Kena Fitnah Di Media Sosial? Buat 5 Perkara Ini

Zaman digital hari ini sememangnya memudahkan kita dalam menyelesaikan tugasan dan urusan secara online. Selain daripada pekerjaan dan pembelajaran, kita juga guna menggunakan teknologi digital untuk berhibur. Hiburan media sosial mempunyai komuniti yang menghubungkan kita dengan ramai orang.

Namun awas, anda perlu hati-hati, kerana terdapat banyak kes kini yang melibatkan fitnah di media sosial yang menyebabkan mangsa berasa malu dan tertekan. Lebih malang lagi, ia menjadikan mangsa tertekan sehingga mengalami kemurungan.

Fitnah Yang Semakin Berleluasa

Apabila berlakunya pergaduhan atau rasa tidak puas hati, pasti akan ada sebelah pihak yang memuat naik status berunsur fitnah untuk membalas dendam. Ada juga yang akan sebarkan posting atau gambar di media sosial untuk memalukan pihak tersebut.

Sudah tentu ia akan menimbulkan rasa malu di media sosial akibat fitnah tersebut. Ia juga akan menghancurkan reputasi dan nama baik pihak yang difitnah kerana seluruh dunia akan melihat fitnah yang dipaparkan tersebut.

Ya, antara perkara yang boleh anda lakukan adalah saman malu. Untuk pengetahuan anda, tuntutan saman malu ini ada yang bernilai puluhan atau ratusan ribu ringgit.

Jom lihat apakah 5 perkara perlu anda buat jika kena fitnah di media sosial.

1. Simpan Bukti

This image has an empty alt attribute; its file name is Kena-Fitnah-Di-Media-Sosial-Buat-5-Perkara-Ini-700x473.jpg
Kredit Gambar: BH Online

Simpan semua bukti yang ada sebelum mereka padam posting fitnah di sosial media tersebut. Kadang-kadang ada posting pada sosial media yang dihapus dalam beberapa hari mungkin kerana pelaku tersebut dinasihatkan oleh pihak lain untuk menghapusnya.

Sekiranya dihapuskan, maka anda tidak lagi mempunyai bukti untuk menyokong tuntutan saman anda dan kemungkinan akan melemahkan kes tersebut.

2. Screenshot Segala Bukti

Screenshot segala penyataan fitnah yang dilemparkan kepada anda sebagai bukti bahawa terdapat pernyataan yang memfitnah anda di media sosial. Jangan lupa untuk screenshot juga senarai jumlah ‘like’, ‘share’ dan semua komen pembaca dalam bentuk kemarahan, kebencian, keperluan atau apa sahaja yang berunsur negatif.

Penting sekali, screenshot gambar profil pelaku, media sosial pelaku, senarai rakan pelaku dan senarai pengikut pelaku. Ia bertujuan untuk mengetahui berapa banyak like atau share untuk status yang dimuat naik.

Ianya boleh dijadikan sebagai bukti mengenai berapa ramai orang yang telah membaca dan berkongsi status tersebut. Pada masa yang sama, ia menunjukkan sejauh mana fitnah berkaitan diri anda telah disebarkan.

3. Buat Laporan Polis Di Balai Yang Berhampiran

Photo by kat wilcox from Pexels

Setelah mengumpul bukti-bukti tersebut, buat laporan di balai polis yang berhampiran. Anda disarankan untuk menyimpan bukti tersebut di dalam komputer atau laptop kerana ia lebih selamat atau printkan di atas kertas.

Jika simpan bukti tersebut hanya di dalam telefon sahaja, dikhuatiri ia akan mendatangkan masalah sekiranya telefon tersebut hilang atau rosak.

4. Upah Peguam Untuk Membantu

Dapatkan pandangan daripada peguam mengenai bukti tersebut, sama ada ia sudah cukup untuk memulakan tindakan di mahkamah atau tidak. Yang pasti, anda kena bertindak dengan cepat.

Penting utuk dapatkan nasihat dari peguam dan bukannya orang yang tidak berpengalaman dalam hal ini.

5. Mulakan Prosedur

Biasanya surat tuntutan akan diberikan kepada si pelaku. Ianya merupakan langkah yang menunjukkan bahawa anda benar-benar serius.

Mungkin boleh mulakan dengan meminat permohonan maaf secara terbuka sebelum tindakan yang lebih berat boleh diambil.

Kesimpulannya, media sosial pada masa kini sering dijadikan tempat menabur fitnah serta membalas dendam. Sebagai seorang Muslim, kita perlu sentiasa ingat bahawa kelakuan fitnah ini dosanya amatlah besar.

Dosa fitnah itu lebih besar daripada dosa membunuh, oleh itu berhati-hatilah dengan sebarang tindakan anda semasa di alam maya.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Organisasi Malaysia Terlepas Pandang Risiko AI Demi Mengejar Permintaan

KUALA LUMPUR, 23 April 2026 – Peneraju global keselamatan AI, TrendAI telah menerbitkan kajian baharu yang mendedahkan bahawa organisasi di seluruh dunia terus mempercepatkan pelaksanaan AI walaupun menyedari risiko keselamatan dan pematuhan yang terlibat.

Di Malaysia, kajian mendapati 75% pembuat keputusan IT dan 70% pemimpin perniagaan berasa tertekan untuk meluluskan penggunaan AI walaupun terdapat kebimbangan keselamatan, dengan satu daripada tujuh responden menyifatkan kebimbangan tersebut sebagai “sangat serius” tetapi tetap diketepikan demi mengejar pesaing dan memenuhi permintaan dalaman.

Penggunaan AI Mengatasi Kawalan

Dari segi kematangan tadbir urus, hanya 29% pembuat keputusan perniagaan di Malaysia berasa sangat atau amat yakin dalam memahami rangka kerja undang-undang berkaitan AI, berbanding 63% dalam kalangan pembuat keputusan IT.

Kira-kira separuh (52%) pembuat keputusan IT telah mempunyai dasar AI yang komprehensif, manakala 39% masih dalam proses merangka. Hampir separuh (51%) pemimpin IT menyatakan kekurangan kepakaran keselamatan atau data sebagai halangan utama kepada penggunaan AI yang selamat, diikuti kekurangan peraturan dan piawaian pematuhan (49%).

Pengarah Urusan Malaysia, TrendAI, Goh Chee Hoh berkata, “Organisasi di Malaysia melaksanakan AI lebih pantas daripada keupayaan mereka mengurus risiko berkaitan, sekali gus mewujudkan jurang yang semakin melebar antara aspirasi dan pengawasan. Jurang ini turut dipengaruhi oleh perbezaan tahap kematangan tadbir urus dalam kalangan pemimpin perniagaan. Untuk merapatkan jurang ini, kepimpinan perlu bergerak melangkaui pendekatan keselamatan reaktif. Ia bermula dengan keterlihatan menyeluruh mengetahui dengan tepat bagaimana AI berinteraksi dengan data serta mewujudkan kerangka berpusat yang menggabungkan akauntabiliti dan pengawasan risiko dalam seni bina sistem.”

Beliau turut menyatakan bahawa piawaian MY-AI adalah langkah positif dalam menangani risiko seperti deepfake dan bias algoritma. Namun, ketika Malaysia mempercepatkan usaha menjadi negara AI menjelang 2030, organisasi perlu memberi tumpuan kepada tadbir urus yang kukuh dan daya tahan defensif bagi memastikan penggunaan AI yang pesat dapat diterjemahkan kepada masa depan digital yang mampan.

Ketua Platform & Perniagaan TrendAI, Rachel Jin berkata, “Organisasi bukan tidak sedar akan risiko, tetapi kekurangan keupayaan untuk menguruskannya. Apabila pelaksanaan didorong tekanan persaingan dan bukannya kematangan tadbir urus, AI akan dimasukkan ke dalam sistem kritikal tanpa kawalan yang mencukupi. Kajian ini mengukuhkan fokus kami untuk membantu organisasi mencapai hasil perniagaan kukuh dengan AI sambil mengurus risiko dengan baik.”

Risiko Pelaksanaan AI Dipacu Tekanan Semakin Meningkat

Risiko ini diperburuk oleh ketidakkonsistenan tadbir urus dan ketidakjelasan tanggungjawab terhadap risiko AI, yang kini semakin meluas. Dalam banyak kes, pasukan keselamatan terpaksa bertindak secara reaktif terhadap keputusan pelaksanaan AI dari pihak atasan, yang sering membawa kepada penggunaan alat AI tidak rasmi atau “shadow AI”.

Kajian ancaman terkini TrendAI menunjukkan penjenayah siber sudah mula menggunakan AI untuk mengautomasikan proses pengintipan, mempercepat kempen phishing dan menurunkan halangan kemasukan kepada jenayah siber, sekali gus meningkatkan kelajuan dan skala serangan.

Keyakinan terhadap AI Autonomi Masih Rendah

Keyakinan terhadap sistem AI yang lebih maju dan autonomi masih berada pada tahap perkembangan. Kurang daripada separuh (44%) pembuat keputusan perniagaan di Malaysia percaya AI berasaskan agen (agentic AI) mampu meningkatkan pertahanan siber secara signifikan dalam jangka masa terdekat, dengan kebimbangan berterusan terhadap akses data, penyalahgunaan dan kekurangan pengawasan.

Data menunjukkan kebimbangan utama organisasi adalah:

  • 57% melihat akses AI kepada data sensitif sebagai risiko terbesar
  • 45% bimbang arahan berniat jahat boleh menjejaskan keselamatan
  • 37% risau penyalahgunaan status AI yang dipercayai dan risiko pelaksanaan kod autonomi

Selain itu, 36% mengakui mereka kekurangan keupayaan pemantauan dan audit terhadap sistem ini, menimbulkan persoalan serius tentang kawalan selepas AI digunakan.

Hampir separuh (48%) organisasi menyokong mekanisme “kill switch” AI untuk menutup sistem sekiranya berlaku kegagalan atau penyalahgunaan, manakala lebih separuh masih belum pasti. Ini menunjukkan organisasi sedang bergerak ke arah AI autonomi tanpa kesepakatan jelas tentang cara mengekalkan kawalan apabila diperlukan.

Rachel Jin menambah, “AI berasaskan agen membawa organisasi ke dalam kategori risiko baharu. Kajian kami menunjukkan kebimbangan sudah jelas daripada pendedahan data sensitif hingga kehilangan pengawasan. Tanpa keterlihatan dan kawalan, organisasi sebenarnya melaksanakan sistem yang mereka sendiri belum faham sepenuhnya dan risiko ini hanya akan meningkat jika tiada tindakan diambil.”

Untuk laporan global penuh: Securing the AI-Powered Enterprise – Governance Gaps, Visibility Challenges and Rising Risk

*TrendAI melantik SAPIO Research untuk meninjau 3,700 pembuat keputusan IT dan perniagaan di 23 negara seluruh dunia.