
Kredit Gambar: DNA India
Sub Topik
Jeffrey Preston Bezos Jorgensen atau lebih dikenali sebagai Jeff Bezos, adalah seorang usahawan internet yang dilahirkan pada 12 Januari 1964.
Jom kita kenali beliau dengan lebih mendalam, semoga kita dapat mengambil inspirasi daripada kisahnya.
Kenali Jeff Bezos
Jeff Bezos dinamakan sebagai orang terkaya dalam sejarah moden setelah nilai bersihnya mencecah USD150 bilion pada Julai 2018 mengikut Forbes. Hari ini, Forbes meletakkan kekayaan beliau pada paras USD177 bilion dan menyifatkan Jeff Bezos sebagai ‘jauh lebih kaya daripada orang lain di planet ini’.
Amazon menjadi syarikat kedua dalam sejarah yang bercaya mencapai modal pasaran (market cap) bernilai USD1 trilion.
Latar Belakang Jeff Bezos

Jeff Bezos dilahirkan di Albuquerque, New Mexico tetapi beliau dibesarkan di Houston, Texas. Beliau telah mengambil ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik dan sains komputer. Pada tahun 1986, beliau telah menamatkan pengajiannya di Princeton University.
Beliau bekerja di Wall Street dalam pelbagai bidang dari tahun 1986 hingga awal 1994. Dia mengasaskan penjualan dalam talian Amazon pada akhir 1994. Beliau mendapatkan idea ini semasa dalam perjalanan dari New York City ke Seattle.
Perjalanan Dan Kejayaan Syarikat Amazon
Syarikat itu bermula sebagai sebuah kedai buku dalam talian dan sejak itu berkembang kepada pelbagai produk dan perkhidmatan e-dagang yang lain. Antaranya termasuklah streaming video dan audio, pengkomputeran awan (cloud computing) dan kecerdasan buatan. Kini, ia merupakan syarikat jualan dalam talian terbesar di dunia.
Untuk pengetahuan anda, Amazon merupakan syarikat internet terbesar, pembekal bantuan AI terbesar di dunia dan perkhidmatan infrastruktur awan (cloud intrastructure services) melalui Amazon Web Services.
Jeff Bezos juga telah mengasaskan syarikat aeroangkasa yang diberi nama Blue Origin pada tahun 2000. Dan katanya tak lama lagi kita boleh membuat penerbangan ke angkasa lepas pula.
Jeff Bezos juga telah membeli akhbar utama The Washington Post pada tahun 2013 dengan harga USD250 juta. Selain itu, Bezos juga menguruskan banyak pelaburan lain menerusi firma modal miliknya iaitu Bezos Expeditions.
Perceraian Jeff Bezos

Beliau telah bercerai dengan pasangan beliau iaitu Mackenzie Scott pada tahun 2019 yang merupakan perceraian termahal dalam sejarah. Ini kerana MacKenzie Scott dapat sebanyak 4% saham Amazon yang pada ketika itu bernilai sebanyak USD36 bilion.
Walaupun Jeff Bezos kehilangan isteri dan juga sebahagian daripada kekayaannya, namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mara ke hadapan.
Kisah kejayaan pengasas Amazon yang terkaya di dunia serta kejayaan syarikat beliau ini membuka mata ramai usahawan di luar sana untuk terus berusaha walau apa jua halangan mendatang.
Sumber Rujukan: Business Insider










