Kenapa Saham Aku Asyik Rugi, Rugi, Rugi?

“Adoi, orang lain elok je untung…aku ni asyik rugiiiiii je dah kenapa?”

Ingat tuan puan..
Kena terima hakikat. Orang meniaga pun bukan hari-hari boleh untung. Kadang-kadang bila takde pelanggan beli barang pun dah kira rugi.

Pelaburan saham ini juga satu bentuk perniagaan. Bukan beli nombor. Bukan benda main-main.

Untung itu rezeki, rugi itu pasti.

Bergurulah supaya kita dapat dibimbing dan tidak sesat jalan. Bukan sahaja dapat minimumkan kerugian, kita juga boleh maksimumkan pulangan.

Satu lagi, kami selalu nasihatkan supaya melabur dengan duit lebihan dan bukan duit tabung anak. Jadi bila saham kita harganya jatuh atau sedang rugi, takdelah kita rasa serabut sangat.

Jom kita tengok sebab-sebab orang selalu sangat rugi dari untung. Bila dah tahu kita perbaiki kesilapan dan buat sampai jadi.

Rasa Hebat, Tak Perlu Ilmu

Orang Malaysia ni memang terkenal dengan sikap suka ikut-ikut orang. Dan kalau boleh semua benda nak senang dan cepat. Bila kawan tunjuk saham dia sedang untung, mulalah kita jadi tak tentu arah. Terus ikut apa yang kawan tu buat.

Tiada Strategi

Majoriti yang terlibat dalam pasaran saham masih ada kerja hakiki. Mereka jadikan saham sebagai sumber pendapatan sampingan. Bila masih bekerja memang tak ada masa nak tengok saham hari-hari. Jadi perlu ada strategi supaya hidup kekal tenang.

Lemah Pengurusan Risiko

Benda boleh Google, buat apa nak masuk kelas belajar? Memang betul semua benda boleh dicari dalam internet, tetapi kefahaman kita berbeza-beza. Tak semua benda kita boleh cepat belajar sendiri.

Emosi – Tiada Kesabaran

Realitinya ada orang bila dah nampak saham dia naik dan untung 10%, dia rasa nak lagi dan lagi, sudahnya bukan dapat untung tetapi rugi. Siapa pernah kena macam ni?

Tenang. Rugi bukan tanda gagal. Kalau nak untung sepanjang masa dan tak nak rugi maka jauhilah pasaran saham.

Ayuh bangkit dan belajar lagi. Bukan senang nak senang walaupun nampak senang. Tetapkan impian untuk jadi pelabur yang bijak dan bertaqwa.

Masih belum terlibat dalam pasaran saham? Rileks, masih belum terlambat. Jom kita dalami ilmu pelaburan saham yang sah dan patuh syariah! Jika anda “Zero” tentang pelaburan saham di Bursa Malaysia sertai kami di labursaham.com

Artikel ini dibawakan oleh Asri Ahmad Academy. Dapatkan 10,000 tiket PERCUMA ke First Step Labur Saham Syariah dengan kerjasama Bursa Malaysia hari ini juga!

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.