. Manakala keuntungan bersih My EG meningkat 109.4% pada tahun 2016 berbanding tahun 2015. Pertumbuhan keuntungan bersih bagi tempoh 3 tahun pula adalah sebanyak 59.9%.

Boleh dowload Laporan Tahunan 2016 mereka di laman web Bursa Malaysia.

Syarikat Yang Sihat Mencatat Perolehan Yang Meningkat Dari Tahun ke Tahun

Bullish market

Dah ada senarai ini, rasa-rasa tahu tak nak labur ke dalam syarikat mana? Atau nak melabur dalam kesemua 30 syarikat? Semuanya terpulang kepada citarasa dan modal masing-masing.

Ada yang minat saham berharga tinggi RM10 ke atas, jadi turun naiknya takdelah ‘terkejut’ sangat. Sesuai untuk pelabur jangka masa panjang, kalau boleh cari saham yang beri dividen setiap tahun.

Ada pula yang minat saham bawah RM1, katanya boleh untung 10-20% sehari. Tapi kuat ke jantung tu nak hadap rugi 10-20% sehari? Kalau untung boleh banyak, rugi pun boleh banyak. Itulah namanya high risk high return.

Ikut poket masing-masing, pandai-pandailah belajar dan tetapkan matlamat untuk apa kita melabur. Seperti biasa, kami suka menasihatkan para pembaca untuk terus jual jika saham yang dibeli sudah cecah keuntungan yang telah ditetapkan. Kalau harga saham jatuh dan telah mencecah sasaran ‘stop-loss’ tu, jual saja dan berhenti berharap.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.